18 Jul 2011

Invois Cincin Berlian Lady Gajah, Kastam Didakwa Cuba Ubah Data Transaksi

Cincin Rosmah Mansor RM24.45 juta: Data kastam cuba dipadam- Chegu bard

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan pihak Kastam di Raja Malaysia (KDRM) cuba melindungi transaksi pembelian cincin berharga RM24.45 juta yang dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah mengalami masalah.

“Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah ‘down’ hampir 3 jam.

“Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, pelbagai ‘syarat’ dikenakan semuanya dijalankan secara ‘manual’,” kata Badrul atau dikenali Chegu Bard.

Beliau berkata, satu pekeliling turut ditampal di papan kenyataan kargo di KLIA, namun ditanggalkan beberapa jam kemudian kerana mungkin tidak mahu arahan rasmi itu ‘dibocorkan’.

“Kami telah menjangkakan sebelum ini data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga ‘Imelda Rosmah’. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan,” katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.

Menurut Chegu Bard, Sabtu lalu KDRM mengeluarkan borang asal yang hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat, berhubung transaksi itu.

Kewujudan ‘borang kedua’

Katanya lagi, borang yang dinamakan ‘borang 2′ dikeluarkan pihak kastam untuk membuktikan berlian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas ia dibawa masuk ke negara ini.

“Kononnya belian itu hanya untuk pameran berlian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura,” kata Chegu Bard.

Menurut sumber dalaman, kata Chegu Bard, kewujudan borang kedua itu menyatakan bahawa pembelian berlian tersebut menggunakan ‘hand carry’dan borang secara manual keluar ke Singapura.

Chegu Bard berkata, sumber itu juga memaklumkan Freight on Board (FOB) pembelian tersebut berbeza, sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang yang dibeli mengikut harga invois.

“Nombor daftar ROC Jacob & Co pun tak sama, sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula,” Chegu Bard memetik sumber tersebut.

Chegu Bard berkata, sekiranya dakwaan itu tidak betul, Rosmah perlu tampil untuk menafikan dakwaan itu sejak awal lagi.

“Bagaimana pula dengan gelang ‘zebra’ dan jam ‘zebra’ yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpilih menjadi duta produk Jacob & co ?,” soal beliau. -KD


4 ulasan:

Ohihihohohi berkata...

dah kastam tu bawah dier sukati dier jer la..
Melukis menggunakan ANU
China gunakan pekerja CANTIK untuk Bank Sperma

Beruk Ketawa berkata...

Lady gajah ni siapa pulak?

Yang aku tahu 'Lady Badak' jer...kah kah kah

Awanama berkata...

kalau duit banyak tu bantu rakyat yang memerlukan saya rasa kurang sikit jurang kemiskinan yang ada kat malaysia, lagipun itu duit rakyat bukan duit rosmah dan keluarganya, nanti mati macamana agaknya kubur rosmah ni ya

Awanama berkata...

sudah dijangka.. taktik biasa umno.. y not harakahdaily n malaysiakini pegi syarikat jacob n co terus.. tanya detail penama cincin tu..