26 Jul 2011

Video PDRM Tak laku: Hanya RTM Setuju Tayang

PPolis: Hanya RTM setuju tayang video 9 Julai setakat ini

PORT DICKSON, 26 Julai — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan video perhimpunan 9 Julai lepas untuk ditayangkan lagi di mana-mana stesen televisyen di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini hanya RTM bersetuju menerima tawaran ini dan telah menayangkannya.

“Jika ada stesen televisyen lain yang ingin menayangkan video tersebut, kita sedia menyerahkan video ini untuk ditayangkan. Sebenarnya, klip video ini juga kini boleh dilihat di laman web PDRM,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Kita berterima kasih kepada RTM kerana telah menyiarkan klip video sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan haram 9 Julai lepas.

“Kita mengharapkan dengan ditayangkan klip video ini masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut,” katanya selepas menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan perdana perajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.

Khalid berharap dengan penayangan klip video tersebut tidak ada lagi pihak-pihak yang membuat tuduhan, tomahan dan andaian bahawa polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara haram di ibu negara pada 9 Julai lepas. -TMI

4 ulasan:

Awanama berkata...

kalid ni yang berlebih-lebih buat komen kerana nak jadi timbalan ketua polih. yang lebih senior pun dilangkaunya tanpa segan silu.

Awanama berkata...

kolid ni nampak mcm keturunan Tun Ali dlm sejarah Melaka je.....jenis ni memang suka menyibuk utk tonjolkan diri.....

ulaq sawa berkata...

aik bagi free pun x mau apa yg hampa nak

Awanama berkata...

Video ni tak laku sebab dunia cyber sudah pun menunjukkan semua video dan gambar akan keganasan polis semasa Bersih 2 termasuk AlJazeera.Damage control yang cuba nak dibuat oleh polis sudah terlewat.Satu cara lain hanya "memaksaa" stasion-stasion TV tempatan menayangkan video ini.Itu akan dianggap sebagai "a waste of good air time".