18 Jul 2011

BERS✔H 2.0: SPR Perlu Dengar Suara Rakyat - Timb Menteri

Shah Alam – Kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengenal pasti kelemahan adalah satu anjakan kepada penambahbaikan sistem pilihan raya negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifudin Abdullah berkata, dalam proses penerangan yang diberikan, badan pe-ngendali pilihan raya itu hendaklah juga mendengar pandangan rakyat berkenaan kerja-kerja yang dilakukan mereka.

“Saya berharap penerangan SPR tidak terlalu bersifat defensif, iaitu mempertahankan apa yang difikirkan baik, sebalik-nya perlu bersifat akamodatif, iaitu sedia mengambil kira dan guna pakai idea dari rakyat.

”Apa yang penting bukannya kerja SPR, tapi adalah sistem pilihan raya yang terbaik untuk negara,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui kelemahan badan berkenaan, terutama dalam aspek komunikasi hingga menyebabkan ramai orang keliru atau tidak tahu mengenai langkah penambahbaikan yang dilakukan.

Menurut Saifuddin, apabila rakyat tidak tahu, atau maklumat itu tidak sampai, mereka dengan mudah boleh dikelirukan atau dimanipulasi pihak berkepentingan. -SH

Ulasan GB

Pemikiran dan pendirian timbalan menteri yang seorang ini lain dari yang lain.

Sukar untuk mendapatkan seorang menteri atau timbalan menteri yang fikirannya matang dan pendiriannya bersih seperti Saifuddin Abdullah.

Sebelum ini GB sudah menyatakan bahawa Saifuddin Abdullah, Baka Baik Terakhir Yang UMNO Ada. Petikan:


Jikalah ramai pemimpin UMNO macam Datuk Saifuddin Abdullah ini, habis Pakatan.

Mujurlah dalam pemimpin UMNO yang ada kini hanya ada seorang sahaja pemimpin matang dan terbuka serta mungkin pula beliau merupakan baka zuriat baik yang terakhir yang UMNO ada kini - itulah Saifuddin Abdullah.

Tetapi biasanya pemimpin sebegini hayatnya di dalam UMNO tidak lama. Dia nanti akan dicemburui oleh pemimpin-pemimpin haprak UMNO yang ramai itu. Qabil cukup-cukup cemburu dengan sifat baik Habil. Lalu dibunuhnya Habil. Itu kisah dari Al-Quran.

GB sering juga didatangi oleh pimpinan mahasiswa yang menyatakan mereka lebih senang dan gembira untuk berurusan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini berbanding dengan Menterinya sendiri, Khaled Nordin yang ilmunya tak setinggi mana, tapi ego dan sombongnya tak terperi dasyatnya.


7 ulasan:

yes berkata...

Cadangan yg waras dari Datuk Saifudin, UMNO should listen to him

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH DATUK. BIAR KITA BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA. ALLAH SENANTIASA MEMERHATI KITA.

Tanpa Nama berkata...

Pengerusi SPR dengar cakap Perdana Menteri aje,sebab perlantikan dia dan timbalannya dibuat oleh Najib.DYMM Agong sahkan aje.Kedua-dua malaon ni nak berbudi dengan Najib,kod-kod lepas jadi Pengerusi SPR ada rezeki lain.

tempah website berkata...

pemimpin yg mcm ni walaupun dari barisan penyokong PR pun tetap akan undi dia,percayalah. rakyat hanya mahukan pemimpin yg benar,adil dan berjiwa rakyat.

tahniah yb.

kalau sape2 nak tempah website layari

www.tempahwebsite.net

tuancukong berkata...

kebiasaan pemimpin yg waras begini akan cepat dicantas puak yang tamak kuasa.khususnya umno,,,mana mungkin pemimpin yg terbuka dan sanggup menerima pandangan sebegini akan kekal,,,banyak contoh pemimpin umno yang mcm ni cepat2 dikerat,ku li cthnya,,mereka menyokong prinsip pembangkang dlm isu2 tretentu bukan bermakna kerana menyokong pembangkang tapi sebab kebenaran,,,mereka mengkritik kerajaan bukan bermakna kerna meyokong pembangkang

kaled berkata...

datuk ni tempah maut, kalau clean election kalah la bn nnti..huhu

hairan berkata...

apa bro cakap tuh betul

tak pernah dengar lak mana2 menteri mangkuk umno/bn yg berfikiran terbuka mcm dia nih. Rasanya mcm datuk saifudin nih berfikiran mcm anak2 muda sekarang... mengikut aliran semasa.

Kalo ramai menteri mcm dia mmg harussss bungkussssssss pakatan hahahaha... (but of cos la dia the one n only... yang lain tuh semua tak berotak atau otak separuh!)