28 Sep 2011

Lagi Kes Buang Al-Quran, Kali Ini Di Mergong, Kedah. Kerja Siapa?

Bahan Cetakan Al-Quran Ditemui Di Kawasan Perindustrian Mergong

ALOR SETAR, 28 Sept (Bernama) -- Dua guni yang mengandungi bahan cetakan ayat Al-Quran ditemui di kawasan Perindustrian Mergong 2 di sini dua hari lalu.

Gambar: Abdul Basidh Abdul Wahid, 40, (kiri) yang merupakan Pengurus Pemasaran di sebuah kilang percetakan di sini bersama abangnya, Abdul Mohsein Abdul Wahid, 46, (kanan) menunjukkan cetakan ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh orang tidak bertanggungjawab di kilangnya di sini, hari ini.

Bahan-bahan itu ditemui oleh seorang pengurus pemasaran sebuah kilang percetakan di situ, Abdul Basidh Abdul Wahab, 40, yang diletakkan di hadapan pintu pagar belakang kilang tersebut.

"Apabila saya membuka guni itu, terdapat cetakan surah Yassin, doa-doa dan panduan ibadat. Mungkin mereka salah cetak dan tidak ada tempat pelupusan, sebab itu mereka membuangnya di sini.

"Saya rasa mereka yang membuat kerja ini adalah syarikat percetakan juga. Mungkin mereka tak ada tempat pelupusan dan mereka membuangnya di sini kerana mahu lepas tangan," katanya.

Abdul Basidh juga berkata mengikut undang-undang, setiap kilang percetakan Al-Quran perlu mempunyai tempat pelupusan sebelum diberi lesen.

Beliau berkata beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Pejabat Agama Islam dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah datang mengambil sampel cetakan tersebut kira-kira pukul 10 pagi tadi dan akan mengambil keseluruhan cetakan itu Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan mengenai perkara tersebut dan siasatan akan dijalankan. -- BERNAMA

Ulasan GB

Sebelum ini kes yang sama dilaporkan berlaku di Bachok.

Spekulasi sebelum ini yang menyatakan ada usaha untuk mensabotaj negeri-negeri yang diperintah oleh PAS nampaknya sukar ditolak. Mengapa hanya dibuang di Kelantan dan Kedah?

Apa-apa pun kita menunggu hasil siasatan polis.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya lihat di KL Selanggor Perak dan Penang banyak kedai orang Cina Cetak bahan Al-Quran

Apa yang saya perhatikan bahan cetakan tersebut datang daripada Pejabat Agama negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dsb

Kalau macam ni macam mana dah jadi Tempat berkuasa pun tak jaga kesucian al-Quran.

Macam mana nak pimpin orang awam.

Adala juga saya lihat kedai buku ternama yang mengeluarkan buku-buku ugama serta orang yang bergelar USTAZ parti politik yang bergelar ISLAM mencetak dikedai orang KAFIR. dimanakah letaknya kehormatan orang islam keatas kitab suci kita.

renung-renung lah