1 Jul 2011

Menggamit "Kehilangan" Tanjung Pagar Kepada Singapura.

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia khususnya di Johor perlu menentukan sikap dalam memilih pemimpin pada masa akan datang, dengan menjadikan isu kehilangan Tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Singapura sebagai pengajaran.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tanah tersebut merupakan warisan terakhir milik Malaysia yang gagal dipertahankan di bawah era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tak tahu apa apakah kita akan kehilangan lagi perkara-perkara berkaitan pertindihan yang masih tidak selesai. Ia tak boleh dipertahan,” katanya kepada Keadilandaily.

Beliau memberikan reaksi kepada kehilangan tanah seluas 200 hektar atau 494 ekar termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar mulai 1 Julai 2011.

Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (WTCP).


Menurut Salahuddin, tanah KTMB tidak sepatutnya hilang kerana ia melambangkan kedaulatan negara ini, yang sebelum ini terlepas Pulau Batu Puteh kepada republik negara itu.

“Sekarang, kita tak punya lagi warisan yang memberi erti yang besar dalam konsteks warisan negara
.

“Seharusnya jika rundingan dibuat, pertimbangan tidak boleh merugikan negara, atau sekurang-kurang dalam keadaan ‘win-win situation‘,” jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, masih banyak isu dan pertikaian yang tidak dapat diselesaikan kerajaan seperti isu air, pencerobohan ruang udara Malaysia, Tabung Perkerja Malaysia di Singapura (CPF) dan sebagainya.

“Kini kita kehilangan satu tanah warisan dan hak kedaulatan. Saya kesal dengan kehilangan itu. Dah sampai masanya rakyat untuk melihat sikap Barisan Nasional,” kata Salahuddin yang merupakan anak jati Johor.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat melalui paparan di laman sosial Facebook memaklumkan satu acara ‘Tangisan Tanjung Pagar’ dilakukan di stesen keretapi Johor Bahru jam 6 petang tadi.

Mereka memakai baju putih dan seluar gelap sebagai tanda simbolik kehilangan tanah milik KTMB.-Kd

12 ulasan:

farti berkata...

pemimpin bermasalah, rakyat yang tanggung semuanya..

Sensasi saat ini:
Panas!!Ipad2

Awanama berkata...

KTM = Kutty Tipu 1Malaysia

Awanama berkata...

Siapa yang perintah malaysia sekarang yang serah tanjung pagar?

Awanama berkata...

Iskandar Malaysia- sangat wajar tidak dijual kpd rakyat Singapura.

Tapi...demi duit semua lupa

Awanama berkata...

suka hati bagi TANAH MELAYU kt singapura...macam harta mak bapak depa yg punya...

Awanama berkata...

siapa menyerahkan pulau batu putih kepada singapura dan mengatakan kita menang2 dalam perbicaraantidak pernah berlaku orang yang kalah pun dianggap menang begitu juga dulu2 kalau dikampong2 diadakan laga ayam tidak pernah seorang yang kalah dalam pertaruhan mengatakan ia juga menang atau menang.

Awanama berkata...

siapa menyerahkan pulau batu putih kepada singapura dan mengatakan kita menang2, dalam perbicaraantidak pernah berlaku orang yang kalah pun dianggap menang begitu juga dulu2 kalau dikampong2 diadakan laga ayam tidak pernah seorang yang kalah dalam pertaruhan mengatakan ia juga menang atau menang.

Awanama berkata...

tumbangkan BN PRU13, kerja kuat, jangan banyak buang masa

Awanama berkata...

ha..jual lgi...dah le kat m'sia tu dah bnyk giler tanah singaporean....rizab melayu konon,,,padang2 golf yg kt johor tu bnyk yg singaporean punye...kekuatan military singapura boleh tawan setengah semenanjung dlm 1 hari...

Awanama berkata...

saya bangga menjadi rakyat Malaysia.. tapi malu kepada orang singapura....

Awanama berkata...

Mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura akan dikenang sampai bila-bila. Mereka akan kekal berada dalam lipatan sejarah. Kalau Sultan Hussien of Kampong Glam dikenang sebagai orang yang menyerahkan Temasek kepada Stamford Raffles, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura sebaris dengan Sultan Hussien of Kampong Glam. Kalau nama Sultan Hussien of Kampong Glam dikutuk sampai bila-bila, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura pun akan dikutuk sampai bila-bila.

Awanama berkata...

Nilai sebenar tanah KTM di Singapura menurut anggaran pada tahun 1995 ialah RM1.5 trillion. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM1.5 trilion bermaksud RM1,500,000,000,000.00.

Itu adalah penilaian pada tahun 1995. Pada tahun 2011, nilainya bertambah berkali-kali ganda lagi. Pada tahun 2015, nilai tanah itu boleh mencecah RM3 trillion. Jumlah RM3 trillion itu kalau dibelanjakan untuk bajet tahunan negeri Kelantan, 7,500 tahun baru boleh habis. Apa yang Malaysia dapat sebagai imbuhan ialah tanah sekangkang kera di pinggiran pantai yang nilainya tidak seberapa.

Bandingan dengan bajet tahunan negeri Kelantan ialah RM400 juta. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM400 juta bermaksud RM400,000,000.00.

Tanah KTM sudah terlepas ke tangan Singapura. Persoalan yang timbul ialah, oleh kerana nilai tanah itu sangat mahal, siapakah yang mendapat komisyen dari GOS dan berapa banyak?