30 Okt 2011

BUKTI NYATA: Pentadbiran Kerajaan PR Jauh Lebih Baik Dari BN

Data-data terkini menunjukkan prestasi negeri-negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan sebelumnya, Barisan Nasional.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui twitternya meminta rakyat Malaysia melakukan perbandingan dengan akal yang waras, harakahdaily dipetik. Sbuah jadual memperlihatkan perbandingan berkenaan dengan pendapatan beberapa hasil utama kerajaan-kerajaan negeri semasa di bawah Pakatan Rakyat berbanding dengan semasa dibawah BN.

Di negeri Selangor misalnya, hasil pendapatan daripada pasir, pada tahun 2008, Selangor mencatatkan keuntungan sebanyak RM8.17 juta, pada 2009 RM13.76 juta dan sehingga Jun 2010, RM15.30 juta. Sedangkan semasa BN, pada tahun 2005, pendapatan hasil pasir hanya sebanyak RM3.54 juta, pada 2006 RM4.3 juta dan pada 2007 RM4.29 juta.

Di negeri Kedah, hasil pendapatan daripada pembalakan menunjukkan peningkatan amat ketara selepas Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sewaktu Kedah diperintah oleh BN, pada 2007 hasil pembalakan cuma RM8 juta tetapi selepas diambil alih oleh Pakatan Rakyat, pada tahun 2009, hsil pendapatan dari balak melonjak RM38 juta dan meningkat lagi pada 2010 kepada RM53 juta.

Bagi negeri Pulau Pinang, bagi pendapatan MPSP kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya menukar semua angka-angka kerugian yang dialami semasa kerajaan BN semenjak tahun 2001-2007 kepada keuntungan selepas ditadbir oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008, 2009 dan 2010. Malah bagi tahun 2010 sehinnga Oktober sahaja, pendapatan MPSP sudah menjangkau RM54.59 juta.

Bagi negeri Kelantan perbandingan dilakukan mengenai hasil pendapatan balak selama 4 tahun pemerintahan BN dan 4 tahun di masa PR(PAS).

Bagi tempoh 1985-1989 semasa di bawah BN, hasil pendapatan balak hanyalah RM8 juta. Tetapi bagi tempoh 1994-1998 semasa di bawah PR(PAS), hasil pendapatan balak melonjak kepada RM355.85 juta.






4 ulasan:

Parktua berkata...

itu baru empat negeri,kalau perintah 1 malaysia ia mgkin lebih makmur dari sekrg ..undilah selain BN..

Awanama berkata...

Apa pasal masih ada yg angau gila kat umno tu? susah sgt nak berubah...

Terbukti melalui laporan Audit Negara, Pakatan Rakyat lebih baik, tapi masih lagi nak pertahankan umngok tu...

Pening betullah...

GB gambarajah seperti itu perlu disebarkan luaskan ke segenap ceruk pendalaman...sebab diaorg masih ramai yg tak tahu...

Awanama berkata...

TGNA minta rakyat Malaysia berfikir dengan fikiran yang waras tentang kemajuan yang dicapai 4 negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sebagai mana yang dilaporkan dalam LKaporan Odit Negara.Malangnya yang masih berpaut kepada "UMNO Sekarang dan Selama-lamanya" ni,bukan sahaja tak mampu berfikir dengan waras,malah langsung tak ada fikiran.

Awanama berkata...

Bayangkan kalau PR ada peluang utk hebahkan laporan audit negara ni melalui TV1, TV2 dan TV3 suku tu...