16 Sep 2011

Lagi Kes Polis Tembak Orang Awam

Suami saya orang kaya’

IPOH: “Suami saya orang kaya, tiada sebab dia perlu merompak,” kata isteri kepada seorang ahli perniagaan yang maut selepas ditembak mati oleh polis awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.02 tengah malam itu, Kathir Oli Fakir Mohd, 31, maut ditembak di dada kirinya oleh polis di sebuah pub di Jalan Mustafa Albakry, Pekan Baru di sini.

Kejadian berlaku selepas mangsa bersama tiga lelaki lain dikatakan masuk ke dalam sebuah pub berkenaan sebelum berlaku pergaduhan disusuli kejadian tembakan di luar premis.

Isteri mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang rakan suaminya beberapa minit selepas kejadian.

Dia yang berusia 33 tahun, bergegas ke lokasi kejadian dan mendakwa polis tidak membenarkannya mendekati mayat suaminya di belakang kereta Mercedes Benz milik mereka.

“Saya diberitahu suami bergelut dan ditembak polis kerana mahu melakukan rompakan di pub berkenaan.

“Saya tidak percaya semua itu kerana kami bukan orang susah. Kami mempunyai syarikat lori, pengangkutan, binaan dan pelbagai perniagaan lain,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, pagi semalam.

Menurutnya, keluarganya tidak pernah menghadapi masalah kewangan malah Kathir didakwanya tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Kali terakhir dia ada menghubungi saya jam 10 malam kelmarin dan memberitahu ingin keluar makan bersama dua rakan dan dua pekerjanya. “Saya tidak percaya dia pergi merompak pub itu. Ada kemungkinan dia mangsa keadaan atau kecuaian,” katanya yang mempunyai empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan mangsa.

Menurutnya, dia akan mendapatkan khidmat peguam bagi mendapatkan keadilan selain mengetahui punca sebenar kematian suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mangsa bersama tiga suspek menyerang anggotanya sehingga cedera di bahagian muka, mata dan calar-calar di badan.

Beliau berkata, sebelum kejadian, anggota polis berkenaan yang kebetulan berada sekitar lokasi kejadian mendengar jeritan pekerja wanita di pub berkenaan dan mendapati empat lelaki cuba menyamun pusat hiburan berkenaan.

“Sebaik tiba di pub, anggota polis diserang dengan parang sebelum berlaku pergelutan. Malah, lebih mengejutkan dua daripada suspek cuba merampas pistol anggota berkenaan.

“Bagi mempertahankan diri dan nyawa, anggota berkenaan mengeluarkan pistol dan melepaskan satu das tembakan yang mengenai dada mangsa,”
katanya, semalam.

Katanya, anggota berkenaan turut menahan dua suspek lain manakala seorang lagi cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan selepas itu.

Mohd Shukri berkata, pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan manakala, tiga suspek ditahan reman selama seminggu malah dan polis juga sedang menyemak sama ada semua suspek mempunyai rekod jenayah. -hm

Ulasan GB

Kerap kali bila berlaku keadaan/kejadian seperti ini, polis akan segera melakukan tuduhan bahawa suspek cuba melakukan jenayah rompakan, begitulah seperti apa yang menimpa adik Aminul-Rasyid yang ditembak mati secara kejam oleh polis bedebah yang dihukum jel semalam.

Polis terlalu pantas membuat kenyataan bahawa Kathir Oli Fakir Mohd tersebut adalah seorang penjenayah, sekalipun belum ada siasatan dilakukan hanya semata-mata orang tersebut telah mati dan tidak dapat membela dirinya sendiri.

Memang polis tercedera di dalam insiden itu, tetapi kita pernah disajikan sebelum ini kisah polis merompak, kisah polis melakukan jenayah, kisah polis hisap dan edar dadah, kisah polis menyalahgunakan senjata api menembak sesuka hati.

Malah keganasan dan kekejaman polis dapat dilihat oleh seluruh rakyat sewaktu perhimpunan BERSIH yang lalu. Tetapi seperti biasa, tiada satu pun yang diakui oleh polis. Hanya jika satu Suruhanjaya Siasatan diperlukan untuk menyiasat perilaku polis ini, tetapi kerajaan memandang sepi terhadap tuntutan tersebut.

