12 Sep 2011

Isteri Tak Ikut Suami & Anak Beraya Di Kampung Dicekup Berasmara Dengan Bangla

Kemaruk cinta Shah Rukh Khan

GERIK: Kemaruk cinta lelaki Bangladesh persis wajah Shah Rukh Khan, seorang isteri muda sanggup menolak ajakan suaminya untuk pulang beraya di kampung mereka di Teluk Intan kelmarin semata-mata mahu memadu asmara dengan kekasih barunya itu. Gambar fail.

Lebih mengejutkan, wanita berusia 30 tahun itu tergamak menyuruh tiga anaknya mengikut bersama bapa mereka pulang ke kampung beberapa hari bagi membolehkannya membawa pulang ‘kekasih gelap’ berusia 20 an itu ke rumahnya di kuarters kerajaan di pekan ini.

Bagaimanapun, temberang wanita berkenaan berakhir apabila dia dicekup sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Gerik kira-kira jam 2 pagi kelmarin.

Dalam serbuan dijalankan itu, wanita berkenaan yang juga pekerja sebuah kedai makan di pekan ini ditemui dalam rumah bersama lelaki warga Bangladesh itu.

Penolong Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Gerik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, empat pegawainya menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan berkenaan kira-kira jam 1.30 pagi. -hm


Wajib cerai isteri

KUALA LUMPUR: “Suami wajib menceraikan isteri jika betul isterinya sudah tidak dapat diselamatkan (daripada melakukan dosa), apatah lagi nusyuz,” kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Noor.

Beliau berkata, Islam menyebut isteri yang menggauli lelaki bukan suaminya adalah haram dan hukumnya berdosa besar, malah suami yang mengetahui kegiatan isteri itu wajib menceraikannya jika sudah tidak dapat diperbetulkan.

“Islam adalah agama syumul yang membenarkan perceraian berlaku walaupun Allah tidak menyukainya. Hukum cerai pun ada yang wajib, makruh dan haram tetapi dalam kes ini wajib kepada suami jika isterinya tak mahu bertaubat.

“Allah berkata perceraian boleh berlaku kerana tidak mahu nanti (jika perkahwinan itu masih dipertahankan) akan timbul pula kefasikan (berbuat perkara yang boleh menyebabkan terkeluar daripada ajaran Islam),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan Metro Ahad mengenai kisah beberapa isteri cantik yang mencari kebahagiaan di luar dengan lelaki bujang mahupun berkeluarga sebagai tempat memuaskan nafsu. -hm

2 ulasan:

Awanama berkata...

APA NAK JADI UMAT ISLAM SEKARANG. TANDA2 KIAMAT SEMAKIN HAMPIR. NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.

Awanama berkata...

Wajib diberi talak 3.