16 Sep 2011

Ibu Minta Natasya Jangan Ganggu Anaknya Lagi

Jangan ganggu Hafizuddin'

Begitulah rintihan Esah Bakar, 62, yang merupakan ibu saudara kepada Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang disimbah asid di Kangar, Perlis baru-baru ini gara-gara mempunyai hubungan dengan seorang pondan yang dikenali Natasha Farisya, 28.

KUALA LUMPUR – “Cukup-cukuplah Natasha. Janganlah ganggu keluarga kami lagi.”

ESAH (kanan) bersama Mohd. Hafizuddin yang semakin pulih selepas disimbah asid dalam kejadian 3 September lalu.

Sejak kejadian itu, dakwa Esah, keluarga Mohd. Hafizuddin hidup tidak tenteram dan diselubungi ketakutan kerana bimbang Natasha akan ‘merampas’ kembali anak lelaki mereka.

Dia mendakwa, berdasarkan maklumat yang diterima, Natasha kini dipercayai sedang merancang untuk melarikan Mohd. Hafizuddin buat kali ketiga kerana sebelum ini dia sudah dua kali berbuat demikian.

“Kali pertama dia melakukannya pada bulan Ramadan lalu, ketika Mohd. Hafizuddin menemani ibunya mengambil ubat di hospital.

“Kemudian Natasha melarikannya sekali lagi dari rumah ibu bapanya di Kangar pada hari raya ketiga yang lalu. Kami tidak mahu dia melarikan Hafizuddin buat kali ketiga,” ceritanya ketika berkunjung ke pejabat Kosmo! di sini semalam. -kosmo

Berita sebelum ini

natasya


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betoi tu.. setuju sgt !!..

“Cukup-cukuplah Natasha ooii... Janganlah ganggu keluarga depa lagi... cari2 la jantan lain.. ramai lagi kat luar sana tu..” !!

Awan Network berkata...

dunia sudah tua dan nyanyok ..tue la jadi mcm nie..

Entri Terhangat!! :
HOT!! - Rakan Ajak Onani?
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!

Black2Sic berkata...

hafizudin tu kanak2 lagi ke??? boleh plak di bawak lari pondan??? hahaha... dah jadi lawak plak cite ni skrg...

pokpoktutu berkata...

apa pnya selera si mamat ni..
klau kita boleh mndngr apa yg dckapkn oleh haiwan dan tmbuhan tntng merka ni psti org yg xmcm mamat ni akn malu semalu-malunya...