6 Sep 2011

Betullah.. Buang Masa PAS Layan Cabaran Khairy, Serahkan Saja Kepada Pemuda

Sebaik sahaja Ketua Pemuda Umno menyatakan kesanggupannya untuk berdebat mengenai kebenaran fakta sejarah kemerdekaan negara, kali ini Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat pula menyatakan kesediaanya untuk berdebat dengan Kahiry Jamaluddin.

Suhaizan menegaskan, pemimpin tertinggi PAS seperti Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu tidak perlu melayan cabaran Khairy sebaliknya cukup sekadar dirinya yang berdepan dengan Ahli Parlimen Rembau itu.

"Saya menegaskan disini, jika sekadar isu ‘Mat Indera’ ini yang menjadi modal ‘pentas patriot’ Khairy untuk menyerang PAS, biar Pemuda PAS Johor sahaja yang berhadapan dan ‘selesaikan’ perkara ini," kata Suhaizan.

Beliau berkata, Mohammad Sabu dan pimpinan tertinggi yang lain mempunyai banyak misi nasional untuk dipantau termasuklah isu lapan tuntutan BERSIH 2.0 terhadap penambahbaikan sistem pilihan raya negara, kenaikan harga barang, peningkatan tarif elektrik, kontroversi komisyen pembelian Scorpene, dan sebagainya.

Suhaizan berkata pihaknya akan menyediakan pentas dan mengesyorkan sesi debat itu diadakan di daerah Muar, Johor tempat dimana terjadinya tragedi Bukit Kepong.

"Isu ini berlaku di Johor (Bukit Kepong). Mat Indera kami angkat sebagai hero kemerdekaan anak Melayu dari Johor dalam perjuangan menyingkirkan penjajah. Saya sendiri orang Johor. Jika Khairy anak jantan, turun ke Muar Johor, kita akan sediakan pentas debat untuk cari kebenaran sejarah ini!," tegas Suhaizan.

Debat itu penting bagi merungkai kontroversi yang menyelubungi Mohammad Sabu dan pimpinan Pakatan Rakyat yang ditomah media arus perdana kononnya mereka mendewakan fahaman Komunis dan tidak menghargai jasa serta pengorbanan pejuang kemerdekaan.

Sejak 27 Ogos bulan lalu sebanyak 49 laporan polis dibuat diseluruh negara, menggesa polis melakukan siasatan dan media arus perdana berhempas pulas menyerang Mohammad Sabu tanpa langsung memberikan peluang untuknya membela diri.

Selain itu, Suhaizan memberi jaminan akan menggerakkan seluruh jentera Pemuda PAS Johor untuk mengadakan pentas-pentas penerangan bagi memastikan kebenaran fakta berkaitan Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong ini sampai ke pengetahuan rakyat khasnya rakyat di negeri Johor.

Suhaizan berkata, Pemuda PAS arif dengan modus operandi Umno yang bertindak membangkitkan isu Komunis demi mengalih pandangan rakyat daripada terus mempersoalkan pendirian kerajaan pemerintah bersabit banyak isu termasuk jawapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan pimpinan Najib berhubung lapan tuntutan BERSIH 2.0.

Tidak kurang juga pegangan kabinet Perdana Menteri Najib Razak berhubung komitmen Jawatankuasa Khas Parlimen yang ditubuhkan untuk mengkaji perjalanan sistem Pilihan Raya negara.

Dan terbaru, apakah jawapan Najib akan ketiadaannya di Malaysia tatkala rakyat menyambut kemerdekaan yang ke- 54 dan keseriusannya dalam membela nasib rakyat apabila besenang- lenang bercuti di Perth, Australia dikala rakyat mengikat perut merayakan Aidilfitri dalam keadaan harga barangan asas semakin meningkat.

Debat: PAS pusat sokong Mat Sabu hanya mahu jumpa No 2 Umno

Kepimpinan pusat PAS mempertahankan pendirian Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang memutuskan untuk berdebat dengan pemimpin yang setaraf dengan kedudukanya dari Umno, bukan dengan Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.

“Ya, kami sokong pendirian Mat Sabu (Mohamad). PAS mencadangkan... kita lihat peringkat parti, jadi timbalan presiden berdebat dengan timbalan presiden, yang sama jawatan dalam parti,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi The Malaysian Insider mengenai isu debat dan wacana yang muncul di sebalik kenyataan kontroversi mengenai tragedi Bukit Kepong.

“Saya melihat kalau timbalan presiden bertemu dengan timbalan presiden baru kuat,” katanya lagi.

Tuan Ibrahim berkata kemungkinan itu sebabnya Mohamad juga memutuskan untuk memberitahu bahawa biar Pemuda PAS yang mengambil tindakan susulan apabila Khairy dilaporkan menerima tawaran berdebat anjuran kerajaan negeri Kelantan.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam, Muhamad berkata beliau hanya bersedia berdebat dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan kontroversi berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong dan gesaan agar fakta sejarah diteliti semula.

