12 Sep 2011

Penggunaan Perlembagaan Suruhanjaya Reid Bukti Jelas Tanah Melayu Dijajah

Kalau benar Tanah Melayu tidak dijajah, sudah tentu kita tidak perlu kerajaan British merangka perlembagaan Tanah Melayu,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Katanya, sedangkan Suruhanjaya Reid yang merupakan sebuah suruhanjaya bebas berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya itu dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Ahli Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord William Reid (pengerusi), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

“Sekarang kita hendak tanya kepada profesor Zainal Kling dan pimpinan Umno kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British buat apa perlembagaan tanah Melayu mesti dibincang di Parlimen British dan tidak diputus sendiri oleh kerajaan Tanah Melayu pada masa tersebut?” tanya Jofri dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, kalau negara bebas daripada penjajah, sudah tentu merangka perlembagaan sendiri tanpa perlu campur tangan atau kelulusan dari negara luar.

“Mengapa Tanah Melayu dan Malaysia sekarang masih mengguna pakai perlembagaan Suruhanjaya Reid?

“Mengapa tidak dihapus sama sekali perlembagaan Reid dan kita rangka dan gunakan perlembagaan yang sesuai dengan adat resam dan budaya tanah Melayu/Malaysia sendiri atau sekarang kita rangka perlembagaan menurut syariah?” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Miri.

Sedangkan, katanya semua ahli Suruhanjaya Reid dari negara luar, tidak ada yang dari kerajaan tempatan atau tanah Melayu.

“Inilah beberapa persoalan yang perlu dijawab dan difikir bersama kalau benar tanah Melayu tidak dijajah seharusnya kita sudah bebas menggunakan perlembagaan sendiri dan tidak bergantung dengan negara luar untuk merangka perlembagaan kita,” ujarnya.

Jadi, katanya pemimpin Umno kena bersedia untuk menerima kenyataan yang negara ini memang pernah dijajah oleh British dan yang berjuang melawan kerajaan sebelum merdeka memang pejuang kemerdekaan. -HD

3 ulasan:

Awanama berkata...

Lama kelamaan tembelang gerombolan akan terbongkar siapa sebenarnya pejuang kemerdekaan tulen..

Awanama berkata...

Bagaimana lak dengan negara-negara komanwel ni...

Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).

Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

Asia
o India (1947)
o Pakistan (1947) (meninggalkan Komanwel antara 1972 - 1989, digantung 1999 - 2004 dan 2007 - 2008)
o Sri Lanka (1948)
o Malaysia (1957)
o Singapura (1965)
o Bangladesh (1972)
o Maldives (1982)
o Brunei (1984)

Awanama berkata...

Propeser kangkung aka insipidus khoo dan gerombolan propeser
dalam majlis propeser no otak tak faham undang undang
yang direka dek british dulu.

Advice dari British Resident Untuk raja raja
----------------------------------------------------------------

semua undang undang negeri membekalkan hak untuk resident british memberi nasihat kepada sotan yang memerintah.

Yang istimewanya nasihat yang diberi tak bolih ditolak olih raja.

Di dalam hal ini prof Shad Faruqi -Consti tutional Law expert
bolih dirujuk untuk terangkan implikasi undang undang tentang advice [nasihat] yang diletakkan dek advisor omputih

Jadi nasihat yang diberi dek tuan omputih tu adalah law yang mesti
dipatuhi olih sotan.

Pahe ke si gerombolan propeser insipidus koo
dan geng geng nya di majlis propeser itu

implikasinya
-----------------------

bila sotan diperintah ikut nasihat sebagai satu law keatasnya- maknanya mereka hanyalah orang suruhan omputih aje-
kuasa mutlak ada kat tuan omputih

bagaikan kata orang perak sotan bergaye aje-

bior pape asalkan
bergaye jadi thema hidup mat mat sotan dan macai macai nya

bos sotan ialah tuan resident omputih -walau pun mereka digelar
advisor. Didalam konsep ketuanan mereka adalah tuan
pada sotan yang memerintah.

Jadi mat mat propeser semua kena jelaskanlah aspek undang undang
yang melibatkan sistem pemerintahan raja melayu di negeri yang
beraja melalui akta akta yang dibuat olih omputih pra merdeka

Konklusi
---------------

kepada majlis propeser , mesej sya janganlah jadi propeser buntut
yang akan digelakkan olih semua .


Yang negeri melayu adalah dibawah jajahan omputih adalah matter of law
bukan hal sejarah kangkung yang tuan nak tonjolkan



kkk