26 Sep 2011

Lagi Kes Polis Pukul Orang Awam. Apakah Polis Samseng Berlesen?

Pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal dakwa dipukul polis

JITRA: Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat sini, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu.

Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.

"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut.

"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.

"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul.
"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa.

Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya.

"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu.

"Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Mentang-mentang ada kuasa, ada pistol, ada gari - maka boleh berbuat sesuka hati.

Sebelum ini sudah ada berita polis merompak, polis membunuh, polis lakukan jenayah. Polis kini seumpama penjenayah yang dilindungi undang-undang, samseng yang berlesen.

Persepsi negatif rakyat terhadap polis akan terus ada selagi pembersihan total tidak dilakukan oleh kerajaan terhadap PDRM. Pangkat dan gaji mereka sentiasa dinaikkan tetapi lansung tidak membantu menaiktarafkan professionalime mereka.

GB sudah berkali-kali katakan, kita tidak menghasut orang membenci pasukan polis tetapi tindakan polis sendiri yang menyebabkan mereka dibenci oleh rakyat.

Kebenaran akan tetap terdedah sehari ke sehari.

12 ulasan:

Awanama berkata...

Polis jgn ingat boleh belasah org awam sesuka hati. Kalau rasa mereka hebat dan berkuasa sgt pun takkanlah sampai x dak diplomasi langsung. Waspadalah dgn mereka yg dizalimi... doa org yg dizalimi sgt mustajab. Allah benci pd mereka yg suka menzalimi dan membuat kerosakan di muka bumi ini.

Awanama berkata...

setuju dengan GB.

Awanama berkata...

Banyak sgt makan yg haram, jadi buta hati & buta perut.

Reput hingga usus....

anak mat kampar berkata...

aku rasa ini polis muda yg baru nak belajar kenal dunia....tgk video polis yg belasah peserta masa BERSIH pun dah tau...jenis bangga dgn uniform x bertempat..pptuiihh

Awanama berkata...

Bila sebut je polis, tak de cerita lain. Pasti skrip yang sama dan serupa. Bila kita buat report, polis cerita lain pulak. Inilah masalahnya bila harapkan pagar, pagar makan padi ...

Awanama berkata...

pegi cari bomoh siam...kasi menderita polis lahanat 2....

Awanama berkata...

Suruh semua pemungut-pemungut sampah boikot untuk mengutip sampah di semua Balai Polis di seluruh negara selama 3 bulan. Tunjukkan kamu juga bermaruah.

Awanama berkata...

Ini dah melampau! Anjing kurap lebih mulia drp polis. Kalau ada yang nak jadi polis fiir 2/3 kali carilah kerja yang lebih mulia/noble. Profesion polis kini profesion yang hina dina....filthy...filthy....corrupted......skunk.

Awanama berkata...

Jiran depan umah aku, anak lelaki dia masa remaja selalu bawa kereta bapak dia tanpa lesen. Puas mak dia tegur, buat deekkk aje. Tup2 jadi polis sbb tak de keja lain.. Mudahan2an dia ingat dia dulu2 pernah langgar peraturan & muhasabah diri.

Yang lain pula yg aku kenal, dia terlibat dlm rampasan mercun, last2 dia tibai main mercun tu kat kampung dia, berdentam dentum membising, terer betul sbb mercun tu jenis power. Aku dok heran juga, klu mercun rampasan, depa buat apa yek? Bagi2 sesama sendiri kemudian enjoy sakan kot?

antahberantah berkata...

Profesion haramjadah

Awanama berkata...

Inilah hasil daripada slogan "Kepimpinan Melalui Teladan"
Kalau KPN sendiri boleh pukul OKT di dalam lokap apakan lagi sang pecacai-pecacai dibawah, akan bertambah besar kepala lah.
Kan kah Negara kita ini dah dianugerahkan sebagai Negara Polis oleh Mahathir al-Kutty.

1 Malaysia berkata...

Setuju dengan anon. PDRM ni dah banyak makan benda haram. Hati dah jadi hitam. Berzina, Meminum minuman keras, berjudi, ... menjadi kebangaan depa. Ada kawan AKU yang kerja POLIS, asyik dok tayang dan cerita tentang 'kehebatan' depa tu. Loya AKU mendengarnya dan disebabkan nak memuliakan kawan, AKU dengar aje dan sekali-kala beri nasihat. TAPI BOLEH NASIHAT SAJA, .... kan hati dah hitam legam.