17 Jun 2011

Salakan Anjing Beritahu Ada Mayat Bayi Terapung Di Sungai

Kuala Lumpur: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ‘objek’ terapung yang disangka anak patung di dalam Sungai Segambut di sini, semalam sebenarnya mayat bayi lelaki yang cukup sifat dipercayai dibuang.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, penternak kambing dikenali sebagai Azmi, 40, berkata dia memeriksa ‘objek’ itu selepas diminta berbuat demikian oleh seorang pekerja pembersih sampah yang menemuinya.

“Saya terkejut apabila mendapati mayat bayi lelaki dalam keadaan telentang itu sudah kembung manakala kepalanya kemik selain masih bertali pusat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Azmi, dia tidak menyangka salakan sekumpulan anjing yang berkumpul di tepi sungai terbabit sejak malam kelmarin, rupanya petanda kejadian terbabit.

“Malam tadi (kelmarin) ketika mahu menutup kandang kambing, saya ternampak beberapa ekor anjing menyalak ke arah sungai seolah-olah ternampak sesuatu yang pelik.

“Namun, saya tidak memeriksa lanjut kerana beranggapan mungkin kumpulan anjing itu terserempak dengan biawak atau ular yang sering ditemui di perangkap sampah itu,” katanya.

Azmi berkata, sepanjang tinggal di kawasan itu sejak setahun lalu, ia kejadian pertama membabitkan penemuan mayat bayi di sungai yang terletak di belakang Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan hasil siasatan awal, polis percaya mayat bayi berkenaan dihanyutkan dari hulu sungai lebih 24 jam sebelum itu.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -HM

Ulasan GB

Kes buang bayi nampaknya semakin menjadi-jadi dan seperti sudah tidak terbendung lagi.

Apabila sistem kehidupan sudah hancur akibat arus hedonisma maka gejala tidak sehat seperti perlakuan seks bebas di kalangan para remaja menjadi penyumbang terbesar kepada kes buang bayi ini.

Penyelesesaiannya ialah membetulkan kembali di akar umbi masalah iaitu menyangkut persoalan "sistem" dimana selagi Islam itu tidak diletakkan ditempatnya yang wajar, sebagai nizamul-hayah maka selagi itulah bukan saja masalah yang ada tidak dapat diselesaikan, malah akan bertambah-tambah pelbagai gejala negatif yang dibawa bersama oleh arus hedonisma tersebut.

3 ulasan:

zairil berkata...

Mekanisma Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu diperbaiki untuk atasi masalah ini. Permudahkan bagi mereka yang terlanjur untuk menyerahkan bayi yang mereka tidak sedia untuk jaga agar boleh di berikan kepada pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata.

Siapa Menteri kebajikan ni???

Janganlah dosa ibubapa terpalit ke bayi kecil yang tidak akan sempat melihat dunia.

Jangan juga disalahkan wanita yang terpaksa mengambil langkah membuang bayi atas kerana dorongan nafsu. Biarlah dia memohon keampunan dari Allah. Bukan dosa dia dengan kita.

Siapa Meneteri Kebajikan nih?

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

astaghfirullahalazmi...sedih...

Bombo berkata...

Aku sedihlah bila dengar salan hari buang bayi dan lagi sedih menteri kebajikan buat deekje apabila kes mcm ni terpapar,aku harap menteri kebajikan wanita kemasyarakatan tolong buka biji mata tu apa akan terjadi jika anak menteri sendiri yg buang bayi nanti,bertindaklah secepat sebelum menteri sendiri buang bayi,malu asik2 org melayu je,masaalah mcm ni munkin bukan kemahuan sipembuang,atau nak jaga maruah keluarga,perang kes ini semcm kita perang kes no1 negara DADAH...renung2lah...