18 Jul 2011

Isu Pusat Hiburan Di Kedah: Tiada Halangan Untuk Bukan Islam

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memaklumkan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 di negeri Kedah boleh beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan nanti, namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Menurut Abdul Hadi, kekeliruan yang berlaku sebelum ini sengaja ditimbulkan media arus perdana dengan menyiarkan laporan tidak tepat hingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

Malah, katanya keputusan yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang diluluskan oleh Umno-Barisan Nasional(BN) ketika mentabir negeri itu sebelum ini.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, undang -undang itu telah “diperbetulkan” agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negeriPakatan Rakyat.

Ujarnya lagi, pusat hiburan di Kedah kini dibenarkan untuk beroperasi pada bulan Ramadhan nanti dengan syarat pihak pengurusan premis itu menguatkuasakan larangan kepada orang Islam untuk tidak memasuki premis terbabit.

“Kita sudah dapat maklum balas daripada pihak pengurusan premis hiburan dan rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan mendapati laporan media yang disiarkan tidak tepat,"katanya memetik laporan The Malaysian Insider.

“Media BN sengaja gunakan isu ini, jadi PAS ambil jalan menyelesaian iaitu hak orang bukan Islam walaupun diharamkan dalam Islam tapi mereka ada hak dan yang kedua hak orang Islam tidak boleh melakukan maksiat," ujarnya lagi.

“Jadi orang bukan Islam sahaja boleh masuk (pusat hiburan), jangan bagi orang Islam masuk,” katanya pada sidang media di sini sambil menambah tindakan akan diambil ke atas mana-mana pusat hiburan yang membenarkan orang Islam memasuki premis mereka,"katanya.

Jelas Abdul Hadi, berdasarkan keterangan yang diberikan Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat hari ini, pusat hiburan boleh ditarik lesen sekiranya didapati membenarkan orang Islam memasuki premis pada bulan Ramadan.

Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997 itu melarang pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar serta di warung kopi, karaoke dan disko.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat ia tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan. -tvsnews


Ramadhan: Kedah gugur larangan atas pusat hiburan

Kerajaan Kedah pimpinan PAS telah menggugurkan rancangannya untuk menguatkuasakan enakmen negeri 1997 yang memerlukan bar, disko dan kelab karaoke ditutup pada bulan Ramadan yang akan datang, kata seorang pegawai kerajaan negeri kepada AFP hari ini.

Negeri itu memutuskan Mei lalu untuk menguatkuasakan penutupan semua pusat hiburan pada bulan suci Islam itu, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang negeri yang diluluskan oleh pentadbiran BN sebelumnya.

Bagaimanapun, rancangan itu mendapat bantahan pengendali tempat
hiburan, serta lain-lain parti komponen Pakatan Rakyat yang bimbang larangan menyeluruh itu akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.

Yang paling vokal mengkritiknya ialah pengerusi DAP, Karpal Singh, yang semalam mendesak supaya larangan itu dibatalkan.

Pengendali pusat hiburan juga memberi amaran bahawa larangan tersebut boleh menyebabkan lebih 6,000 pekerja dipecat.

Pegawai kerajaan negeri memberitahu AFP bahawa kontroversi tersebut telah diselesaikan selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu pengendali premis hiburan hari ini, dan bersetuju mereka beroperasi selagi mereka memastikan tidak ada orang Islam memasuki premis mereka pada bulan puasa.

Sementara itu, dalam satu sidang akhbar di Ampang hari ini, rce the shut down.setiausaha politik Azizan, Mohd Sanusi Md Nor memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk tidak menguatkuasakan penutupan premis hiburan sepanjang bulan Ramadhan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pengendali berkenaan secara sukarela bersetuju lesen mereka dibatalkan jika umat Islam ditemui di premis hiburan mereka dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, jumlah sebenar operator pusat hiburan terbabit mungkin lebih rendah daripada yang dipetik.

Sebelum ini, pertelagahan antara PAS dan DAP - rakannya dalam Pakatan - berhubung isu ternakan babi dan larangan minum arak, mengancam menggagalkan Pakatan dan peluang untuk menjatuhkan BN, yang telah memerintah negara lebih daripada 50 tahun.

Sementara itu, dalam reaksinya, penganalisis politik dan pakar undang-undang, Abdul Aziz Bari menegur PAS dalam mengendalikan perkara itu.

Katanya, tempoh yang singkat, Kedah terpaksa menangani dua insiden yang tidak seharusnya berlaku: pertama sekatan demonstrasi pelajar di kolej KUIN dan kini larangan terhadap pusat hiburan dalam bulan Ramadhan.

