24 Jul 2011

Kerajaan Bermadah Helah Guna Biometrik Tolak Dakwat Kekal

Kenapa Hendak Membazir Kalau Boleh Guna Dakwat Kekal? -IDEAS

SHAH ALAM 24 JULAI : Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.

"Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal.

"Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan," katanya kepada Tv Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13.

Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat.

"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata.

Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan.

"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi.

Hakikatnya menurut Wan Saiful, tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini.

"Saya rasa ada manfaat jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian," tegas Wan Saiful.

"Tapi saya boleh faham sekiranya saya berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang saya hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Saya akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan,"katanya lagi.

Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya.

Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih
.

Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat. -tvsnews



Ulasan GB

Sebentar tadi GB sudah ulas hal ini. Petikan:

SISTEM BIOMETRIK boleh dianggap sebagai langkah penipuan tahap tertinggi. Kerana tidak mustahil sesorang pengundi itu boleh mengundi LEBIH DARI SEKALI. Biometrik hanya mengesahkan data pengundi. Malah pemprogramman untuk mesin biometrik itu juga boleh dibuat untuk MENIPU sepertimana "salami slicing" boleh dilakukan oleh pemprogrammer bank untuk mencuri duit bank (ingat kes Aman Shah!)

Tiada JAMINAN sistem biometrik itu tidak boleh dimanipulasikan oleh pihak yang menyediakan.

Justeru itu kaedah BIOMETRIK yang cuba dilaksanakan perlu dilakukan semakan oleh sebuah badan bebas oleh panel pakar terlebih dahulu sebelum ianya digunakan selain daripada pilot testing sebelum ia menemui kebuntuan dan kegagalan semasa ia digunakan.

Walaupun kaedah dakwat kekal dikatakan kaedah "terkebelakang" sedangkan ianya lebih effektif dan effisyen maka tiada sebab ia tidak boleh digunakan.

Pengenalan BIOMETRIK hanyalah helah pihak SPR untuk mengelak dari penggunaan dakwat kekal yang menjamin pilihanraya yang lebih telus, bersih dan adil.


6 ulasan:

Awanama berkata...

Ni
Penjenayah pun boleh tipu sistem pintu biometric tak sampai seminit http://videosift.com/video/Mythbusters-easily-defeat-fingerprint-ID-lock

Awanama berkata...

Terus tuntut penggunaan dakwat kekal sebagai penanda.

Awanama berkata...

sedarkah saudara2 ku sekelian!! KERAjaan sibuk mewajibkan majikan yg mengambil pekerja asing supaya mendaftar BIOMETRIK..mungkin ada kaitan dengan penggunaan biometrik dalam pilihan raya.. pikir2 kanlah..

Awanama berkata...

Lain yg kita mintak, lain yg dia sibuk nak buat...

Kita mintak celup jari dlm dakwat tak paham ke apa?

Harap PR dapat keluarkan kenyataan tegas berhubung perkara ini...

Awanama berkata...

tanda tanya sekarang kenapa pihak SPR masih berdegil tidak mahu menggunakan "DAKWAT KEKAL"???????

Awanama berkata...

dakwat kekal adalah paling telus,berbanding dengan biometrik.