17 Sep 2011

Pelajar IPT Sambut Merdeka Dengan Pesta Dadah Dan Seks

Pesta dadah, seks diserbu

ALOR GAJAH: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari Selangor serta negeri ini antara 87 ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di sebuah banglo dua tingkat di sebuah resort di sini, yang disewa kononnya bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin.

Difahamkan ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Cif Inspektor Mohd Hisham A Rahman menyerbu banglo terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, ramai peserta pesta itu berhibur dalam keadaan khayal.

Menurut sumber, dalam serbuan itu, polis menahan 87 orang termasuk 17 perempuan dan sebahagian daripada mereka pelajar IPT awam dan swasta berusia 18 hingga 35 tahun.

Katanya, ketika serbuan, ada antara mereka berada di kawasan kolam renang dan ruang tamu, manakala sebahagian lagi dalam tiga bilik di tingkat atas dan lebih mengejutkan ada peserta tidur berpelukan tanpa menyedari kehadiran polis.

Penyertaan untuk pesta ‘private party’ itu dikatakan percuma, tetapi jemputan melalui laman sosial, facebook dan SMS daripada kenalan masing-masing. Malah, ada antara peserta tidak mengenali antara satu sama lain.


DITAHAN...sebahagian remaja lelaki yang ditahan, kelmarin.

Harian Metro difahamkan, banglo itu turut dilengkapi sistem audio yang dikendalikan seorang DJ yang dipercayai kenalan kepada penganjur pesta berusia 30-an bagi menghiburkan pengunjung mulai jam 10 malam.

Menurut sumber itu, beberapa peserta yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal kerana banglo terbabit dikepung.

“Polis merampas dadah jenis syabu dan ganja dipercayai digunakan peserta,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke balai polis berdekatan untuk menjalani ujian air kencing dan hasilnya 15 suspek didapati positif dadah.

Seramai 19 suspek termasuk tujuh wanita ditahan kerana memiliki dadah manakala selebihnya dibebaskan tanpa syarat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman yang dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Difahamkan, turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang wanita yang sudah bertunang didapati memiliki dadah, manakala tunangnya dibebaskan tanpa syarat.

Kebanyakan pelajar yang menyertai parti berkenaan berasal dari Johor, Kuala Lumpur, Perlis serta Terengganu dan mereka terdiri daripada pelajar IPT, mekanik, penganggur dan jurujual.

Difahamkan, ketika siasatan awal, peserta parti itu cuba menyembunyikan identiti penganjur yang didakwa berada di Ipoh, Perak.

Malah, serbuan dianggotai empat pegawai dan 14 anggota JSJN IPK negeri itu dilakukan selepas mendapat maklumat risikan sejak awal Jun lalu dan penganjur didapati menggunakan facebook untuk menjemput peserta.

Tinjauan Harian Metro di banglo terbabit mendapati ia dipenuhi botol minuman keras selain penemuan kondom di luar pekarangan banglo itu. -hm

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nape bab ni takde yg komen..bab keruntuhan akhlak..moral golongan muda yg berpendidikan..bab politik kecoh sekampung...semua gila nak berkuasa..dah dapat kuasa dua kali lima semua..dorang ni akan melahirkan anak cucu juga nanti..hancussssss...tok pesta dadah..cucu pesta apa pulak nanti..fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

Budak2 ni tak boleh dipanggil "berpendidikan" pasal masing2 hanya ada sijil SPM sajaa..Diploma atau Ijazah belum dapat lagi...perjalan masih jauh beb...budak2 ni baru nak kenal dunia...budak time2 macam ni dia belum matang lagii..Duit lak senang dapat...Dah ada serbuan ni kira ok lahhh....yang tak ok nya kalau pesta diorang berjaya dengan suksessnya...boleh buat siri ke2, dan k3...Kadang2 budak2 ni semua tahu benda tu salah, haram, berdosa...tp iman lemah, godaan kuat, peluang mudah...so pendek kata, jaga jaga sekeliling kita dulu...anak2 kita, saudara2 kita...pastikan anak buah kita cemerlang aakhlaknya...pastu luaskan lah kpda masyarakat sekeliling...wallahhhu

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

astaghfirullahalazim..sedih222..apa nk jd dgn anak muda skrg?????? rosak22....dunia akhir zaman..yaALLAH, jauhkan lah kami dari segala bala bencana....

hyhhh berkata...

gila....dunia sekarang semakin gilaaa...

Jom terjah sini:
1)Perlumbaan Drag Terbaik Dunia !
2)Menarik!!Video Wartawan Tercirit Dalam Seluar
3) TV3 ONLINE STREAMING

Tanpa Nama berkata...

malunya....kalu bab anwar ibrahim..beratus2 post beri komen..semua bijak2 campur biul..tp pasal akhlak anak2 muda...'x pe adatlah org muda suka hiburan..dah besar nanti taubatlah dia org tu'...puihh..