24 Jul 2011

Muhyiddin Cuba Paksa Rakyat Terima Video PDRM Yang "Very Low Class" Itu

Video PDRM Paparkan Situasi Sebenar Perhimpunan Haram 9 Julai – Muhyiddin

MELAKA: Rakaman video pada perhimpunan haram 9 Julai lepas yang dipaparkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan dakyah parti pembangkang berhubung rakaman video oleh PDRM itu.

"Kita harus terima dengan yakin kredibiliti (video pihak polis itu), jangan kita yakin dengan video yang dipaparkan oleh media alternatif, dalam YouTube misalnya yang jelas banyak mengubah kandungan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh di sini Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

"Saya minta polis menyiarkan (video ini) di (stesen-stesen) televisyen, supaya rakyat boleh melihat dan menilai (berbanding siaran YouTube dan media alternatif)," katanya sambil mempertahankan rakaman video yang dikeluarkan oleh PDRM itu adalah tulen.

Beliau berkata berbeza dengan pembangkang, polis menyiarkan video yang sah dan tidak diambil atau diceduk dari mana-mana pihak kerana sekiranya polis berbuat begitu akan ada pihak-pihak yang mempertikai video polis itu.

Katanya video itu menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh pembangkang termasuk timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berceramah atas kerusi roda kerana kononnya dilanggar oleh van polis semasa perhimpunan haram itu.

"Jadi kalau ketua parti PAS (Mohamad Sabu) berbohong, bagi PAS pembohongan itu halalkah," tanya Muhyiddin.

Katanya pemimpin PAS itu mungkin terjatuh atau sebagainya tetapi ianya tidak sama sekali kerana tindakan polis.

Mengenai laporan bahawa Mohamad Sabu akan memfailkan saman di mahkamah berhubung dakwaan kekasaran pihak polis terhadapnya, Muhyiddin berkata "itu merupakan hak dia".

Timbalan Perdana Menteri berkata video itu juga menjawab tindakan polis menyembur gas pemedih mata di lorong berdekatan Hospital Tung Shin yang dijadikan isu sesetengah pihak serta insiden kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.

Sementara itu, Ismail ketika ditemui pemberita berkata beliau telah menyerahkan rakaman video itu kepada stesen penyiaran termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.

"Kita dah bagi dan serah kepada TV3 dan RTM dan kini terpulang kepada mereka (televisyen) untuk menyiarkan video itu kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata tuduhan pembangkang terhadap polis berhubung isu perhimpunanharam itu bukan satu budaya yang baik untuk menjaga keamanan negara. – BERNAMA


PAS : Kerajaan, Polis Masih Hidup Zaman Televisyen Hitam Putih

KUALA LUMPUR 24 JULAI : PAS menggambarkan tindakan terlewat dua minggu oleh polis untuk mendedahkan video versi mereka dan kemudiannya hanya ditayangkan di rangkaian televisyen milik kerajaan, jelas perbuatan ketinggalan zaman.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad juga mengumpamakan perbuatan itu tidak ubah seperti di zaman televisyen hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata Idris dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau, polis kini berada dalam keadaan serba salah ekoran menafikan mereka bertindak ganas dalam menyuraikan peserta himpunan aman 9 Julai lalu.

Lantaran itu, polis terpaksa menayangkan video layanan baik mereka terhadap peserta Bersih 2.0.

“Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan keganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” katanya.

Polis pada Khamis lalu, memanggil wakil media untuk menyaksikan rakaman video versi polis bagi menangkis tohmahan masyarakat bahawa polis melakukan kekerasan ketika menyuraikan orang awam.

Penayangan video itu sekali lagi menyaksikan polis menafikan perbuatan itu dan hanya mengakui melepaskan meriam air ke kawasan Hospital Tung Shin.

Perbuatan yang selama ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh menteri dan polis.

Justeru itu menurut Idris, beberapa persoalan harus dibangkitkan, antaranya kenapa polis lambat menayangkan video tersebut sedangkan apa yang terpapar di internet menunjukkan perbezaan.

Oleh itu katanya adalah mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman yang menunjukkan polis bertindak ganas itu boleh disunting.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?”
soalnya.

Beliau merujuk taklimat Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, Khamis lalu yang berkata tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero,” kata Salleh.

Malah, wartawan yang hadir ditunjukkan video sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

Menurut Idris, Mohamad Sabu juga dituduh tidak cedera oleh pihak polis termasuk pemimpin Umno yang mendakwa beliau berlakon.

“Sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu,” katanya.

Menurut beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya. -tvsnews




Ulasan GB

Kelakar Muhyiddin ni.

Video yang diambil spontan kemudian dimuatnaik beberapa mnit selepas kejadian sudah tentulah lebih authentik dan asli daripada video PDRM yang telah disunting dan diedit kemudian setelah dua minggu kejadian baru dipertontonkan.

