14 Jul 2011

BERS✔H: Menteri Kesihatan "Dibelasah" Oleh 11 Doktor Hospital Tung Shin

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka
.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.

Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. -mk

8 ulasan:

hydran berkata...

nak menipu pada2

TERBAIK SAAT INI!!:
UMNO Sudah Mengambil Alih KFC Holding??
VIDEO JARINGAN MALAYSIA VS ARSENAL!!

Awanama berkata...

jangan pula KKM cuba nak aniaya doktor2 yang amanah dan bertanggungjawab seperti mereka. tahniah kerana mereka berani bersuara, baru kita tahu perkara yang sebenarnya.

Beruk Ketawa berkata...

Nasib baik mereka itu Doktor Swasta.

Kalau mereka itu Doktor Kerajaan dah tentu akan ditukar ke BALING...kah kah kah

CUCU PEJUANG berkata...

WELL DONE.....BRAVO...

yes berkata...

Ada sesiapa tahu apa qualification menteri kesihatan ni, sja nak tahu.

hairan berkata...

ala tengok muka pun dah tau jenis bengap + bodo sombong... dia ingat semua rakyat bengap mcm dia kot.

Tak lama lagik gomen sure keluar video yang menunjukkan hospital tuh di baling dengan bunga rampai dan duit kot. Tak kan la nak keluar video tuh pun amik sampai lebih 5 hari... nak edit la tuh

apa la semua yg dia org nak buat, kita dah boleh baca... aku rasa anak aku pun dah boleh baca strategi dia org tuh.

apa laaa mentaliti menteri2 bn nih, buat malu malaysia aje.

Awanama berkata...

sudah terang lagi kan bersuluh...pihak hospital saman je PDRM..

Awanama berkata...

memalukan saja.......