18 Jul 2011

BERS✔H: Bilamasa Wujudnya Pertubuhan BERSIH Dan Logo Rasmi BERSIH?

Polis: Boleh pakai baju kuning tanpa logo BERSIH

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH.

Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.

Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah. - Bernama

Ulasan GB

Pertama, keputusan mahkamah yang menyatakan BERSIH adalah pertubuhan haram.

Keputusan itu tidak dapat dikuatkuasakan kerana JELAS bahawa BERSIH bukan sebuah pertubuhan, ia hanya satu kempen. Tidak ada organisasi bernama BERSIH. Jangan ada ialah Jawatankuasa Penganjur Kempen BERSIH.

Kedua, Jawatankuasa BERSIH tidak pernah mengisytiharkan apa-apa logo atau lambang. Yang ada hanyalah perkataan BERS✔H 2.0 yang diterima ramai (tidak diketahui siapa melakarkannya kali pertama). Justeru tidak timbul soal lambang atau logo BERS✔H lantaran ianya tidak merupakan lambang dan logo rasmi BERSIH.

Berdasarkan kepada kedua-dua poin di atas, keputusan Polis untuk melarang, menahan, menangkap mereka yang berpakaian "berlambangkan" logo BERS✔H, sebenarnya invalid, null & void.

14 ulasan:

otaistillkick berkata...

minta dewan bahasa lupuskan perkataan bersih dalam penggunaan bajasa di Malaysia.

Manjalara (Azman Jalaludin) berkata...

polis yang tangkap orang pakai baju kuning ada logo BERSIH kena lah caj dia orang ke mahkamah .....biar mahkamah putuskan salah ataupun t ak salah ...

Tetapi mahkamah di malaysia ,,,,,,,, susah nak cakap

1 Malaysia berkata...

Seorang lagi pegawai kerajaan yang bodoh dan bangang. Sedih melihat di Malaysia terdapat ramai pegawai tinggi kerajaan yang buta undang-undang dan perlembagaan, lebih-lebih lagi depa yang pegang jawatan berkaitan dengan undang-undang.
Dah beribu kali rakyat bertanya? Masa bila bers/h 2.0 berdaftar sebagai satu pertubuhan? Mungkin bagi depa tu bers/h 2.o ni macam kong gelap kot. Beza antara bers/h dengan kongsi gelap iaitu satu di tempat terang dan satu di tempat gelap.
Gelap masa depan Malaysia sebab bakal IGP Polis juga tidak 'cerdik' orang lain tapi 'cerdik' berbelit. Maklumlah kan Melayu kata lidah tak bertulang. Muka pun ada iras ...... tak caya, siasat.
Jenayah ... bukankah kerja PDRM? Yang tahu tangkap rakyat yang tidak bersalah, tidak melawan, ... Yang paling pandai ... saman ekor. Satu lagi .... jangan sebut, kalau bukan 100%, 99% terlibat, tanya depa sendiri. Kalau dah biasa dengan haram, mana nak nampak cahaya iman dalam hati.
Betul tulisan seorang penulis kat Malaysiakini, zaman dulu Melayu kata,"SIAKAP SENOHONG IKAN DURI, SELALU CAKAP LAMA-LAMA JADI PENCURI" dan masakini, "SIAKAP SENOHONG IKAN DURI, SELALU CAKAP LAMA-LAMA JADI MENTERI" atau "SIAKAP SENOHONG IKAN DURI, SELALU CAKAP LAMA-LAMA JADI PEGAWAI TINGGI". Itulah contoh manusia kini di Malaysia yang imannya dah pudar dan bertukar menjadi kelabu tahi ayam.

Ohihihohohi berkata...

haha lawak la..
Cool:Semua Lukisan INi dibuat dari Chewing gum

waksab berkata...

Manusia ini jika berada di puncak kuasa lupa yang mana intan yang mana kaca...dan x dapat beza kempen dan pertubuhan..

waksab.blogspot.com

yes berkata...

Tak kira pakai baju kuning atau tidak, sokongan tetap memihak pada BERSEH.

drugbuster berkata...

tshirt tragedy 907 http://reloads03.blogspot.com/2011/07/baju-tragedy-907himpunan-bersih.html

darah360 berkata...

pkr ni...dh mencabuli hak asasi manusia.... dn warna DI RAJA!!!

Awanama berkata...

so, macam mana pula ngan slogan PDRM "BERSIH, Cekap dan Amanh" tu....
Adakah perkataan BERSIH pada konco2 BN sajer DIBOLEHKAN?
Tetapi pada Pembangkang adalah HARAM? Janganlah memperbodohkan rakyat pada era sekarang. Dahulu bolehlah BN Memperbodohkan rakyat dengan tipu muslihat...

Awanama berkata...

Apakah kriteria yang digunapakai oleh polis untuk menentukan sesuatu itu haram atau tidak haram?

Apakah unsur-unsur yang terdapat dalam tuntutan Bersih yang dikatakan haram itu?

Jangan cuba menipu rakyat! Semua ini berunsur politik kerana UMNO takut pilihan raya yang bersih dan adil.

Semerah Cili! berkata...

Salam, tiada siapa yg menipu...kalau kita berada di atas dan menjadi pemimpin, kita juga akan bertindak sebegitu...bak kata org 'buat pun salah, xbuat pun salah...' nilai dir kita terlebih dahulu..salam semua dr semerahcili.blogspot.com

nidzamzam berkata...

PAKAI BAJU JOM HEBOH YANG DIHARAMKAN OLEH MAJLIS FATWA BOLIH PULAK....DASAR BEBAL KLASS PERTAMA.

akudia berkata...

apa ke bangang la peraturan nie..mcm budak sekolah..budak sekolah lg genius..byk keje lg ko leh buat selain tangkap org pakai baju kuning ada tulisan Bersih..ko tak mati pun pandang baju tue...jenayah kt msia nie bersepah2lg ko buleh tgk2 kan...

Awanama berkata...

patriot??