Yang bertambah anehnya kerajaan masih terus memperakui keganasan dan kekejaman polis tersebut dengan menaikkan pangkat polis-polis dan menaikkan gaji mereka sedangkan usaha penambah-baikan mutu kerja polis tidak dihiraukan.

Di dalam kes di atas tindakan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang mengeluarkan kenyataan hanya bersumberkan dari anggotanya adalah tidak wajar dan sesuatu yang amat mencemarkan profession polis sendiri.

Siasat dahulu sebelum anda keluarkan kenyataan menuduh bukan-bukan kepada si mati. Tindakan disiplin perlu diambil ke atas ketua Polis Perak berkenaan. Siasatan menyeluruh dengan tidak bergantung kepada siasatan polis semata-mata yang biasanya bias adalah diperlukan demi meletakkan kebenaran dan keadilan di tempat yang wajar.


13 ulasan:

Awanama berkata...

Ketua Polis ini bila bersara nanti akan bersedia menuntut dirinya perlu dinobatkan sebagai 'Hero atau Wira', sedangkan yang berjuang bermatian untuk keamanan adalah orang bawahan. Malang sekali ada juga orang bawahan yang terbawa-bawa akan gelagat ketuanya. Macam koboi tembak sebelum kena tembak. Sebagai Ketua tentunya ia perlu berhemah walaupun dalam percakapan sendiri.

Awanama berkata...

Masalahnya PARANG tetap disebut sebagai senjata... haru.. haru... Menteri umngok nak ambik hati hapuskan isa, poliszzz dia pulak masih ribut-ribut dengan integriti dan tidak tanduk yang dipertikaikan. Apa apaan saja mereka itu ya.... waduh.. waduh.. Warga baru. kah.. kah.. kah...

Awanama berkata...

Harap polis dpt siasat betul2, tkut2 salah tembak org. tp zaman skrg ni mmg semua benda x mustahil, org kaya pon bnyk jgk yg buat jenayah cuma antara org tau dgn x jer.

non che amah berkata...

Aloo bagi ruang untuk sissatan dilakukan. Jangan terlalu awal menuding jari. kalau salah nanti terhukum juga, macam kes aminulrashid. Namun jika dilihat semua kes berasas menyebabkan tembakan dilakukan. Amirulrasyid, anda bukan penjenayah ! Tetapi anda menjadi mangsa kerana kecuaian ibuibapa. Maafkanlah mereka.

Awanama berkata...

Meninggal dalam pub?

Awanama berkata...

helo non che mah,

keas adik aminul-rasyid tu hanya disiasat semula selepas terdapat desakan dari keluarga dan dari rakyat.

ibu-bapa cuai, tapi polis tiada hak untuk ambil nyawa anak itu. satu hari saya harap anak awak juga akan merasai hal sedemikina, baru awak tahu apa perasaan awak sebagai ibubapa nanti.

Awanama berkata...

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT. Pangkah bang jangan tak pangkah..

Unknown berkata...

cerita lapuk yang membosankan. file dia punya. apa dia kata semua dianggap betul. entahlah.memang tak caya.

Awanama berkata...

PDRM - Wild,Wild West - Trigger Happy.

Awanama berkata...

Dlm hal ni mesti ada cerita lain. Takkan pub nk disamun,apa ada dlm pub? botol arak byk lah n GRO2 sundal. Jadi motifnya mabuk arak atau berebut betina GRO...2 hal ni pasti boleh bergaduh. Orang dah mabuk, ada polis pun polis nk dihentam. Apa pun siasat dgn telus.

non che amah berkata...

Aloo anon 0751,
awak memang kurang ke masjid atau mendengar tok guru baca kitab sebab mendoakan keburukan kepada orang lain. Namun saya doakan awak tidak akan diduga Allah hanya kerana awak gagal mendidik anak-anak awak !

Awanama berkata...

Jika tunggu kena tembak baru nak tembak,sape la nak jd polis,harapkan pengkritik hampeh...

Awanama berkata...

betul3 non che amah...