22 Jun 2011

Rais Ulangi Keangkuhan, Tak Takut Penggodam Katanya

Rais: 'Kita tak takut hadapi ancaman godam'

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengarahkan pihak-pihak yang berkaitan supaya bersedia dengan "benteng dan perisai" bagi menghadapi ancaman pihak tertentu yang mahu menyerang laman web Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai ini.

Beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Cybersecurity supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman tersebut.

"Kita tidak takut untuk menghadapinya (ancaman itu) kerana kita telah bersedia. Saya meminta SKMM tidak mengambil ringan tentang perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada konvensyen CommunicAsia 2011 di Marina Bay Sands Convention Center di Singapura.

Dengan "lapisan dan perisai" yang telah diwujudkan oleh pakar-pakar teknikal kerajaan, adalah tidak mudah untuk menembusi laman-laman web kerajaan walaupun ada di antaranya menjadi mangsa kepada pengodam itu.

Ditanya sama ada beliau melihat serangan pengodam terhadap laman-laman web milik kerajaan Malaysia itu mempunyai agenda tertentu, Rais mengesyaki ia mempunyai tujuan tertentu dan tidak hanya "main-main."

Serangan pengodam yang sehingga kini telah menjejaskan kira-kira 200 laman web di Malaysia, katanya, bertujuan jahat dan tidak berperikemanusiaan tetapi kerajaan tidak gentar untuk menghadapinya.

"Saya ada syak-wasangka ini bukan setakat main-main. Ini ada tujuan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej sesuatu pihak, berkemungkinan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang lain," katanya.

Tindakan pengodam terbabit, kata beliau, bukan sahaja merendahkan kepentingan kerajaan dan pemimpin-pemimpin, tetapi ia juga turut menjejaskan kepentingan rakyat.

"Mereka (pengodam) itu tidak sedar, ia (tindakan mereka) telah meranapkan, menjatuhkan kepentingan rakyat," katanya sambil meminta supaya rakyat bangkit menentang kegiatan pengodam itu. - Bernama

Ulasan GB

Kononnya kerajaan tak gentar dengan ancaman kumpulan penggodam. Bercakap kosong tanpa ilmu, angkuh melulu akan hanya mengundang bencana yang lebih parah.

Jika selepas ini lamanweb kerajaan digodam lagi, Raislah penyebabnya.

GB dah ulas hal ini di SINI. Petikan:

Di dalam disiplin ilmu komputer di bidang pemprogramman web dan kejuruteraan perisian, sebelum sesebuah lamanweb dilancarkan perlu dilakukan "pilot testing" dimana semua pihak dipanggil untuk menggodam. Apabila ia benar-benar telah diyakini "kebal" barulah dilancarkan.

Di Malaysia tidak berlaku begitu. Penggodam dijadikan musuh. Wang habis berjuta dengan outsourcing, hanya gempaq di hari pelancaran kemudian didapati rapuh dan sistem berlubang di sana sini.

Lamanweb 1Malaysia kepunyaan TPM, Muhyiddin Mohd Yassin hanya bertahan seminggu selepas itu hilang ghaib di persada maya.

Ini semua berkait rapat dengan "sikap" dan "mentaliti" menteri, pemimpin dan pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan, boleh melihat penggodam sebagai musuh atau pembantu. Tetapi kerana di Malaysia ini ramai di kalangan mereka adalah terdiri dari yang kurang membaca, buta IT dan tak tahu ABC komputer, maka di takuk itulah pemikiran dan tindakan mereka. Yang rugi ialah negara.

7 ulasan:

Blogger berkata...

Sombong dan angkuh akan mengundang padah dan akhirnya rebah...islam melarang penganutnya bersifat sedemikian...

Tanpa Nama berkata...

hola anonymous!!! show this menteri bangang some lesson to learn without mercy! we support you!

Tanpa Nama berkata...

Soalan peperiksaan semua orang kena jawab dengan jujur

SOALAN PEPERIKSAAN (SILA JAWAB DENGAN JUJUR) - Disediakan oleh Cikgu Umno XSuka Masjid)

1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

anda fikirlah siapa agaknya petualang BANGSA AGAMA dan NEGARA! SILA KONGSI PADA SEMUA!!

Tanpa Nama berkata...

15. Siapakah yang memerintah Malaysia hingga Kelantan dimundurkan seolah-olah seperti kelantan diluar pemerintahan kerajaan Malaysia, sedangkan majoritinya orang melayu dan beragama islam
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

Tanpa Nama berkata...

16. Siapakah yang menekan rakyat, terutamanya orang melayu dengan penghapusan Biasiswa dan diganti dengan PTPTN, sedangkan majoriti orang miskin ialah orang melayu beragama islam?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

Tanpa Nama berkata...

17.Siapakah yang menyebabkan mahasiswa yang menganggur terpaksa menanggung hutang PTPTN, sedangkan mereka dari keluarga miskin?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO
18.Kenapakah Umat islam di malaysia masih lagi mundur?
A.Kerana negara di perintah BN
B.Kerana negara di perintah Pakatan Rakyat
C.Kerana negara di perintah parti Bebas

Tanpa Nama berkata...

19.Siapakah yang menjualkan tanah KTM Tanjung Pagar Sinchapo?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO