14 Jul 2011

Angkuh Betul Manusia Yang Seorang Ini...

Kenyataan pengerusi jadikan SPR tambah buruk

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengingatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar jangan terlalu angkuh.

Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Aziz yang berkata pihak SPR tidak akan tunduk pada mana-mana pihak berhubung tuntutan 8 perkara yang di kemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai lalu.

Katanya, kenyataan tersebut hanya akan menambah lagi pandangan buruk pelbagai pihak berhubung pengendalian SPR yang ada sekarang untuk memastikan pilihan raya umum akan datang dapat berlangsung dengan adil dan bersih.

Menurutnya, jawapan SPR bagi lapan tuntutan Bersih yang lalu, SPR hanya menyatakan masih ada ruang untuk parti pembangkang untuk menghebahkan manifesto melalui akhbar masing-masing tetapi tidak menyentuh soal media rasmi seperti RTM dan Berita Nasional Malaysia( Bernama) yang jelas terbukti tidak memberi liputan yang adil antara kedua-dua pihak yang bertanding.

“Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam tuntutan mereka menyebut semua media rasmi perlu memberi liputan yang seimbang kepada semua parti politik.

“Saya kira soal liputan yang seimbang akan terjawab dan selasai jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) boleh memberi peluang kepada setiap Parti walaupun jangka masa yang singkat sekitar 15 minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang,” ujarnya.

Mohd Yusof juga menyanggah kenyataan Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Abu Bakar Yahya yang berkata golongan muda yang menyertai himpunan Bersih yang lalu dipengaruhi dan dipergunakan kumpulan tertentu.

“Ini zaman anak muda, golongan muda tidak mungkin mudah di pergunakan. Zaman sekarang sudah ada arus media baru yang semua pihak boleh mendapat maklumat dengan pantas dan boleh menilai yang mana betul dan yang mana menipu,” katanya.

Tambahnya, tidak timbul soal golongan muda ramai menyertai himpunan Bersih 2.0 kerana dijanjikan bayaran wang ringgit seperti kenyataan Abu Bakar. -HD


PAS sifatkan pengerusi SPR angkuh

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa suruhanjaya itu tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan bagi menambahbaik sistem pilihan raya negara ini disifatkan angkuh dan tidak rasional.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata ia bukan sahaja menunjukkan bahawa SPR tidak bebas malah mengesahkan mereka bertindak demi kepentingan parti politik tertentu.

"Belum apa-apa dia kata tak nak tunduk desakan, ini satu kenyataan angkuh dan tidak rasional.

"Tuntutan yang dibuat bukan tak asas, malah kita kemukakan beberapa bukti manipulasi yang sudah berlaku," katanya.

Abdul Aziz dalam kenyataannya semalam berkata beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak termasuk 8 tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang berhimpun 9 Julai lalu.

Katanya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pun tidak boleh memaksanya untuk melakukan reformasi pilihan raya.

Mengulas lanjut, Suhaizan yang juga ketua dewan pemuda PAS Johor berkata, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sendiri sebelum ini mengakui sistem pilihan raya yang sudah lama dipakai sekarang ini perlu kepada penambahbaikan.

"Kita pun bukan suruh dia terima bulat-bulat, kaji la dulu pandangan dari rakyat.

"Sekurang-kurangnya bagitahu la akan tubuh jawatankuasa untuk mengkaji tuntutan Bersih tu ke. Ini tidak, terus kata tak boleh paksa saya," tegasnya lagi.

Bersih dalam tuntutan mereka mahu SPR membersihkan senarai daftar pemilih, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, dan memanjangkan tempoh berkempin kepada 21 hari.

Dalam tuntutan itu juga mereka mahu SPR memastikan akses media yang bebas dan adil kepada semua parti yang bertanding, memperkukuh institusi awam agar tidak diperguna untuk kepentingan mana-mana parti politik, memantau rasuah politik sewaktu berkempen dan menghentikan politik kotor dalam pilihyan raya. -HD






5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

" ....Abdul Aziz yang berkata pihak SPR tidak akan tunduk pada mana-mana pihak......"

Betul ke? Tapi rakyat telah menyaksikan engkau bukan saja tunduk pada UMNO tapi jilat tahi UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Ini lah anai2 speces putih yg paling merbahaya...yg boleh menghancorkan sistem sesebuah negara apabila bertindak mengunakan akal yg sempit/akal tempoyak. Tuntutan BERSEH sepatutnya dikaji dahulu,adakan perbincangan/dailog.Pengerusi BERSEH ialah org yg bijak yg tlah nampak bibit2 ketidakadilan yg berlaku..apakah dia ada kepentingan?

Pejuang Rakyat berkata...

orang dah hilang cahaya keimanan... merapu tidak dan terus merapu.. Sudah sampai waktunya SPR diBERSIHkan

1 Malaysia berkata...

Seharusnya sebagai seorang Islam yang mukmin, kita wajib menggerakkan diri kita ke arah yang lurus, bersih, adil kepada semua makhluk sama ada insan maupun haiwan.
Inilah bezanya antara sifat seorang mukminin dan munafikun. Mukiminin selalu menerima yang baik manakala munafikun sebaliknya.
Simpan misai kontot tapi tak simpan janggut. Jelas dan amat jelas. Manusia jenis macam yang akan membawa MELAYU ke neraka jahanam. Minta simpang.

Tanpa Nama berkata...

nasib baik lu duduk kat mesia. kalu kat thailand dah lama tebongkang