22 Okt 2011

Menyakiti Mayat Gaddafi, Rakyat Libya Sengaja Mengundang Kemurkaaan Allah

Tembakan di kepala punca kematian

GADDAFI kelihatan melihat kesan darahnya dengan dikerumuni penentangnya.
MISRATA: Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala.

Ada beberapa kesan darah pada tubuhnya meskipun ia tidak sebanyak seperti yang diilihat pada video sejurus beliau ditangkap.

Sementara itu, terdapat tanda-tanda pertelagahan antara pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dengan pejuang dari Misrata mengenai tempat pengebumian Gaddafi.

Tidak dapat dipastikan sama ada pejuang di Misrata merasakan mereka mempunyai kata putus untuk menentukan pengebumian bekas pemimpin Libya itu memandangkan mereka yang berjuang untuk menggulingkannya dan kemudian memburunya hingga kepada kematiannya.

“Mereka tidak bersependapat mengenai tempat pengebumian,” kata seorang pegawai NTC yang enggan namanya disiarkan.

“Menurut Islam, Gaddafi sepatutnya dikebumi segera tetapi sehingga ini masih belum ada persetujuan dicapai sama ada mayatnya akan dikebumikan di Misrata, Sirte atau tempat lain,” katanya.

Gaddafi masih hidup ketika ditangkap tetapi kemudian mati di tangan pemberontak dalam keadaan yang masih tidak jelas.

Pegawai NTC, Ali Tarhouni yang juga Menteri Minyak dalam kerajaan sementara berkata, keputusan mengenai tempat pengebumian masih belum dicapai. “Saya mengarah mereka menyimpan mayat itu dalam setor beku selama beberapa hari bagi memastikan semua orang tahu Gaddafi sudah mati,” katanya kepada Reuters.

Ketika ditanya mengenai urusan pengebumian, termasuk di mana bekas pemimpin itu akan dikebumikan, dia berkata: “Belum ada keputusan lagi.” Ali juga memberitahu, satu keputusan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri kerajaan sementara Libya akan ditentukan, kemungkinan minggu depan. — Reuters

Mayat Muamar Gaddafi diheret dan dikasari


Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.

Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."

Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.

Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.

“Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.

Anak juga terbunuh

Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.

Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli. -mk


Ulasan GB

Terdapat laporan sebelum ini menyatakan mayat Gaddafi ditelanjngkan, malah diseret dan diberikan penghinaan oleh para pejuang NTC.

Jika laporan itu benar, maka bererti ia sudah keterlaluan. Apatah lagi tembakan dilakukan tatkala Gaddafi sudah mengeluarkan perkataan rayuannya "jangan tembak, jangan tembak...".

Hadith Nabi saw: Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah mencaci maki orang-orang yang telah mati, kerana mereka telah sampai pada balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." Riwayat Bukhari.

Jika dicacimaki orang yang telah mati itu tidak dibolehkan, apatah lagi disakiti, dikasari dan diaibkan mayat Gaddafi itu.

Dari 'Aisyah bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Mematahkan tulang mayit adalah sama halnya dengan mematahkannya dalam keadaan hidup." Riwayat Abu Dawud dengan sanad menurut syarat riwayat Muslim.

Kemurkaan Allah sengaja ditempah oleh rakyat Libya.

7 ulasan:

5sal berkata...

assalam tak sume pak arab tu Islam mcm gak kat Mesia nie tak sume orang Melayu Islam.Orang Islam sejati je yang tau hukumhakam tentang nie.Takkan depa tak tau mana nak kebumi jenazah tu.

keyboard berkata...

al-fatihah buat beliau

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150440245477316&set=a.169152037315.149372.761897315&type=1&theater

Awanama berkata...

Amat lah sedih melihat orang Islam melakukan begitu terhadap orang Islam yg lain. Dimana letaknya ehsan. Nampaknya tidak ada bezanya antara pejuang2 itu dgn Ghadafi. Ini adalah pengajaran bagi semua orang Islam, tiap2 satu tindakan kita itu mesti lah berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Mengaji lah Al Quran dan Sunnah dgn baik dan amalkan nya se penuhnya. Perjuang kerana Allah jangan ikut nafsu amarah.

Awanama berkata...

Kita hanya bole ulas begitu, ulas begini ... yang Maha Mengetahui ttg akhir hidup seseorg hanya Allah

Kita hanya tau serba sikit ttg sejarah para Nabi2, pejuang dulu2, termasuk pemberontak2 ke, pemimpin2 ke dll.. yg kita tak bersama di zaman2 tu, la ni perkara2 tu berterusan & kita menyaksikan di media2.. apa iktibar yg kita amik?

Senang aje pada ambe .. jadilah org yg bertaqwa, whoever you're. Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali.

Jacky Indo berkata...

Tapi pada sisi lain kita dapat mengambil pelajaran bhw bila menjadi seorang pemimpin hendaklah jgn menyakiti rakyat, jgnlah menzolimi rakyat, jadilah pemimpin yg Islami. Namun bagaimana pun perlakuan para penentang beliau juga tdk Islami. Yg terbaik marilah kita doakan agar dosa2 kita & dosa2 beliau diberi ampunan, allahumaghfilahu warhamhu wa afihi wa'fuanhu...

Awanama berkata...

pasni kita tengok lah libya makin stabil ke tak.barat tepuk tangan jer bila tengok sesama pemimpin dan rakyat Libya berbunuhan.tapi per yang dorang wat kat gadaffi tu bagi aku amat keterlaluan.aku pun tau gaddafi pun banyak salahnye kat rakyat libya walaubagaimanapun ada jgak jasanya pada libya.sedih aku tengok rakyat libya jadi boneka anasir luar yang berkepentingan.pe salahnye hanya tangkap dan penjarakan saja gaddafi tu.teringat tentang kisah Nabi yang memarahi sahabat yang membunuh musuh yang sempat mengucap dua kalimah syahadah (kalau salah tolong betulkan) sejurus sebelum dibunuh oleh sahabat itu.Islam sangat ker bile korang perlakukan mayat gaddafi sedemikian rupa?macam tu ker adab terhadap mayat yang diajar oleh Nabi?adakah membunuh gaddafi menyelesaikan masalah?atau nak cari publisiti semata-mata?macam yang disebut oleh gb tadi,mmg korang sengaje mengundang kemurkaan Allah.kepada penembak gaddafi,SHAME ON YOU!!!

Awanama berkata...

hmmmm...ada kh lpas k'matian gadafi rkyat libya akn merdeka & aman...k'rajaan nato dh msuk cmpur jd apa kh p'yelesian nya...jgn org luar msuk cmpur urusan negara akibat nya negara mu akn d'takluki oleh org2 kafir...