26 Okt 2011

Pemuda PAS Sabah Mahu Najib & Zahid Jelaskan Program Apprentices TLDM

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia yang didakwa melibatkan anggota apprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd Mijan, mendakwa terdapat hampir 1,000 anggota apprentices TLDM di bawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini.

“Ramai anggota tidak diberikan pangkat petter officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka,” dakwanya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Tambahnya, terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.

Beliau mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan kukuh berkaitan arahan pemberhentian yang lebih awal dari waktunya.

“Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan anggota dalam perjawatan.

“Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka di UTM.

Beliau mendakwa penindasan skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.

“Mereka tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain,” katanya.

Selain dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.

Dakwa Zulfikar, walaupun perkara itu berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan yang didakwa itu wajar dijawab oleh Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.

Dokumen penyelewengan tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen yang turut hadir pada sidang media itu. -HD




4 ulasan:

Awanama berkata...

Dana dah habis untuk perbaiki kapal selam yang tak boleh menyelam tu.

Awanama berkata...

Saya setuju negara kita banyak membazir dari segi pertahanan pembelian kapal selam dimana kosnya amat tinggi kos selenggara lagi melambung tinggi mungkin sebab inilah dana TLDM tak mencukupi untuk membela nasib angguta tersebut...Mereka tidak sepatutnya berbuat sedemikian rupa dipaksa berhenti tapi habuk pun tarak...akai ada ka??

Awanama berkata...

mmg pun org yang dok kat kapal selam kebajikan tak jaga..byk sangat birokrasi....tepuk dada tanya lah iman..sendiri mau pikirlah..

ex LK1 TMK berkata...

2 pihak yg salah ...
ada yang fight mau gaji besar nak ikut cam navy luar maka terpaksa diberi pangkat besar/app sebab mana ada pangkat kecik yg bergaji besar
5 tahun belajar ... bila masuk unit keje 1 haper pun tak tau .. mengarang cukup pandai ! fizikal lembik ... mental jelek
penah sekali bertanya tentang hukum mudah fizik pasal molekul panas dan sejuk .... cam haram jadah !! lulusan Diploma Marine tu ..
bila dah sekat kenaikan pangkat anggota biasa ni ... nak tunggu aper lagi .. berhentila reramai AB tua ni ..
bila dah terlebih Senior Rate dari Junior Rate ... malu la nak buat keje mop lantai engine room ...
Takpe ... berenti keje kat luar banyak yg nak pakai "Marine DiPloma" tu