22 Jun 2011

Penguin Tersesat Sehingga 3,000 Kilometer

Wellington - Seekor penguin jenis Emperor tersesat tiba-tiba saja muncul di pantai New Zealand. Sepatutnya penguin tersebut ketika ini berada di Antartika dimana habitat aslinya berada.

Menurut pendapat seorang ahli binatang liar, penguin tersebut dikatakan telah berenang keluar dari jalurnya dan tiba di New Zealand yang jaraknya tiga ribu kilometer dari Antartika. Ada puluhan koloni penguin di Antartika, tetapi baru kali ini di dalam tempoh 44 tahun seekor penguin Emperor tiba di New Zealand.

Penguin jantan tersebut tiba di Pantai Kapiti, sekira 40 kilometer dari Wellington pada petang Isnin waktu tempatan. Menurut Jabatan Konservasi New Zealand (DOC) Peter Simpson, penguin Emperor kelihatan di New Zealand pertama kali tercatat pada tahun 1967 dulu.

Simpson pada awalnya tidak mempercayai laporan tersebut, namun pada saat dirinya melihat sendiri dengan mata kepalanya Simpson langsung terkejut.

"Saya kira itu hanyalah seekor singa laut, pada ketika kami memeriksanya memang benar ia seekor penguin Emperor," ucap Simpson seperti disiar AFP, Rabu (22/6/2011).

Haiwan yang memiliki warna hitam dan kuning keemasan ini dalam keadaan sihat dan biasanya boleh beradaptasi dengan keadaan cuaca New Zealand yang lebih panas.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pingu mmg comel bebenor. Subhanaullah.

Klu tengok National Geog, mmg menkagumkan kejadian2 Allah jadikan di dunia .

Kdg2 terfikir juga, pengkaji2 Nat Geog tu, ada tak mereka diberi quran terjemahan ke (senang cakap, didakwah le), (mcm abg Cat Steven/Yusuf Islam beri dia terjemahan quran dulu), so that mereka at least tahu quran ada sebut ttg kejadian2 tu & SAPA yg menciptanya & bagaimana pula nak mengkagumi PENCIPTA tu pulak.

Tu lum negara akhirat lagi tu.

Tanpa Nama berkata...

penguin nie pening minum ayaq daun ketom. hahahaaaaaaaaaa