20 Ogo 2011

Bukti Nyata, Najib Pendusta & J/K Khas Parlimen Hanya Satu Sandiwara Semasa

PM: P'raya boleh bila-bila masa, tak perlu tunggu PSC

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Perdana menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato'
Onn hari ini.

Najib yang juga presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.

Ditanya mengenai pendirian pembangkang yang belum membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa itu selagi belum melihat terma rujukannya, Najib berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan tawaran yang ikhlas daripada pihak kerajaan supaya setiap keputusan dapat dibuat secara konsensus.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Najib juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut tetapi tidak bererti mereka mengakui terdapat kelemahan yang besar pada kesahihan pilihan raya di negara ini.

"MT nak tegaskan demokrasi berparlimen adalah prinsip perjuangan Umno selama ini. Kesahihan pilihan raya tidak seharusnya dipersoalkan sebab kita telah buktikan tiada manipulasi dalam pilihan raya sama ada dari segi undi yang
dilakukan atau senarai daftar pemilih," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat beberapa individu yang menjadi penduduk tetap dan tersenarai sebagai pengundi dalam masa yang singkat, Perdana Menteri berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat penjelasan mengenai kes tersebut.

"Mungkin ada individu-individu yang boleh jadi pertikaian tapi kita minta SPR buat penjelasan tentang kedudukan nama-nama tersebut memandangkan kecenderungan pembangkang membangkitkan nama-nama mereka," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Bukankah kenyataan Najib di atas satu BUKTI NYATA bahawa Najib itu seorang pendusta dan penubuhan J/P Khas Pilihanraya yang diwarwarkan sebelumnya adalah satu sandiwara semasa?

Jika pilihanraya ke 13 hendak diadakan juga sebelum J/K Khas Pilihanraya menghabiskan siasatan dan cadangannya, apa erti pilihanraya ke 13 itu yang nantinya masih penuh dengan penipuan dan penyelewengan?

Apakah nanti apabila Najib melihat J/K yang bersidang sudah menemui penipuan dan penyelewengan terutama di Parlimen Pekan sendiri, maka cepat-cepat pilihanraya dipanggil?

Setakat mana kuasa J/K Khas itu pun masih kabur? Apakah hanya terhad kepada mengutarakan cadangan-cadangan perbaikan tanpa sebarang kuasa pendakwaan? Jika demikian padamkan saja hasrat penubuhannya.

Yang rakyat kini ialah penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dan membedah secara komprehensif operasi dan pengendalian pilihanraya oleh SPR selama ini, kerana ternyata SPR tidak telus. Malah SPR tidak pernah melantik pemeerhati bebas dari luarnegara untuk memantau perjalanan pilihanraya di negara ini kerana SPR tahu kehadiran pemantau itu bakal mendedahkan kepincangan SPR sendiri.

Buktinya semasa MAFREL pemantau di dalam negara sendiri sewaktu dilantik menjadi pemerhati dan apabila MAFREL menemui perbuatan salahlaku SPR, tiba-tiba MAFREL tlah tidak diktirafkan lagi sebagai pemantau pilihanraya. Bukankah itu jelas SPR memang sebuah badan "anjing gila" yang bebas melakukan apa saja untuk memanipulasikan sistem pilihanraya di negara ini? Keras bunyi krtikan GB tetapi demi kebenaran dan keadilan yang perlu diletakkan di tempat yang sewajarnya, maka terpaksa ia berbunyi demikian.

Malah GB berjanji seandainya Pakatan Rakyat memerintah selepas ini, kami rakyat Malaysia yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan mencari Pengerusi, Timbalan pengerusi dan semua anggota SPR yang terlibat sampai ke lubang cacing untuk disiasat dan diadili.


3 ulasan:

hairan berkata...

kalo umno kata bulan tuh 1 pun jangan caya!!!!!!!!!!! para menteri kita nih patutnya ditukar nama jadi MENTERI MUNAFIK!! Tak yah cakap menteri mca n mic la... itu semua ganti nama MENTERI SAMPAH...

Hairan sejak pak lah semua PM malaysia dah jadi PM FLIP FLOP... apa laaaa

Awanama berkata...

Najib BOHONG, PM putar belit rakyat. menipu adalah perjuangan UMNO setiap saat dan curi wang cukai rakyat hanya untuk tambah kekeyaan diri dan anak beranak, kroni serta gulungan elit UMNO, pada keseluruhanya Pemimpin UMNO adalah gulungan hipokrit yang menipu memerentah MALAYSIA.Rakyat tidak perlu memepercayai segala janji palsu UMNO itu semua bohong..

pada PRU 13 adalah peringatan kepada rakyat.

ahmad husairi berkata...

dari gomen 5, dari pembangkang 3, dari bebas 4...

pandai kepala otak najib ni... mana2 pendirian yg menentang spr yg dilihat tidak memihak kepada bn, dah tentu le kuasa majoriti dapat ke bn... 5 lawan 4...

mmg pas patut x layan mende2 nih... moh kita BERSIH 3.0!!!