Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai "bacul dan tiada maruah" apabila menyerahkan peranan berdebat dengannya berkaitan isu kemerdekaan kepada pihak lain.
"Yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih timbalan presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah.
"Tewas sebelum tempur," katanya.
Mohamad Sabu pagi ini berkata, beliau menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Khairy berhubung isu itu kerana kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.
Katanya, beliau "tidak tolak" berdebat, tetapi biarlah Pemuda PAS dan Pemuda Umno yang mengambil bahagian "kerana mereka layak".
Dalam tulisan yang bertubi-tubi di Twitter berhubung perkara itu, di samping berkata tiada masalah berdebat dengan Ketua Pemuda PAS, Khairy menyifatkan Mohamad "takut dan lari".
Husam berani 'cemar duli'
"So, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan (untuk) lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini," katanya.
Katanya, Mohamad tidak perlu berkata ketua Pemuda Umno patut berdebat dengan Ketua Pemuda PAS kerana Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pernah 'cemar duli' berdebat dengannya beberapa tahun lalu.
"Walaupun Husam naib presiden dan exco kanan kerajaan negeri dia setuju dan kita berdebat depan tiga ribu lebih orang. Husam tak kira protokol.
"Sekurang-kurangnya, Husam berani ketepikan hierarchy dan protokol parti demi keterbukaan politik. Dia berani. Kita bertemu atas pentas ilmiah," tulisnya lagi di laman blog mikro itu.
Menjawab dakwaan penyokong Pakatan Rakyat yang didakwanya menyifatkannya tidak layak berdebat dengan Mohamad kerana bukan menteri, Khairy menyindir kembali:
"Woi, korang lupa ke Sabu tu kalah pilihan raya. YB pun tidak."
Suhaizan: Khairy ibarat 'ikan bilis'
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dalam reaksi segeranya menyahut tugas berdebat yang diamanahkan Mohamad kepadanya, malah mencadangkan ia diadakan di Bukit Kepong - tempat tragedi berdarah itu.
"Khairy sanggup turun, kami sediakan pentas!" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya menegaskan di sini, jika sekadar isu Mat Indera ini yang menjadi modal 'pentas Patriot' Khairy untuk menyerang PAS, biar Pemuda PAS Johor sahaja yang berhadapan dan 'selesaikan' perkara ini."
Mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkan tindakan Mohamad menyerahkan debat itu kepadanya, Suhaizan mengibaratkan pemimpin Pemuda itu sebagai 'ikan bilis' dan tidak setanding dengan Mohamad untuk berdebat.
"Bahkan saya fikir Umno/BN sepatutnya lebih berani berdepan dengan beliau (Mohamad) untuk menjawab isu-isu besar dalam negara yang dikemukakan PAS seperti isu lapan tuntutan BERSIH 2.0 terhadap perjalanan pilihan Raya, kenaikan harga barang, peningkatan tarif elektrik, kontroversi komisyen pembelian Scorpene, dan sebagainya," katanya.
Ulasan GB
Isk. Seorang Ketua Pemuda UMNO nak berdebat dengan Timbalan Presiden PAS? Buang masa dan buan tenaga, sedangkan kerajaan partinya sendiri tidak melantik dia walaupun sebagai timbalan menteri didalam barisan kabinet. Ertinya memang beliau terlalu mentah dan tidak layak, tanya Najib mungkin ada jawapan lain kenapa tak pilih Khairy tapi Mukhriz di dalam barisan kabinetnya.
Kedua, Mohd Sabu kalah pilihanraya? Ya, di Kuala Terengganu. Bukan di negeri asalnya di Pulau Pinang. Cuba Khairy Jamaluddin keluar dari Rembau mahu tengok terkangkang tak terkangkang dikerja pengundi nanti. But then, ada desas-desus UMNO pun tak berahi nak turnkan Khairy bertanding lagi - reason: not a winnable candidate - itu sebab sekarang sibuk buat promosi diri.... Pentas Patriotlah, ajak Mohd Sabu berdebat sebab nak tumpang populariti Mohd Sabu yang mempunyai pengikut setia dan peminat seluruh negara.
Khairy apa ada? Mungkin bangla dan pelacur yang terima baju merah PATRIOT semasa perhimpunan Bersih hari tu kot akan bersorak-sorai untuknya.

6 ulasan:
aku sokong !khairy nak cari publisiti untuk cari tempat dlm pru 13.
Khairy pundek kutty ??
Khairy ni macam budak-budak! Berapa banyak bangla boleh kumpul pulak ni?
Tak cerdik langsung!
sudahlaa khairy oooiiii....panggila muhyiddin satu lawan satu dengan abg mat kita.
budak - budak biasa lah layan je nnti nangis pulak kang.
Abang Mat tak usah nak kotorkan tangan nak layan Ketua Pemuda Bangra ni.Biar Ketua Pemuda PAS Johor aje yang sahut cabaran Khairy.Dekat Oxford mana ada belajar sejarah Tanah Melayu,sekadar nak tompang publisiti lawan Abang Mat.
Catat Ulasan