Ekoran perkembangan itu, Khairy pula mengecam Mohamad sebagai seorang pemimpin politik “bacul dan tiada bermaruah” kerana tidak sanggup bertemu dengannya.

Menerusi media sosial Twitter berterusan hari ini dengan Khairy menegaskan, “yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah. Tewas sebelum tempur.”

Dalam satu lagi mesej Twitter, Khairy yang pernah muncul di pentas dengan Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa, yang juga Exco Kerajaan Kelantan beberapa tahun lalu berkata, “sekurang-kurangnya Husam ‘anak jantan’. Ini Mat Sabu... dengan Ketua Pemuda Umno sudah lari. Adakah ini timbalan presiden yang anda pilih? Malu.”

Mohamad yang lebih dikenali “Mat Sabu” berkata “Timbalan Presiden Umno, OK” - apabila ditanya sama ada bersedia berdebat dengan Muhyiddin yang juga anak jati Johor. Muhyiddin juga timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Johor.

Ditanya di mana lokasi debat itu boleh diadakan, Mohamad hanya menjawab: “Terserah.”

Khairy seterusnya berkata biar sejarah akan menunjukkan beliau telah menerima jemputan untuk mengupas isu semasa ini, tetapi ditolak oleh Mohamad.

“Jadi, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini,” katanya lagi.

Semalam, Dewan Pemuda PAS pusat juga melahirkan hasrat mahu berdebat dengan Pemuda Umno berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong selain mahu sejarah kemerdekaan negara ditulis semula.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berkata, pihaknya bersedia bila-bila masa untuk berdebat demi mencari kebenaran sebenar kemerdekaan negara.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat ilmiah dengan Pemuda Umno demi sebuah kebenaran dan masa depan yang diasaskan oleh pembacaan sejarah yang betul dan benar.

“Debat ini bukan bertujuan untuk mencetus persengketaan walau melibatkan Pemuda PAS dan Pemuda Umno, tetapi bermaksud membedah sejarah, mencari ketulenan peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara tercinta,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan kelmarin, Tuan Ibrahim berkata pihaknya bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.

Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

Mengulas mengenai perkembangan sejak dua hari lalu ini, Tuan Ibrahim berkata, apa yang diusahakan oleh kerajaan negeri Kelantan adalah perkara berbeza daripada apa yang diambil oleh PAS.

“Usaha kami di peringkat PAS lebih bersifat wacana. Kami memanjangkan kepada Umno... kepada Ketua Penerangan Umno, untuk mengadakan wacana atau perbincangan mengenai fakta sejarah,” katanya.

Tambah beliau, surat pelawaan kemungkinan dikeluarkan minggu depan selepas mengadakan satu perbincangan di peringkat PAS pusat hari ini.

“Jawatankuasa khas mengadakan mesyuarat hari ini. Salah satu perkara yang akan dibincangkan ialah perkara ini. Jadi, kami akan memutuskan perkara ini... kemungkinan surat akan dikeluarkan minggu depan,” katanya. -TMI




6 ulasan:

Awan Network berkata...

biarlah yang sama level..baru sama mentaliti dan cara berfikir..

Entri Terhangat!! :
HOT!! - Rakan Ajak Onani?
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!

hussin berkata...

Setuju gb dan syabasy kepada suhaizan. Jangan kena kencing lagi...

Tanpa Nama berkata...

suruh dia berdebat dengan altantuya atau ibrahim ali

Tanpa Nama berkata...

khairy ketua rasuah politik wang itu hanya layak berdebat dangan kanak kanak tadika sahaja kerana beliau masih hingusan kata mamak MADEY.

Tanpa Nama berkata...

Mana ada sama mentaliti...mentaliti puak-puak UMNO ni memang dah terbukti rendah..kadang2 yg tak dak mentaliti langsung lagi ramai...jangan pangkah dacing

arai berkata...

Dalam pergolakan politik semasa yang penuh dengan rencah kekecuhan, kini bertambah lagi isu menjadikan timbunan sarat sedangkan umat-umat masakini masih berseteru menegakkan uncang politik masing-masing. Antaranya yang terkini timbul pula Khairi Jamaluddin dengan hasrat untuk meraih populariti dalam debat mengikut fokus tafsirannya sendiri.Sedangkan sejarah sebenar agak banyak juga terpesung dari realiti peristiwa yang telah dicantas edisinya. Gara-gara mengharapkan pengaruh kuasa salah menyalahkan sesama sendiri berlaku dengan ghairahnya sehingga mencetuskan ledakan emosi untuk menghancurkan karier politik seseorang. Tak terfikir dibenak kita bahawa debat kini bakal mengundang konflik yang lebih dasyat selain hanya membuang masa melayan kerenah hingusan sebegini rupa.Yang benar tetap benar manakala yang salah tetap jua satu kesalahan. Allah jua mengetahui segala-galanya!!