24 Jul 2011

[Bergambar & Video] Serangan Berkembar Di Norway, 92 Maut

Oslo - Sekurangnya-kurangnya 92 mangsa maut dalam serangan bom dan tembakan rambang yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Norway berusia 32 tahun. Disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai paling dahsyat sejak pengeboman di Madrid, Sepanyol pada tahun 2004, suspek yang menyamar dengan memakai pakaian anggota polis telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan remaja yang menghadiri perhimpunan politik musim panas di pulau Utoeya.

ASAP tebal jelas kelihatan pada sebuah bangunan kerajaan yang rosak teruk.

Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg. "Tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia Kedua, Norway dikejutkan dengan jenayah pada skala sebesar ini," kata Stoltenberg. Suspek dikatakan memanggil remaja-remaja itu untuk berkumpul sebelum menembak mereka menggunakan pistol dan rifel. Dalam usaha menyelamatkan diri, mereka terjun ke dalam laut, bersembunyi di hutan dan mencari perlindungan di dalam bangunan berhampiran.

Media Norway menamakan suspek sebagai Anders Behring Breivik (gambar), tetapi pihak polis enggan mengesahkan maklumat tersebut. Polis juga menyatakan kebimbangan angka mangsa yang maut mungkin meningkat.

Menurut saluran televisyen TV2, suspek mempunyai hubungan dengan kumpulan ekstremis berhaluan kanan dan memiliki dua senjata api yang didaftarkan atas namanya. Suspek turut menulis komen anti-Islam di Internet. Namun, Komisioner Polis, Sveinung Sponheim memberitahu adalah terlalu awal untuk menyatakan itu adalah motif di sebalik tindakannya.

Media lain melaporkan bahawa suspek menyifatkan dirinya dalam laman Facebook sebagai seorang konservatif, beragama Kristian, suka berburu dan permainan video seperti World of Warcraft serta Modern Warfare 2.

Dua jam sebelum itu, polis telah mengesahkan bahawa tujuh orang terbunuh, manakala sembilan lagi cedera parah apabila sebutir bom meletup di tengah bandar Oslo yang berhampiran dengan pejabat perdana menteri dan beberapa buah bangunan kerajaan. Suspek sama didakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut. - AFP











9 ulasan:

jecrul berkata...

walau Malaysia tak seteruk luar, tapi aku rasa Malaysia dah tak selamat sebab di bawah pimpinan najib..

TERKINI!!:
KURANG AJAQ !!!
PREVIEW FILEM : KARIPAP-KARIPAP CINTA

Awanama berkata...

statement 'aku rasa' hanyalah andaian tanpa fakta....

Awanama berkata...

utk Jecrul diatas:

so kalau Malaysia bukan dibawah pimpinan Najib lagi, ko rasa Malaysia selamat ke? sudah2 lah berpolitik tu. yg sengsara rakyat..please lah aku merayu pada puak2 politik yg saling menghina sesama sendiri ni..hentikanlah..aku taknak Malaysia jadi mcm negara luar..tak kisah la BN ka PR ka atau akan ada parti2 BEBAS baru,sapa2 pimpin negara pun xpe janji keamanan dan kemakmuran terjaga..mana ada Politik yg fair 100% sedangkan waktu zaman Rasulullah dulu pun xde politik yg 100% adil..please lah.. stop all this politics thing. Peace for Malaysia. not Politic for Malaysia.

Kuda Perang berkata...

xda politik xda la malaysia... hidup ini pun adalah politik. Walau bagaimana pun, peace no war!

Pak Ngah Phg berkata...

sdr/sdri ..yg jelas skrg ni kita xleh harapkan BN/Umno lg utk menjagakan negara kita..Keadaan Malaysia yg makmur ni sepatutnya kita leh mendptkan kehidupan yg lebih senang dan ceria.Masih ramai rakyat2 yg hidup dlm kesempitannya. YG hidup secara kayaraya melampau hanyalah yg jd kroni2 penzalim tu.

Awanama berkata...

kalau tak suka politik janganlah masuk blog ni. dah tahu ini blog politik pastu ada hati nasihat org lain jgn berpolitik. pegilah masuk blog masak-memasak ker memancing ker. nyemak jer ko kat sini

mohamad berkata...

sebenarnya bukan setakat najib atau siapa. yang mesti dicegah dan diwajibkan oleh tuhan supaya menentang nya ialah bila sesuatu itu berlaku berlawanan dengan kehendak tuhan, perkara mungkar. tambahan lagi jika ianya dilakukan oleh kerajaan kerana ianya melibatkan orang ramai dan melibatkan masa depan. masalah kalau tak ada najib boleh aman ke tidak, akan menjadi baik atau tidak, itu tidak timbul, kita kena menentang kezaliman, ketidak adilan kepada sesiapa pun dan pada masa mana pun, itu lah kewajipan jika kita mengaku kita orang beriman. wallahuaklam

Awanama berkata...

dia salah masuk blog tu...dia nak masuk ice cool blog tu...termasuk blog politik...kah kah
kekadang aku heran gak yg kata Msia dah aman, nak gula..ada gula, nak beras..ada beras...tp yg pandi kutty tu mereka x tau yg harga barang asyik dok naik nyusahkan rakyat tp menteri2 semua dpt free..maintenance rumah pun juta2..aku rasa ramai menteri x tau harga bawang sekilo berapa,harga ikan kembung sekilo berapa...

kun berkata...

heyyaa