"Benar, mereka boleh berhujah di segi teknikal seperti pengharaman itu hanya menguatkuasa peruntukan undang-undang yang diluluskan oleh BN (dan pada bila-bila masa dengan sokongan MCA dan Gerakan).

Bagaimanapun, katanya, mereka terlepas pandang soal yang lebih penting; iaitu kerajaan Pakatan perlu berbeza daripada BN, terutamanya pendekatan atas-ke-bawah.

Katanya, apa yang Kedah buat mungkin baik untuk parti itu di negeri tersebut, terutamanya dalam usaha mereka untuk membendung kebangkitan semula Umno.

Bagaimanapun, tambah Abdul Aziz, langkah seumpama itu mungkin tidak baik untuk peluang PAS - dan Pakatan Rakyat - di negeri-negeri lain dan ia juga boleh menjejaskan kedudukan parti itu di peringkat nasional. -mk









7 ulasan:

1 Malaysia berkata...

Inilah jahatnya pemimpin BN. Kan PR nak perkara yang HARAM bagi umat Islam dikuatkuasakan demi kebaikan umat Islam yang sepatutnya dihormati dan disokong oleh semua lapisan masyarakat terutamanya umat Islam sendiri. Umat Islam menghormati hak orang bukan Islam dan hal yang sedemikian seharusnya ada pada orang bukan Islam. Masalahnya pentadbiran secara kolonial iaitu "divide and rule" sedikit sebanyak menyebabkan rakyat jelata keliru dengan hak masing-masing sehingga tersentuh hak orang lain. Ini bertambah keliru apabila diperkatakan secara 'bodoh' dan 'sentimen' oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.
AKU percaya dan sentiasa percaya bahawa umat Islam sejati tidak akan menganiayai hak orang lain kecuali mereka yang sentiasa bergelar jaguh perkauman, tak kiralah dia tu Melayukah? Cinakah? Indiakah? India yang mengaku Melayukah? Kan perkauman amat dilarang dalam Islam.
Tahniah kepada kerajaan PAS Kedah kerana berani menguatkuasakan undang-undang pada orang Islam terutama dalam bulan Ramadhan, bulan yang mulia bagi orang Islam.
Kalau kita nak orang menghormati kita, kita juga harus menghormati orang lain. Kalau boleh, kita yang mendahuluinya dan selamatlah Malaysia negaraKu ini. Jangan biarkan munafikun menjahanamkan negara kita ni.

Tanpa Nama berkata...

alasan yg sungguh kelakar....ahak..ahak..nak tergelak kak cah!!!dap baru berdehem...pas tercirit birit...terkencit2....

Tanpa Nama berkata...

Ada satu isu besar di dini. Kenapa DAP bising dalam media serang PAS Kedah ? Siap ugut keluar pakatan rakyat ? Ini bukan kali pertama DAP serang PAS Kedah dan tentu sekali bukan kali yang terakhir.

Tolong ulas Mr GB ?

darah360 berkata...

APA CITER....... baru kener sergah ngan DAP dh kelamkabut.... nk pangil berbincang wat apa???? PAS XDA PENDIRIAN KA??? SAT KATA NI SAT KATA TU???? MANA NYA PARTI ISLAM DLU.... SKANG NI ASYIK IKUT TELUNGJUK KAPIR DAP TU JA!!!

Tanpa Nama berkata...

sebenornya puak2 nie tak bulih berhibor Bulan Ramadhan nie,macam masa depa dok perentah Kedah dulu...Syukurlah dan berterima kasih ada orang yg nak bawak kita ker syurga..........puak2 tu dulu ada buat apa??????...........

Tanpa Nama berkata...

sedapnya puak umco ni komen pasai kerajaan pr kedah. umno ada buat apa nak sekat pusat hiburan kat kedah dulu??kot2 puak umco ni suka pr buat macam melaka kot.. dari 1 pagi lanjut p 3pagi, baguih lah sangat bagi depa buat macam tu.. boleh tambah saham para penyokong umco kat akhirat kelak.

Tanpa Nama berkata...

6.59- ni bukan masalahnya... umPorno yg bengong kita jgn ikut... da tentu2 byk mungkar.. tp kite perjuangkan Islam...kena tetap dgn pendirian..tutup saja pusat2 hiburan pada bulan ramdhan, knape nak 2kar plak, klu pasal haramkan masy. Islam undang-undang dah memang ada, malah bukan sahaja bukan ramadhan tp bulan2 yg lain jugak diharamkan orang-orang Islam masuk ke tempat2 hiburan ini.