17 Sep 2011

Kezaliman Kerajaan Melaka Berterusan, Mahu Rampas Tanah PASTI As-Solihin Merlimau

Tindakan Kerajaan Negeri mahu mengambil tanah Markas Pas As-Solihin, Merlimau, di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Pengambilan Tanah 1960 mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pemilik tanah berkenaan.

Pemilik, Miah Jani, 74, berkata, beliau membantah tindakan itu kerana mendakwa bersusah payah membelinya tetapi dengan tiba-tiba ingin diambil alih Kerajaan Negeri.

Menurutnya, bukan mudah untuknya memiliki tanah itu yang kini didirikan Markas Pas dan juga Sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) As-Solihin.

“Saya beli dengan bersusah payah dan rancang nak bangunkan, tapi tiba-tiba dirampas pula, tanah ini bukan tanah terbiar.

“Sejak awal sudah ada Pasti As-Solihin dan diimarahkan dengan pelbagai program Pas untuk hidupkan aktiviti masyarakat di sini, saya tidak reda dengan tindakan ini,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Abdullah Mohamad, 76, beliau sekeluarga memberi kebenaran tanah itu dijadikan Markas Pas dan Pasti sejak1996 termasuk segala aktiviti yang berkaitannya.

“Saya bantah dan tak setuju kerana saya sudah rancang dengan pemaju untuk bangunkan tanah ini bagi projek perumahan yang sedang dijalankan,” katanya.

Bagi, anaknya, Mubin Abdullah, 44, tindakan itu secara tidak langsung akan merugikan pihaknya kerana melibatkan dua lot rumah yang sedang dibangunkan pemaju.

Manakala, salah seorang Pengasas Markas As-Solihin, Mejar (B) Hashim Salleh berkata, markas itu dibangunkan hasil gotong-royong ahli Pas pada 1993 dengan menambak tanah dan membina bangunan sedia ada.

“Ada yang sumbang wang, tenaga dan masa untuk membangunkannya daripada kawasan pokok getah hingga menjadi seperti sekarang.

“Tapi mereka yang tidak tahu asal pembangunan tanah ini, datang nak merampasnya dengan pelbagai alasan sehingga tergamak menggunakan Akta Tanah 1960,” dakwanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, ini adalah pengambilan kali kedua Markas Pas Kawasan di Melaka di bawah akta sama dengan menggunakan alasan ingin membina sekolah tahfiz al-Quran. Manakala bagi pengambilan tanah Markas Pas Bukit Katil sebelum ini, bertujuan membina jalan raya. -SH

2 ulasan:

abyamin berkata...

Inilah kerja Orang dengki dan kianat .SAMa seperti orang yahudi(z),Tidak senang, jika ianya menlibatkan kemajuan orang-orang Islam.Maka macam-macam hal dan perkara yang meraka akan lakukan, supaya usaha orang Islam akan gagal dan masyrakat Islam akan mandur.jangan kita bialkan kerja-kianat meraka berjaya.Mari kita(orang Islam) sama-sama gunakan senjata DOA kita dan meminta kepada ALLAH S.W.T supaya dijahanakan meraka yang kianat ini.

Tanpa Nama berkata...

dengar katanak buat sekolah anak haram betulke?