6 Sep 2011

Ceramahnya Disensasikan, Mohd Sabu Bakal Bergelar Jutawan... Mudah-mudahan..

Boleh saman Mat Sabu, kata Hisham

Pihak yang merasa tersinggung dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara, disaran mengambil tindakan sewajarnya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan saman di mahkamah mungkin antara yang boleh dilakukan oleh pihak yang tersinggung terutamanya anggota keluarga pejuang kemerdekaan negara serta persatuan-persatuan bekas polis.

"Saya rasa pihak yang berkepentingan perlu mengambil tindakan kerana kadangkala nak tunggu siasatan dari pihak polis dan Peguam Negara mengambil masa.

"Ramai yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu, dan saya sendiri sebagai cucu Datuk Onn (Jaafar) terasa terhadap dakwaan-dakwaan yang berunsur politik, tapi ada had dan batasan dalam nak politikkan sesuatu. lebih-lebih lagi bila ianya bersandarkan kepada sejarah," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin juga berharap pihak polis akan mempercepatkan proses siasatan.

Mengenai permintaan beberapa pihak supaya Mat Sabu dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, beliau berkata akta itu hanya boleh digunakan jika tindakan individu itu menjejaskan keselamatan negara. --Bernama

Mat Sabu : “Jangan gali kubur sendiri!”

JOHOR BAHRU - “Jangan gali kubur sendiri!” Itulah peringatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada mana-mana pihak terutama pemimpin Umno yang terus menyerangnya berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Mat Sabu berkata, beliau bukan bercakap kosong menge­nai perkara itu, sebaliknya mem­­punyai bukti mengang­kat Mat Indera sebagai hero.

Menariknya, kata Mat Sabu, buku yang dirujuknya, ‘Pengukir Nama Johor’ diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, katanya, membuktikan penerbitan buku yang mengiktiraf Mat Indera itu direstui Kerajaan Negeri.

“Jadi, saya nak nasihatkan Umno supaya jangan gali kubur sendiri; (kepada ahli sejarah) jangan jadi pengampu yang cuba gelapkan sejarah. Rakyat Johor seharusnya berbangga kerana Mat Indera adalah pejuang sebenar menentang penjajah, walaupun akhirnya mati di tali gantung,” katanya semalam.

Buku ‘Pengukir Nama Johor’ yang antara lain, mempunyai potret Mat Indera turut menghiasi kulit depannya, menghimpunkan biografi tokoh-tokoh kelahiran Johor yang ditulis oleh beberapa penulis, manakala kisah Mat Indera dihasilkan Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.

Selain Mat Indera, turut dikisahkan riwayat mereka dalam buku itu ialah Almarhum Sultan Ismail dan bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah.

Buku itu disunting oleh Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A Hamid, bekas profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Pada sidang media itu, Mat Sabu membaca sebahagian daripada tulisan Ismail mengenai Mat Indera, yang menurutnya, meyakinkannya bahawa Mat Indera bukan petualang tetapi pejuang:

“Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi namun ada satu persoalan besar perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan tepat.

“Seperti Datuk Mahara­jalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Dol Said, Rosly Dhoby dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang berani berjuang seca­ra terbuka melibatkan jasmani, rohani, intelek dan emo­sinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya.

“Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang dan bukan seorang petualang.”

Mat Sabu berkata, Pas menawarkan khidmat peguam kepada waris peristiwa Bukit Kepong yang ingin menuntut pampasan atas penderitaan kehilangan anggota mereka dalam peristiwa itu.

“Ada peguam, yang juga ahli Pas dan anak Johor, menawarkan diri mahu membantu waris mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan British. Dia sedia bantu. British bertanggungjawab ke atas pasukan mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung (balai polis) itu. Kita sedia membawa kes supaya dipertimbangkan pampasan kepada mereka,” katanya.

