1 Jul 2011

Enggan Guna Dakwat Kekal, SPR Tukar Alasan Baru Untuk Tipu Rakyat

Hampir mustahil'

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, prasangka ke atas suruhanjaya itu sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan persepsi bahawa pilihan raya boleh ditipu.

"Ramai yang percaya, termasuk kakak-kakak saya sendiri," katanya lagi yang menambah, persepsi itu kemudiannya akan menyebabkan ramai pengundi memilih pembangkang seperti yang berlaku pada Mac 2008.

Antara prasangka itu melibatkan dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', seperti yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali sebelum ini.

Wan Ahmad memetik kes 'pengundi hantu' di Kampung Klang Gate Baru itu, termasuk di rumah ibu wakil rakyat itu sendiri yang didakwa terdapat sejumlah pengundi yang tidak dikenali.

Jelasnya, perkara itu mungkin berlaku sebelum SPR menguatkuasa peraturan baru pada 2002 yang mewajibkan pengundi didaftarkan mengikut alamat di kad pengenalan masing-masing.

"Maka pendaftaran sebelum 2002 banyak tak ikut alamat dalam MyKad.

"Sebelum itu boleh daftar siapa saja, di bawah pokok, kedai kopi, di mana saja," katanya lagi dalam satu program dialog berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.

Sebagai langkah penyelesaian, Wan Ahmad berkata SPR akan memperkenalkan satu sistem baru bagi membolehkan setiap individu memeriksa senarai pengundi yang didaftarkan di alamat mereka.

Tegasnya, "hampir mustahil" terdapat pengundi yang mengundi dua kali kerana SPR menggunakan sistem nombor pengenalan 12 digit di MyKad, melainkan pengundi berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.

"Lagipun kita sendiri tak pernah tengok orang mengundi dua kali... Kalau dibawa ke mahkamah pun tak pernah menang.

"Adakah kita hendak pinda undang-undang sebab perkara yang tidak dibuktikan di mahkamah?," soalnya.

Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana "kita tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi.

Tambahnya, penggunaan dakwat kekal yang mencetus kontroversi menjelang pilihan raya umum ke-12 itu perlu perlu melibatkan pindaan ke atas Fasal (1) Perkara 119 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan seseorang pemilih.

Penggunaan dakwat kekal itu akan menafikan hak seseorang untuk mengundi, sedangkan undang-undang berkenaan menjamin hak pengundi untuk berbuat demikian,
katanya.

Selain itu, Wan Ahmad antara lainnya turut mengulas mengenai tuntutan bagi pendaftaran automatik pengundi yang juga memerlukan pindaan dalam Perkara 119.

Jelasnya, undang-undang berkenaan pada masa ini tidak mewajibkan pendaftaran sebagai pemilih seperti di negara lain.

Katanya lagi, jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti politik juga merupakan saluran dengan jumlah pengundi paling tinggi buat masa ini. -mk

Ulasan GB

Sebelum pilihanraya 2008, SPR ini telah mengimport 30,000 botol dakwat kekal dari India dengan kos RM1 juta untuk digunakan setelah parti politik mendesak SPR melaksanakan suatu kaedah bagi menyekat perbuatan yang dianggap sebagai penipuan dalam proses pengundian.

Tiba-tiba beberapa hari sebelum pilihan, mungkin menyedari bahawa sudah tidak dapat melakukan penipuan, SPR membuat sidang akhbar membatalkan penggunaan dakwat kekal dengan alasan kononnya ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor.

Kalau ada pun yang diseludup masuk, siapa yang nak gunakannya? pengundi mana pula yang bodoh nak calitkan sendiri jarinya dengan dakwat kekal itu?

Tiada sebarang penemuan terhadap penyiasatan bahawa ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini seperti didakwa tiga tokoh serangkai itu. Rakyat Malaysia diperbodohkan begitu sahaja oleh SPR, tanpa alasan kukuh, semata-mata untuk menyelamatkan BN daripada terjunam teruk dalam pilihan raya itu.

Terlokop duit rakyat beli dakwat kekal tetapi kemudian dibuang begitu saja. Sepatutnya Pengerusi dan Setiausaha SPR dibuang seperti mereka membuang dakwat kekal itu.

Ok, itu alasan dulu.

Kini alasan baru pula diberikan, kononnya penggunaan dakwat kekal ketinggalan zaman, tak standard, orang kini dah pakai biometrik. Hilang alasan dakwat diseludup masuk.

Mafrel telah menyatakan penggunaan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang tidak praktikal dan ia perlu diperincikan lagi.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, SPR perlu memperjelaskan setiap cadangan pembaharuan yang ingin dilaksanakan sebagai jaminan bahawa ia benar-benar berfungsi dengan penuh efektif dan holistik.

Kaedah biometrik memerlukan masa untuk diselenggara memandangkan sistem tersebut masih baru diguna di Malaysia dan mempunyai banyak kelemahan.

Malah menuurutnya, penggunaan dakwat kekal adalah lebih praktikal berbanding kaedah biometrik yang melibatkan kos tinggi.