Apa punya mentaliti menteri yang bertaraf guru tadika ini? Kalau nak menipu pun biarlah ada ilmu sedikit kerana nampak sangat hujjah TPM tersebut dangkal dan cuba nak memperbodohkan rakyat sepertimana UMNO telah memperbodohkan ahlinya selama ini.

Rakyat kini sudah celik, pak menteri oi. Ini bukan zaman Tuanku Abdul Rahman jadi PM. Bukan zaman bapak Muhyiddin, Mohd Yassin namanya, membuka sebuah sekolah swasta di Muar, bukan zaman Datuk Senu menelefon Saadon Zubir bertanya "apa kau buat dalam pejabat kau hah?"

Golongan menteri bermentaliti rendah dari kalangan UMNO/BN termasuk PM/TPM yang cuba memperbodohkan rakyat yang dah celik ini akan dibungkus oleh tsunami politik yang bakal melanda negara pada PRU13 akan datang ini.


8 ulasan:

ghostdart berkata...

aharks....

"Kita harus terima dengan yakin kredibiliti (video pihak polis itu), jangan kita yakin dengan video yang dipaparkan oleh media alternatif, dalam YouTube misalnya yang jelas banyak mengubah kandungan,"

Alamak, mamat sengal ni suruh kita percaya video yg disiarkan terlewat dua minggu, beb. video dh siap edit, dh siap potong2 cukup perasa dan perisa diorng...percaya video tu, jgn percaya video yg diupload ke youtube dan blog2 pada hari yang sama Bersih selesai berjalan, video yg tadak edit, video yg tadak potong2, video asli drpd rakyat yg berjalan bersama Bersih, rakyat yg tiada kepentingan dalam mana2 parti politik, rakyat yg tadak kepentingan dalam arena politik malaysia....

perghhh....ni kalo berperang,dlm dua minggu tu lokasi kejadian dh jadi padang jarak padang tekukur dh...rumput yg mati sebab kene serangan bom pun dh bley tumbuh tunas balik dh....ni mengalahkan taktik perang zaman sebelum merdeka....Tp ni lah dia mentaliti menteri2 malaysia masa kini....aku malu sebagai rakyat Malaysia punya pemimpin yg MAHA BANGANG macam ni...

Tanpa Nama berkata...

Kau ni bsngang. Polis tunjuk tu rakaman cctv yg ada di kawasan terlibat. Kau org la bzngang. Nsk bohong tak fikir lsngsung. Tak tau ke semua trmpat ada cctv.. Kau org yg prepare video senang nak lakon adengan polis ganas na kau org tersniaya. Memang kau org jelmaan iblis.

Tanpa Nama berkata...

mudahnya anggap rakyat bodoh macam orang UMNO

serindit berkata...

org umno yg aku kenali memang kurang cerdik kalau sembang pasai Thailand/No ekor/ tarik duit/ gorat janda/anti-cina (konon) tapi kuli cina boleh la. menteri umno macam meriam buluh bunyi kuat otak zero

Tanpa Nama berkata...

excuse me tuan blogger..jdn la sama kan mentaliti menteri ngok ni dgn guru tadika, sedangkan guru tadika la yg mengajar anak2 kita mengira menulis, jdkan anak2 kita lebih cerdik..menteri ni jauh sekali terkebelakangny...mcm org tak pnh g tadika!tu baru btol..huhu

Waris berkata...

Yg tinggal penyokong umno cuma melayu low class je. Melayu high class semua dah tinggalkan parti purba tu. Kalau ada pun melayu hi class yg masih menyokong ialah yg berkepentingan atau jenis melayu yg tak kenal apa itu internet. Nak bukak email pun x tau. Melayu low class jgn ceritalah... Bagi rumah pprt pun dah cukup hebat buat mereka. Kerja malas kemudian jadi samseng. Bagi title ayahanda atau abg ahlong mrk dah rasa dihargai oleh umno.

Lagi bangang lagi bagus. Lagi mudah digunakan oleh umno sebagai anjing. Dia org ni youtube pun tak tau apa bendanya. Dunia dia org cuma layak jadi anjing tanpa gunakan akal serta terpekik hidup melayu. Tapi dia org melayu sendiri hidup terpinggir dicelah kelangkang cina.

Tanpa Nama berkata...

vidio keluaran polis tiada motif politik kata muhaydin yasin ada satu perkataan yang seakan sama dengan perkataan ini"politi tidak ada dalam agama"

1 Malaysia berkata...

Inikah Menteri Pelajaran Malaysia? Patut le murid-murid kat Malaysia bermasalah disiplin. Bapa borek anak rintik.