12 Sep 2011

Isu Cukai 6%. Rakyat Mahu Ia Dibatalkan Bukan Ditangguhkan

Telco setuju tangguh kutipan cukai prabayar

Semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Khamis lalu, syarikat berkenaan mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini

Keputusan menangguhkan kutipan cukai itu dibuat selepas mesyuarat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Katanya, antara cadangan yang dibincangkan bersama telco adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.

"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media, di Angkasapuri, di Kuala Lumpur.

Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).
Cukai perkhidmatan 6 peratus yang dikenakan ke atas pelanggan diperuntukkan mengikut undang-undang negara.

Akta Perkhidmatan Cukai 1975 mensyaratkan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan, termasuk ke atas pengguna prabayar.

Bayaran ini sama dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Meskipun cukai perkhidmatan ke atas pengguna prabayar bukan baru, namun syarikat telco telah menyerap kos itu sejak perkhidmatan mereka diperkenalkan pada 1998. -mk


Syarikat telco sepatutnya kurangkan kadar caj - MTUC

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) untuk menaiktaraf perkhidmatan mereka serta menurunkan kadar caj yang dikenakan, bukannya membebankan rakyat dengan mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan telefon pra-bayar.

Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata, adalah tidak adil bagi syarikat-syarikat berkenaan mengenakan cukai itu kepada pengguna sedangkan mereka dengan mudah boleh menyerapnya dan masih mengaut keuntungan besar.

Beliau mengulas mengenai langkah syarikat telco untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan telefon pra-bayar mulai Khamis ini.

Minggu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan untuk mengenakan cukai itu tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Balasubramaniam berkata cukai itu akan menjadi beban yang besar kepada pekerja biasa memandangkan mereka adalah golongan yang paling ramai menggunakan perkhidmatan telefon pra-bayar.

"Pekerja kini terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan dengan upah yang murah, oleh itu cukai tambahan pasti akan menambah beban kepada mereka," katanya.

Beliau mencadangkan sebagai warga korporat yang baik, syarikat telco boleh mengurangkan beban masyarakat dengan menyediakan caj panggilan yang murah dan liputan yang lebih luas. - Bernama


Ulasan GB

Tangguhkan? Sehingga bila? Sehingga selepas pilihanraya umum untuk BN mendapat sokongan rakyat semasa pilihanraya?

Rakyat tidak mudah ditipu lagi dengan permainan sebegini. Kerja "kong kali kong" di antara kerajaan dan syarikat telco ini wajar ditamatkan.

Berapa besar lagi keuntungan yang mahu dikaut secara mudah oleh syarikat telco dengan mengalihkan cukai perkhidmatan kepada apengguna?

Sepatutnya kadar caj hendaklah dikurangkan untuk pengguna yang menggunakan perkhidmatan prabayar, bukan dengan menambahkan caj cukai yang dilihat memerangkap pengguna-pengguna perkhidmatan telco yang mereka tahu jumlahnya semakin bertambah semata-mata untuk mengaut keuntungan yang lebih besar.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

najib buat buat lupa pulak,sedangkan dia sendiri yang bentangkan dalam belanjawan 2011 dulu cukai perkhidmatan akan dinaikkan dari 5 ke 6 %...
konon nak jadi hero ke sekarang..ini linknya,boleh semak semula senarai pembentangan bajet najib-rosmah 2011 tanggal 14/10/2010 lalu...
http://beritasemasa.com/pembentangan-bajet-2011-belanjawan

Masshah berkata...

alahai najib...dah tua makin lupa lah dia..

Tanpa Nama berkata...

Cukai perkhidmatan akan di tagguhkan buat sementara waktu untuk memberi laluan pru-13, sekiranya BN menang besar pru-13 maka cukai perkhidmatan ini akan dilaksanakan.