16 Sep 2011

Curi Kerbau Guna Myvi

Empat sumbat kerbau curi dalam Myvi

CHUKAI: Sekumpulan empat lelaki yang mencuri kerbau bertindak kejam apabila memenggal kepala haiwan dan bahagian badan lain sebelum menjual dagingnya di sekitar Kemaman.

POTONG... anggota polis menunjukkan sebahagian badan kerbau curi dalam kereta suspek.

Kumpulan membabitkan lelaki berusia 20-an terbabit yang dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak awal Ramadan lalu turut bertindak agresif apabila melakukan kekejaman terhadap haiwan berkenaan sebaik ia ditangkap sebelum memasukkan bahagian badan yang dipotong ke dalam kereta.

Namun, kekejaman kumpulan lelaki yang dipercayai sudah mengaut keuntungan besar hasil daripada kegiatan itu berakhir apabila mereka ditahan selepas gagal melarikan diri ketika kenderaan dinaiki dikejar anggota polis, awal pagi semalam.

Kereta Perodua Myvi dinaiki kumpulan terbabit terserempak kenderaan polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah di Kampung Padang Kubu, kira-kira jam 1.30 pagi.

Berikutan curiga dengan kenderaan terbabit yang dipercayai sarat dengan muatan, anggota polis mengarahkan kenderaan itu berhenti, namun ia tidak diendahkan sebelum melarikan diri ke Chukai kira-kira 50 kilometer dari tempat kejadian.

Menyedari kenderaan dinaiki diekori polis, kumpulan terbabit melarikan diri melepasi sempadan Kemaman sebelum memasuki Chendor, Pahang.

KEJAM...kerbau curi yang ditemui dalam kereta suspek.

Bagaimanapun, usaha menahan kumpulan terbabit gagal menyebabkan anggota polis berkenaan mengekori kenderaan itu sebelum kenderaan terbabit yang kehilangan arah tersadai sebaik tiba di kawasan berpaya berhampiran Sungai Baging, Kuantan, kira-kira 20 kilometer dari Chendor.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata sebaik tersadai, empat lelaki terbabit cuba melarikan diri sebelum dua daripada mereka ditahan di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan dalam kenderaan itu, kami mendapati beberapa bahagian badan kerbau yang belum dilapah dianggarkan seberat lebih 100 kilogram disembunyikan di tempat duduk belakang dan soal siasat mendapati bahagian badan haiwan berkenaan haiwan yang dicuri di kawasan ladang Ketengah Jaya, di sini,” katanya.

Menurutnya, dua lelaki dari Kampung Limbong, Chukai itu disiasat mengikut Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan kerana gagal memberi keterangan mengenai barangan dibawa dan dituduh di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini, pagi semalam. -hm

5 ulasan:

Yong berkata...

Selagi tak mahu hudud, kerje mencuri akan terus berleluasa.

Islam menghargai pemilik (orang yang diamanahkan untuk menjaga hak Allah), sebab tu hukuman untuk pencuri amat berat.

Bayangkan kalau barang yang kita dapati dengan susah payah secara halal tetiba kena curi!

Khairi berkata...

Curi kerbau sumbat dlm Myvi tu salah & patut dihukum, curi wang rakyat dgn gunakan kuasa & jawatan yg ada juga salah, harga projek melambung tinggi kerana rasuah yg licik juga salah, negara ini perlukan suasana kalau susah sangat nak capai seperti masa Rasul s.a.w, marilah kita berusaha utk kearah zaman Khalifah Abd Aziz, dan yg paling dekat kearah ini ialah dgn memilih pemimpin yg amanah, berintegriti & taqwa, dan yg paling dekat adalah kepimpinan ulamak (dan yg sewaktu dgnnya!)

Awanama berkata...

Tahniah saya ucapkan kepada anggota Polis yang terlibat ini, dia lari kamu kejar, jangan pakai tembak sahaja. Tentunya kamu lebih bersedia dan terlatih dari mereka. Ada jumpa parang tak ?. Walaupun berhemah kamu perlu juga berjaga2. Kalau dah dua-tiga orang menyerang kamu dari depan ke belakang, nak fikir apa lagi .... tembak sajalah, itu gunanya senjata. Bagi hidup malaon macam ini pun menyusahkan dunia saja !. Kita tahu anggota Polis yang 'comot' tu sikit sahaja, tapi ramai antara kita yang cepat melatah kalau ternampak Polis di jalan cepat saja nak kata 'cari makan'. Kalau semua Polis mogok baru semua orang tahu akibatnya.

Awanama berkata...

Dua yang terlepas itulah yang memcuri!!!

Dua yang terlepas itulah yang membawa lari hasil keuntungan lumayan!!!

Dua yang terlepas itulah yang licik bijaksana terlepas diluar sempadan kejadian!!!

Kedua-dua yang itulah giat beroperasi larut malam cari makan ketika orang ramai sedang tidur.

Bodohnya kita!!!

Awanama berkata...

Mogok itu lebih mulia dari jadi tali barut penjenayah.