31 Okt 2011

Laporan Audit 2010: PAS Kemuka Petisyen Kepada Agong

Laporan Audit: PAS mahu Agong minta Najib letak jawatan

KUALA LUMPUR, 31 Okt — PAS akan memulakan kempen petisyen meminta Yang di-Pertuan Agong agar menasihatkan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan susulan pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menunjukkan beliau telah gagal sebagai seorang perdana menteri dan ketua eksekutif kerajaan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, laporan itu menunjukkan pentadbiran Najib telah gagal untuk menghentikan pembaziran dan rasuah dalam kerajaan.

“Jika yang ini (berlaku) di sektor swasta, ketua pegawai eksekutif sudah pasti telah dipecat,” kata beliau dengan menggariskan siri kelemahan dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara.

Laporan itu menyebut hutang kerajaan telah meningkat kepada RM407 bilion atau 51 peratus daripada KDNK dan mengetengahkan senarai kes salah urus termasuk bayaran bonus kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS akan memulakan kempen mengutip tandatangan mulai minggu depan.

“Sebanyak 50,000 hingga 60,000 tandatangan pun sudah cukup untuk menunjukkan kemarahan rakyat. Kita tahu di laman sosial Facebook lebih 100,000 orang telah memprotes projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat,” katanya.

Laporan itu hanya diumumkan kepada publik Isnin pada 24 Oktober lalu, lebih dua minggu selepas Bajet 2012 dibentangkan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) sengaja melewatkan pembentangan laporan itu agar mereka tidak boleh membahaskannnya. -TMI

Audit: PAS kemuka petisyen kepada Agong

KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS akan mengemukakan satu petisyen kepada Majlis Raja-Raja dan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembaziran dan salah urus kewangan negara seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, petisyen itu merupakan suara bantahan dari rakyat yang akan dikumpul melalui satu laman web yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

"Kita akan lancarkan petisyen dalam internet...dalam tempoh seminggu dua lagi.

"Kita akan kumpul nama-nama rakyat dan bawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata petisyen itu bagi memberi maklum kepada Tuanku dan bagaimana baginda boleh bertindak atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan.

"Audit ni macam buku laporan murid sekolah la. Kalau tengok banyak merah tentu mak ayah kecewa. Sama la dengan rakyat yang kecewa dengan prestasi kerajaan dalam laporan audit itu.

"Sebab itu perlu ada satu tindakan dari Yang Dipertuan Agung. Pendedahan ini sangat berat," katanya merujuk kepada kepincangan pengurusan wang negara yang didedahkan oleh laporan audit itu.

Ditanya tuntutan petisyen itu sampai ke tahap mana, Mahfuz berkata sehingga "PM lepaskan jawatan, kerana ini satu kegagalan seorang PM".

"Kalau dalam syarikat korporat, jika berlaku kerugian, CEO mesti bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatan tukar orang lain," tambahnya. -HD






3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju!!!!!

Tanpa Nama berkata...

DYMM Yang DiPertuan Agong tu bukan ada kuasa.Begitu juga Majlis Raja-Raja Melayu - kuasa dah dilucutkan dulu oleh Mahathir Kutty.Inilah masaalahnya,dulu bila nak tarik Kekebalan Raja,tak fikir panjang.Sepatutnya Majlis Raja-Raja dijadikan tempat rakyat mengadu untuk mencegah dan memperbetulkan kerakusan dan kecurangan pihak Eksekutif.Sekarang "payong" tu sudah tak ada,kalau ada pun sudah hilang kuasa.Perkataan "nasihat" itu sebenarnya "arahan" dari PM dan Kabinet kepada Agong dan Majlis Raja-Raja.Ini yang dinamakan Raja Berperlembagaan diMalaysia.

Amuraria berkata...

ANGKARA PARTI LAHANAT DAJJAL PENGROSAK UMNO!APCO-BN YANG SENDIRI SESUKA HATI BERMAHARAJAGILA SEWENANG-WENANG MELONDEH KUASA RAJA-RAJA MELAYU DIKEPALAI OLEH PENGKHIANAT TERSOHOR MAMAK KUTTY,YANG SISANJUNG OLEH JUGA PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA TERMASUK MELAYU PANDI KUTTY ! NASIK DAH JADI BUBUR CACA MARBA JIKA TIDAK DISEKAT DARI SEKARANG BAYANGKAN APA UMPORNO AKAN LAKUKAN TERHADAP RAJA-RAJA MELAYU,MELAYU,AGAMA ISLAM DAN JUGA NEGARA MALAYSIA !