Dan lebih ramai meragui kaedah biometrik yang tiba-tiba dijadikan saranan utama SPR kini:



16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku dah cakap dah...dari pemimpin UMNO...bawa ke ahli bawahan UMNO...sampai la ke macai-macai UMNO semuanya bodoh belaka. Anjing-anjing UMNO pun begitu juga...ikut arahan utk bertindak???

Tanpa Nama berkata...

macam-macam alasan dajjal umno bagi.

Tanpa Nama berkata...

naik hangin aku tgk mamat nih...

Kompius berkata...

Rakyat disuruh berjimat, tapi sengaja nak membazir duit guna biometrik. Berapa juta pulak nak belanja beli biometrik? kroni mana pulak nanti jadi kaya jual alat biometrik? Kalau ada alat yang rosak masa mengundi tu nanti, apa nak buat?

incikweasel berkata...

kecah cakap lebih buat ape... berani nk panggil org lain anjing n dajjal tapi penakut xde telo letak nama anonymous...

yeop kuale berkata...

Memang cam gampang betul padi kutty nie....

Tanpa Nama berkata...

SPR sila buktikan dakwat kekal diseludup. Cadangan nak gunakan biometrik lagi tak sesuai kerana server di malaysia ni selalu kene godam.

1 Malaysia berkata...

Memang betul cakap SPR. Kerajaan sekarang dah tak mampu membendung kegiatan seludup. Masalahnya yang dok buat kerja seludup ni bukan orang lain, kerja depa juga le. Macam-macam depa seludup dan jual di Malaysia. Ini termasuklah yang kita dok harapkan untuk menjaga keamanan negara.
Kalau rakyat minta dakwat kekal digunakan, kenapa SPR takut sangat? Hal-hal yang baik harus diteruskan untuk menjaga integriti dan bukan memberi berbagai alasan yang tidak masuk akal. Dengan berbuat sedemikian, sudah tentu menunjukkan kita ni bersalah dan sedang, telah melakukan perbuatan yang tidak betul tu. Di sini saja kita dapat melihat bahawa SPR tu dianggotai oleh manusia-manusia yang tidak cerdik, tiada integriti dan kerja dok bercakap bohong. Cuba lihat pada muka-muka depa, tiada nur cahaya Islam. Yang ada nur cahaya penyangak, penipu, ...

Tanpa Nama berkata...

apa pun.... semua alasan yang tidak munasabah.... budak kecil pun pandai demontrasi jika emak dan bapanya tak beri makan dengan betul. SPR kena jadi baapa dan iibu misthali kepada anak-anak....

hairan berkata...

celaka aje spr nih!!! sasah aku pernah ditukarkan alamat ke kampung asal masa pru 11 dulu... sial aje suka2 tukar tak beritau. Padahal sebelum tuh tiap2 tahun aku mengundi kat jb.

apa laaaaa......

Tanpa Nama berkata...

Dengan puak-puak toghut ni elok saja lawan dengan peperangan. Kerana peperangan juga adalah sunnah Rasulullah saw.

Bercakap dan berbincang dah buat. Berkempen dan berpilihanraya secara amalan demokrasi dah juga dibuat.

Apala lagi tindakan yang perlu RAKYAT buat, setakat ini kita ditahap berdemonstrasi.. jika 090711 ini tidak juga didengari dan dipedulikan SUARA RAKYAT.. maka jalan peperanganlah sahaja jalan terakhir untuk mencapai KEADILAN, MARUAH dan HAK RAKYAT.

Tentu ada yg mati dan tentu ada yang hidup kerana itulah sunnah peperangan dan perjuangan.

Qusyairi Hashim berkata...

rasanya tindakan SPR dah ok, kita cuma perlu bagi peluang dan tengok keberjayaan tindakan tu je..

My latest entry : Bersihkah BERSIH?

Tanpa Nama berkata...

Bangang punya Flazeroth4th....kalau setakat gambar kasut..buat aku pijak-pijak aje kasut tu. aku rasa Anjing lagi Ok dari gambar kasut kau kerana..kasut kau kulit BABI......

Flazeroth4 = UMNO = Yahudi = Bangang.

Tanpa Nama berkata...

SPR badan bebas atau badan kena tambat?

Tanpa Nama berkata...

Sistem Bio-Matric tu akan dihubungkan kepejabat Pendaftaran untuk memastikan Mykad tu soheh atau tidak.Timbul 2 soalan:
(1) Apa jaminan yang pembawa Mykad tu
tidak mengundi 2-3 kali?
(2) Siapa percaya Pejabat Pendaftaran?
Kalau polis,mahkamah dan SPR pun orang dah tak percaya lagi,pejabat pendaftaran apatah lagi sebab sudah mengeluarkan beribu kad pengenalan biru pada orang asing diSabah zaman Mahathir.

yes berkata...

1. Ha ha SPR mengaku ada kesilapan pada PRU 2002, tapi pada waktu itu bermati matian kata mereka betul

2. Kakak kaka Aziz ni lebih pintar dari beliau.