20 Ogo 2011

Terbukti, Betapa Teruknya Polis Malaysia, Bangla Pun Dirompaknya!

Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu.

Mohd Afizi Mohd Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20; didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di sebuah rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini pada 12.01 pagi.

Kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit pekerja-pekerja buruh binaan itu.

Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan kesemua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga.

"Saya juga merayu di bulan Ramadan yang mulia ini supaya kesemua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing," katanya.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan kesemua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Sept ini untuk sebutan.

Kesemua tertuduh membayar wang jaminan itu. - Bernama

Ulasan GB

Ini bukan kali pertama polis menyamun dan merompak orang awam. Ada beberapa kes sebelum ini yang melibatkan kes samun dan rompakan dilakukan anggota polis seperti kes bulan Feb yang lalu dimana seorang wanita yang hamil lapan bulan mendakwa ditampar dan dirompak oleh anggota polis berpakaian preman yang didakwa memecah masuk ke kedainya di Sungai Buloh - dan mereka kemudian menangkapnya.

Pada tahun lepas, seorang ahli perniagaan menjadi mangsa sekumpulan polis yang membelasahnya gara-gara kerana tidak mempamerkan cukai jalan yang tamat tempoh di skrin kereta.

Malah beliau telah mengalami kecederaan fizikal di mata kanannya dipukul ekoran enggan menyerahkan sejumlah wang yang dimilikinya.

Sikap sesetengah anggota polis yang bertindak seperti "binatang" dengan membelasah rakyat sesuka hati amat perlu dikenakan tindakan disiplin kerana ia mencemarkan imej polis.

Rakyat membenci polis bukan kerana dihasut sesiapa, tetapi adalah lantaran perlakuan sesetengah polis sendiri yang menyebabkan mereka dibenci.

Mahkamah pula berlembut dengan penjenayah di kalangan anggota polis ini - Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan kesemua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Sept ini untuk sebutan.

Masa himpunan Bersih yang lalu, polis memaparkan ke seluruh dunia aksi keganasan mereka. Tetapi polis juga cuba melindungi dan menutup perbuatan durjana mereka dengan mengeluarkan video palsu kononnya tindakan polis itu paling betul, paling mulia, paling wangi, paling sopan.

Itu sebab mengapa jenayah di kalangan polis tidak dapat dibendung dan rakyat sentiasa hidup di dalam ketakutan - kerana harapkan pagar, pagar yang makan padi.


6 ulasan:

Unknown berkata...

depa nie dah sangap sangat duit tue...sanggup buat macam2 asalkan dapat duit..

Entri Menarik Di Sini:
1)Bahaya!!Wanita Menipu Lebih RM 550,000
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
3)Menarik!! Kuih-Muih dan Murtabak Dijual Pada RM1

Awanama berkata...

polis ni memang celaka gaji mereka dapat rasuah mereka rembat orang2 besar mereka sembah,rakyat mereka siksa dan tembak sembarangan.

Awanama berkata...

Itu sebab Menteri Dalam Negeri,Hishammuddin warganegarakan 2.5 juta PATI sebab dah banyak dapat laporan Polis menyamun dan memerasugut PATI.Kalau lihat video clip polis minta duit dengan rakyat asing yang memandu diMalaysia,amat memalukan dan memualkan.PDRM sudah lama tak ada kredibiliti dan integriti.Yang tinggal sekadar jadi kuda tungangan UMNO.

Martoiriat berkata...

Dunia sudah terbalik. Polis yang merompak orang awam. Malah kita dengar dimana-mana sekali pun, perompak yang merompak.. bukanya polis.

Kini polis pula yang merompak. Kini Kredibiliti polis dimata kaca orang awam tidak boleh diharapkan untuk melindungi orang awam. Jenayah dan keselamatan orang ramai akan terus terancam yang tidak ada kesudahanya. Bukan sekali polis yang merompak malah kita sering dengar berkali-kali. Tahap kualiti polis semakin rendah dan macamana polis akan dihormati?

Sepatutnya polis yang melindungi orang awam daripada dirompak atau disamun. Begitulah kerjaya polis jika tidak ada pendidikan agama. Apalah sangat dibangga-banggakan dengan slogan 'mesra, cekap dan beramanah' serta 'Intergeriti Amalan Kita'? Jika polis sendiri tidak mengamalkannya.
Taqwa dan keimanan sepatutnya ditanam dalam setiap anggota polis.

Awanama berkata...

Kalau tak salah aku setiap tahun kerajaan umum kenaikan gaji polis sehingga kakitangan tentera rasa gelisah.
Bab ambil pau dari Bangla/Indon memang biasa dengar. Mereka selalu bercerita adakala naik kering gaji bulanan sebab kena bayar 'tol'. Ada passport tak ada passport pun kena tol juga.

ComOt berkata...

polis iblis ni datang ke rumah pekerja2 buruh ni lepas tu kutib duit sorang2. menangis2 bangla ni. bayangkan,mereka kerja penat2teruk,selalu kontraktor tak bayar gaji mereka,project siap ,mereka call polis suruh tangkap pekerja2 ni n bawa balik ke negara mereka balik..kesiannn..sbb tu pekerja yg terdesak ni melakukan jenayah...