26 Jul 2011

Bukti Nyata SPR Tidak Bebas & Berkecuali, Tetapi Alat Pemerintah

SPR: Kami tiada kuasa, hanya Putrajaya boleh tunai tuntutan Bersih 2.0

SHAH ALAM, 26 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan pemerintah.

Jelas beliau, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“SPR ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan sebagai badan mengurus pilihan raya, kita bukan badan penguatkuasaan ... kita tiada kuasa.

“Kita disokong beberapa akta lain seperti Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta lain yang mana apabila kita mengadakan pilihan raya kita bukan hanya dikawal oleh peraturan sendiri tapi turut dikawal undang-undang lain ... jadi janganlah salahkan kita,” kata Wan Ahmad pada program bertajuk “Apa Selepas 9 Julai” anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Justeru tegas beliau, SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasakan dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Jabatan Peguam Negara.

“SPR bukan badan yang buat undang-undang, apa yang kita boleh lakukan adalah cadangkan undang-undang ini kepada Peguam Negara ... Peguam Negara yang akan buat draf undang-undang sebelum bawa ia ke Parlimen untuk dibahaskan.

“Proses buat undang-undang daripada SPR kepada Peguam Negara, Peguam Negara kepada Parlimen ... kalau nak tukar sistem pilihan raya, ia melibatkan dasar kerajaan dan hanya pemerintah sedia ada yang boleh lakukan.

“Kalau anda (Pakatan Rakyat) memerintah juga sama, jangan aggap SPR sebagai musuh,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.

Turut menjadi panel wacana kali ini ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan dan penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin. -TMI


Wakil SPR kena 'boo' dalam debat dengan Ambiga

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau juga kena 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

“Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya.

Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.

“Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.








Ulasan GB

Patutlah Timbalan Pengerusi SPR berani datang, kerana beliau tahu SPR tidak mempunyai kuasa. Sekadar menjalankan perintah dari parti pemerintah.

Kenyataan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar itu menjelaskan kepada rakyat bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasakan dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan pemerintah

Maksudnya, SPR adalah hanya badan pelaksana pilihanraya yang mengikut kehendak kerajaan pemerintah iaitu UMNO-BN.

Maka tidaklah salah selama ini rakyat beranggapan bahawa SPR adalah "kuda tunggangan" kepada parti UMNO BN.

Mujur sekadar kena "boo". Kalau di di luarnegara entah berapa kasut mungkin dah melayang ke pentas.

Rakyat sudah bangkit. Semua sudah buka mata. Malah dunia sudah mulai sedar.

Nampaknya kerajaan UMNO BN yang masih dengan sindrom penafian dan sindrom penipuan.

Penentuan menang-kalah di dalam pilihanraya hakikatnya adalah di tangan Tuhan, namun syariatnya perlu dijaga, penipuan tidak sekali-kali dimaafkan kerana ia mencabuli amanah.

Tidak ada yang lebih hina selain dari mengkhianati amanah rakyat. SPR tahu hal tersebut tetapi masih terus melakukannya.

Berpura-pura tidak tahu terhadap penipuan yang dilakukan malah berselindung dengan pelbagai alasan untuk menutup penipuan terseut tidak sekali-kali terselamat kerana perbuatan salah itu salah dan pasti akan menerima hukuman, jika tidak di sini, di "sana", hukumannya lebih dasyat lagi. Ingatlah.

7 ulasan:

Ropi berkata...

Tahniah patut diberikan kepada datuk SPR, datuk telah memperkatakan tentang kebenaran...sekarang kita tahulah siapa yang lebih berkuasa..SPR atau Amno/Bend..Eloklah kita cadangkan supaya panggilan 'Suruhanjaya' itu ditukar kepada 'Jabatan Pilihanraya Barisan Nasional/BN'...

Tanpa Nama berkata...

Dah jadi huruhara sistem perundangan di dalam Malaysia ini , suruhanjaya patutnya ditukar kepada suruhjayakan pilihan hamba UMNO/BN. Lepas ni dah tak payah2 susah berfikir ,jayakan ajelah apa arahan putrajaya tu atau untuk lebih dihormati letaklah jawatan dan biarlah putrajaya menguruskan pilihanraya noktah. Oleh itu ,cukuplah segala penipuan ,kezaliman dan pengkhianatan amanah rakyat yang telah dibuat. Dosa yang lepas dan sekarang ni pun tertanggung , inikan pula dosa2 akan datang. Ingat semua orang kembali kepada NYA..........

Tanpa Nama berkata...

Sesudah jadi barua UMNO,akan jadi hambapencacai UMNO kata kata tersebut hanya untuk memperbodohkan rakyat bertujuan untuk menipu.

Tanpa Nama berkata...

jika dah ada kuasa kemudian salah guna kuasa....tunggulah bila anda tidak lagi diberi mandat kuasa.....HANYA ALLAH YANG BERKUASA...manusia hanya berusaha.

Tanpa Nama berkata...

kita tahu spr menjalankan tugas mengikut peraturan yang telah ditetapkan ,
apa yang menjadi soalan spr juga cuba menunjolkan diri seolah2 ia sebuah badan politik pro umno/bn inilah yang menyebabkan rakyat tidak mempercayai spr.

Tanpa Nama berkata...

Dengan kenyataan dari Pengerusi SPR ni,sah,jelas dan sohih bahawa SPR ini adalah sekadar orang suruhan UMNO.Case close.

Tanpa Nama berkata...

Betui apa SPR cakap.... yang tentukan apa yang patut dibuat Parlimen Malaysia... bukannya SPR.... Pakatan rakyat kena berkuasa dulu baru boleh pinda Perlembagaan. Ini hak majority rakyat Malaysia tak mau pinda perlembagaan.... Rakyat majority yang memilih wakil diparlimen yang menentukan apa yang wakil mereka mahu..... kalu PR nak pinda carilah majority rakyat dulu, untuk diangkat di parlimen.... Baca perlembagaan bro....