22 Okt 2011

Murid Tahun 3 Diperkosa Cikgu Razak Dalam Kereta

Pekan – Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Felda Chini Timur, dekat sini terpaksa melalui detik hitam dalam hidup apabila dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika pulang dari sekolah. Gambar fail

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu sedang menunggu abangnya yang dalam perjalanan untuk menjemputnya pulang ke rumah.

Menurutnya, ketika sedang menunggu kira-kira jam 1.10 tengah hari, sebuah kereta Proton yang dipandu seorang lelaki menghampiri mangsa di luar kawasan sekolah.

“Suspek kemudiannya keluar dan memperkenalkan diri kepada mangsa dengan nama ‘Cikgu Razak’ sebelum dia mempelawa mangsa menaiki keretanya untuk dihantar pulang ke rumah.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudiannya menerima pelawaan ‘cikgu’ terbabit dan tidak menyedari bahawa lelaki tersebut menyimpan niat jahat,” katanya ketika ditemui di sini.

Amran berkata, suspek kemudiannya membawa mangsa ke satu kawasan ladang berhampiran sekolah sebelum merogolnya dalam kereta namun kemuadian mangsa berjaya melepaskan diri keluar dari kawasan ladang berkenaan sebelum berjalan kaki pulang ke rumah.

“Mangsa yang kemudiannya ditemui ahli keluarganya menceritakan kejadian yang menimpanya sebelum mereka membuat laporan polis dan membawa mangsa melakukan pemeriksaan di hospital.

“Polis kini giat mengesan suspek melalui gambaran wajah yang diberikan oleh mangsa selain pelbagai kaedah bagi memberkas suspek yang kini masih bebas,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa serta penjaga agar lebih peka dengan keselamatan anak masing-masing selain mengawasi pergerakan anak-anak dan memastikan mereka menanti anak-anak ketika pergi dan pulang dari sekolah.

“Kepekaan ibu bapa membantu mengekang masalah jenayah berkaitan selain mengelak kejadian seumpama ini berlaku tanpa sebarang pengawasan yang sewajarnya,” katanya. -SH

Ulasan GB

Khabarkan malah beri amaran kepada anak-anak usah terima pelawaan daripada sesiapa pun yang tidak dikenali untuk menumpangkan mereka kemana juga.

Kes-kes sebegini sudah kerap berlaku, maka kita sewajarnya berwaspada selalu.


2 ulasan:

Sharkawi Ahmad berkata...

Bhaya betul.

Awanama berkata...

ada sekolah tidak membenarkan murid murid tunggu di luar kawasan sekolah sehingga ahli keluarga dtg menjemput
Pd waktu tersbt juga ada seseorg memerhati keadaan sekeliling dan cuba semungkin yg mampu mengenali org org yg menjemput

Kita bgtahu atau bg amaran ke budak budak fikiran dia menganggap semua org baik apa lg yg datang tu pandai dgn cara utk memperdaya kan anak anak

Kita yg suka anak anak jgn suka menegur anak anak atau memberi sesuatu pd anak anak tak kira lah bila mereka bwrsendirian atau sdg bermain dgn kawan kawan

Ingat kan anak anak hny org org tertentu saja yg boleh jemput anak anak (atas sbb hal hal yg tak dpt di elakkan) selain dr ahli keluarga Elakkan beri nama kawan sekerja atau kawan baik krn helah ni selalu digunakan

Bgtahu anak anak yg berjalan kaki jangan ikut laluan yg sama dan duduk tunggu di tempat yg sama apa lg bersendirian

Penjaga dan ahli keluarga hendaklah datang lebih awal

Sekolah sekolah di bandar di sediakan pengawal dan kawalan yg ketat Jgn diskriminasikan sekolah sekolah luar bandar Apa lg sekolah utk org Felda yg mampu mempunyai pasukan bola bangunan yg gah bwrhajat utk membeli pasukan bola sepak luar negara dan mcm mcm lg