Mat Indera, gerila Melayu yang berpendidikan agama dan disifatkan sebagai individu warak, mengetuai serangan bersama anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. SH


Ulasan GB

Menteri-menteri UMNO termasuk media arus perdana (eletronik & cetak) membesar-besarkan isu ceramah Mohd Sabu disamping dilihat "menghasut" rakyat untuk menyaman Mohd Sabu hanya bersandarkan kepada laporan palsu & fitnah Utusan Malaysia.

Bekas-bekas polis yang membuat laporan polis terhadap Mohd Sabu pula lansung tak dengar isi kandungan sebenar ceramah Mohd Sabu.

Menjadi beban kepada semua pihak yang membuat laporan polis untuk membuktikan dalam ceramah Mohd Sabu itu ada terdapat dakwaan yang kononnya beliau mendakwa "pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara". Kalau tak der siaplah kamu-kamu yang memfitnah.

Berikut ialah ucapan Mohd Sabu yang menyentuh hal Bukit Kepong:

“… Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indra, Melayu.

“Tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu Umno, cerita Bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis itu polis British.

“Sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indra ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping.

“Begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak... nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan.

“Semua sejarah negara kita bohong….”

Ayat yang mana menyatakan Mohd Sabu mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara?

Justeru itu, Mohd Sabu layak dan berhak untuk menyaman mereka yang mahu menyamannya termasuk menteri yang menghasut rakyat itu.

Jangan hairan nanti Mohd Sabu kaya raya, jadi jutawan bila samannya menang. Itu sebab setiap sesuatu musibah itu pun ada hikmahnya, blessings in disguise apabila meyakini setiap masalah itu adalah peluang.. problems are opportunities..

Dan itu sebab pentingnya kita BERSYUKUR di atas apa saja yang menimpa kita, bukan saja yang baik malah yang buruk pun kerana yang buruk itu mungkin ada hikmah disebaliknya... Bagi si-makrifat (yang berilmu), tiada ada yang buruk dari Allah s.w.t. kerana setiap dari Allah mestilah baik adanya. Ada dalil naqli yang menjelaskannya :

Firman Allah s.w.t:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Surah : Al-i'Imran:191

Hadith pula: Daripada Jabir r.a.: Rasulullah SAW bersabda: Zikir yang paling afdhal ialah La ilaha illallah dan doa yang paling afdhal ialah alhamdulillah.

Bersyukurlah kamu Mohd Sabu, semuga fitnah itu berbalik kepada mereka semula. Kalau Hanipa Maidin yang failkan saman bagi pihak Mohd Sabu, peluang Mohd Sabu menang adalah cerah, sebab banyak kes saman yang dikendalikan beliau berjaya di mahkamah. InsyaAllah.

End of the day, yang ditimpa kehinaan nanti ialah Utusan Malaysia, Akhbar Pemfitnah No.1 Negara dan sekalian mereka yang memfitnah Mohd Sabu kerana itu janji Allah untuk pemfitnah:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah kepada orang-orang mu'min (laki-laki) dan mukminah yang perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka neraka jahannam dan bagi mereka azab yang membakar. Al-Buruj:10

Ya, Mohd Sabu bakal bergelar jutawan... Mudah-mudahan masinlah perkataanku ini... Amin.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isu Mat Indera pejuang kemerdekaan sebenarnya sudah diperingkat matang kerana melalui tinjauan rambang, ramai anak muda telah membuat penyelidikan sendiri dalam internet selain bertanya kepada warga emas yang pernah terlibat dalam penjajahan British, Jepun dan Komunis.

Dipercayai bahawa ahli fikir UMNO Baru akan menggunakan isu Mohamad Sabu dengan komunisnya sehingga keperingkat persepsi menjadi reality.

Jika dinilai tindakan itu, sebenarnya mereka dalam kekalutan ditambah lagi dengan kebingngungan pakar sejarah seperti Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim memberi fakta yang lemah sedangkan saksi hidup memberikan fakta yang berlainan. Mereka didalam zon malu.

