14 Jul 2011

Lembu Yang Melembukan Orang Lain

Noh: Ambiga 'cucuk hidung' MP Pakatan

Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga "lebih hebat" daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Dengan sinis, Noh berkata, ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga, antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu.

"Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.

"Kerana dalam parlimen, ramai ahli parlimen. Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara, mereka boleh menyuarakan lapan perkara, yang mereka tidak puas hati.

"Sepatutnya tugas ahli parlimen, tapi apa ahli parlimen buat," katanya ketika diminta mengulas saranan Ambiga supaya rakyat memakai apa-apa sahaja yang berwarna kuning sebagai sokongan berterusan kepada lapan tuntutan BERSIH.

Kenyataan Noh itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan pandangan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dalang sebenar di sebalik perhimpunan itu.

Dinafikan hak bersuara

Perdana menteri pada 10 Julai dilaporkan berkata, perhimpunan Sabtu lalu merupakan rancangan terdesak ketua pembangkang untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Noh turut mengulas penggantungan dua ADUN BN Selangor dari menghadiri perbahasan sidang DUN Selangor semalam kerana mengingkari arahan speaker.
Katanya, apa yang berlaku menggambarkan "demokrasi sebenar" Pakatan yang sebelum ini lantang melaungkan slogan demokrasi dan kebebasan sebelum mengambil alih Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

"Tetapi apabila berkuasa, di mana hak demokrasi kalau wakil rakyat hendak bercakap seperti mana mereka (Pakatan) mahu sebelum ini," katanya yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri.

Semalam dilaporkan Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar DUN setelah mempertikaikan tindakan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang dikatakan cuba memetik hadis dalam perbahasannya.

Manakala Ketua penerangan Umno negeri Abdul Shukor Idrus yang juga ADUN Kuang pula didakwa tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.

Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno mendakwa kerajaan Selangor sekarang menafikan kebebasan bersuara kepada BN sebagai pembangkang negeri.

Ulasan GB

Mudah sangat Nih Omar nak menuduh orang lain sebagai lembu sedangkan satu jari beliau menunjuk ke arah lain, empat jari beliau menunjuk ke arah diri sendiri.

Semua orang tahu UMNO diperlembukan oleh APCO Yahudi.

Syarikat konsultansi Yahudi yang dilantik oleh UMNO selepas tewas di dalam PRU12 yang lalu bagi mengenalpasti kekalahan dan mencadangkan apa yang UMNO perlu lakukan selepasnya bagi memulihkan kedudukan UMNO BN yang hampir pupus itu sudah menjadi bukan rahsia lagi.

Berjuta dibelanjakan untuk membayar APCO dan UMNO termasuklah Noh Omar menjadi lembu-lembu mereka semata-mata untuk mempastikan merekaterus berkuasa.

4 ulasan:

Ismi Azraf berkata...

Noh Omar kata orang dilembukan , namun selama ni pun sape dilembukan oleh Gerakan dan Mca. Mungkin dia ada penyakit amnesia.

BERSIH : Bendera atau Pisau?


1,000,000 People Request Najib Tun Razak Resignation

.

hairan berkata...

tau takpe... hahaha

lembu yg menglembukan orang lain

menteri2 bn semua jenis MALAS MEMBACA DAN MALAS MENTENET... tau nya buat pitnah dan sex aje

tabek bro !!!!

Awanama berkata...

tgk muka noh omaq ni mcm gedebe...lahanat punya makhlok.

acoy2348 berkata...

abaikan kata kata mereka, yg penting setiap hari sabtu yg menyokong sila lah tunjukkan sokongan anda kepada BERSIH dgn memakai warna kuning...asal ada warna kuning pada diri anda sudah memadai...