26 Okt 2011

Ketua Jabatan Audit Boleh Didakwa Kerana Libatkan Kabinet - Aziz Bari

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, tindakan melibatkan kabinet dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) merupakan kesalahan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Katanya, Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu disediakan oleh ketua audit negara dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

"Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)? Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

"Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara."

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan.

Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat baru-baru ini mempersoalkan ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012, antaranya anggota parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mahu perdana menteri menjelaskan kelewatan itu.

Amat misteri

Liew yang juga anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP berkata, beliau tidak mempersoalkan amalan itu tetapi menjadi tanggungjawab kabinet memutuskan bila ia patut dibentangkan.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Aziz berkata, walaupun perlembagaan tidak menyatakan tempoh tertentu untuk LKAN dibentangkan di parlimen, tetapi demi menjaga integritinya, Jabatan Audit Negara patut melakukannya segera.

"Jadi, ketua audit negara mesti jelaskan kenapa lambat," katanya sambil menegaskan kedudukan tinggi ketua audit negara yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja itu.

Aziz menjelaskan, proses untuk laporan itu sampai ke Dewan Rakyat tidak memerlukan masa yang lama kerana baginda tidak perlu menyemak apa-apa kerana ia melibatkan perbelanjaan kerajaan.

Setakat ini, tambahnya, kelewatan itu masih "amat misteri".

Ditanya tentang gesaan Liew kepada perdana menteri, Aziz berkata kenyataan itu mungkin dibuat dalam konteks yang lain.

"Kalau perdana menteri (kena) perjelas, saya kira tidak betul," katanya lagi. -mk

Ulasan GB

Jangan ada pulak si bebal buat laporan polis kah terhadap kenyataan Prof. Aziz Bari di atas.

Setiap ahli akademik berhak menyuarakan pandangan, pendapat malah kritikannya. Hanya mereka yang termakan cili terasa pedasnya, lantas melompat tak tentu pasal.


6 ulasan:

Yong berkata...

Yong ni bukannyer pompuan yang tak sekolah. Tapi bila Prof Aziz Bari buka mulut je, Yong rasa makin confuse dengan perlembagaan negara. Bukan apa, nampaknya makin banyak perlanggaran yang berlaku. Cor cakap terus terang. Kita ni ikut undang2 apa?

Tanpa Nama berkata...

Itulah, nampaknya Perlembagaan diikut berpilih-pilih, yang mana menguntungkan diikut, yang tak menguntungkan dilangkahnya. Gitu juga ayat Allah yang mana menguntungkan diikut, yang tak menguntungkannya dipalingnya. Agaknya dirasakan berkuasa sangat dah tak boleh dijatuhkan, gamaknya.

Tanpa Nama berkata...

sah, aziz bari
layak ganti gani pakturut.
minta2lah pr menang pru13.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...
Syukur kita kerana Allah kurniakan seorang Pakar Perlembagaan yang berani bersuara atas kebenaran dan kepakaran yang beliau miliki.

Dengan ini dapatlah kita rakyat mengetahui tentang duduk perkara perlembagaan negara dan peranan pemimpin-pemimpin negara yang rakyat pilih.

Dah lebih 50 tahun negara merdeka nampaknya negara memiliki pemimpin yang kurang cerdik dan bertambah mundur.

Apakan lagi rakyat .. lagi terukla..

anti-zulnoording berkata...

Yong,

Kita ikut undang2 rimba.
Only BN yg Betul, lain2 daripada BN salah belaka...bahalol punya rakyat yg pilih BN....taraf hidup makin terhimpit....

Tanpa Nama berkata...

Shabas!!! Prof.Aziz Bari.Kita ramai punya Prof.tapi ramai jugak yang bertaraf kangkong.Yang berilmu dan bijak menggunakan ilmunya tak ramai - kebanyakannya kaki ampu aje.