Ini menunjukkan bahawa ahli PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat tidak perlu risau dengan serangan yang bertali arus kepada saudara Mohamad Sabu.

Ianya tidak akan mendatangkan kerosakan besar kerana setiap kali mereka ungkit tentang Mohd. Sabu dengan komunis, jiwa rakyat akan menjadi sakit yang akhirnya rakyat juga yang akan mendesak kerajaan BN supaya melakukan penyelidikan yang lebih jelas dan tepat.

Biarkan saudara Mohamad Sabu dengan beberapa rakan yang lain melayan kerenah UMNO Baru dengan komunisnya. Puaskan nafsunya sehingga mati pucuk.

Yang lain sila fokas kepada pekara-pekara yang melibatkan pilihanraya umum yang akan datang.

Pilihanraya ini amat penting kerana ia adalah penentu kewibawaan parti gabongan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih putrajaya.

Kes pendaftar pemilih masih belum selesai. Dakwat kekal, undi pos dan yang lainnya mesti selalu disebut dan diungkit sama ada pada SPR mahupun kerajaan BN sehingga berjaya.

Jangan biarkan Mohd. Najib dan Muhyiddin Yassin mendapat ruang dan peluang memanipulasikan pilihanraya melalui jentera kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula waris keluarga mat indera tak ke terguris perasaan di katakan pengganas begitu juga dengan waris tok janggut,ahmad boestaman dan ramai lagi boleh ke nak saman kerajaan malaysia kerana tuduh mereka semua pengganas.

sonwi berkata...

untuk mengatakan ahli PKM Melayu seperti Mat Indera, Shamsiah Fakeh, Abdullah CD dan lain2 sebagai pejuang kemerdekaan, aku takda masalah.. majalah Mastika pon ada bongkar kisah sebenar mereka 3-4 tahun lepas, tapi orang tak minat bincang.. jadi sebelum Utusan nak mendakwa Mat Sabu pengkhianat, dakwa majalah mereka sendiri dahulu..
tapi kalau Mat Sabu nak dakwa semua komunis hero sebenar, ini tak boleh diterima.. tanyalah orang tua2, orang kampung Melayu yang tak sokong British pon diseksa kerana tak mau sokong PKM..
setakat ni kenyataan balas Mat Sabu ialah Mat Indera tetap hero.. dia tidak menafikan tuduhan Umno bahawa dia juga mengangkat komunis cina seperti Chin Peng sebagai hero sebenar..
jangan lupa PKM sendiri adalah barua British semasa zaman Jepun.. Soviet, US dan British adalah kawan baik semasa perang dunia ke-2.. lepas Jepun dan Jerman kalah dan bermulanya era Perang Dingin, mereka bergaduh pula, yang jadi mangsa orang Melayu.. mungkin masa tu ada yang merasakan British kurang jahatnya daripada PKM lalu mereka jadi polis, manakala Mat Indera pula berpandangan sebaliknya, Indonesia sendiri merdeka dengan bantuan komunis.. jangan lupa Tok Guru punya benci kepada komunis ni sampai tak mahu Syed Hussin jadi calon di KB pada PRU 2004, dengan alasan sosialis adik sedikit daripada komunis..

Tanpa Nama berkata...

Apa pendapat tuan kalau pemimpin umno terdahulu macam tunku, macam Onn Jaafar macam raja-raja Melayu itu sebenanya anti umno kerana sebab Tunku S'pura terkeluar dari Malaya, sebab raja-raja Melayu British dapat kuasa. Sebab mereka tu ada power dan ada pendidikan orang puteh mereka ambik peluang atas titik peluh orang lain untuk menamakan diri mereka pejuang kemerdekaan sebenar. Hakikatnya orang lain yang menebang hutan orang lain pula yang jadi tuan tanah hutan yang ditebang tu. he-he.