22 Jun 2011

Pasangan Tanpa Pakaian Dicekup Di Dungun

Taman Bunga Raya (Dungun) – Tindakan seorang mekanik motosikal membawa pulang teman wanita untuk memadu asmara ketika ibu bapa tiada di rumah membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa.

Lebih mengejutkan, ketika serbuan dilakukan pada jam 3.45 pagi oleh sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah narkotik itu, seorang gadis berkulit putih gebu tanpa pakaian ditemui sedang tidur di atas katil di bilik tidur bersama suspek lelaki berusia 23 tahun yang hanya berseluar pendek tanpa baju.

Gadis terbabit yang sempat menutup tubuhnya dengan selimut itu difahamkan sebelum ini pernah beberapa kali berkunjung ke rumah suspek untuk memadu asmara dan mengakui turut melakukan hubungan haram bersama pasangannya.

Bagaimanapun, ujian saringan air kencing ke atas pasangan terbabit akhirnya membongkar rahsia penglibatan gadis berasal dari Tanjung Jara itu berkaitan penyalahgunaan dadah setelah dia disahkan positif dadah jenis methampethamine.

Gadis berusia 19 yang pernah menghadapi tuduhan di Mahkamah Syariah atas kesalahan berpakaian tidak sopan di tempat awam itu juga, mengakui mula terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah sejak beberapa bulan lalu melalui kenalan lelaki.

Bekas murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulai Serai yang pernah bekerja sebagai juruwang di pasar raya bersama teman lelakinya, seorang mekanik motosikal di Batu Tujuh itu bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Syariah pada 25 Julai nanti mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dia juga turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala teman lelakinya dibebaskan polis selepas ujian air kencing mendapati negatif dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. -SH

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mungkin si manusia ini xingat akan perjalanan selepas mati di dunia....pe laaaa nk jadi

Putra IJ80 berkata...

Dah jdi perkara biasa,

Kita pun dh jemu mendengarnya.

Bukan apa,

Agama(Islam lh kut)hnya hiasan dan pada nama saja.

Habis nak wat mcm mna.

Tanpa Nama berkata...

Tak salahkan depa 100%.

Pandangan ku yg kurang ilmu ni:
1) Ibu bapa kena tanya pada anak2 pabila meningkat remaja, samada dah ada teman, klu dah ada usahakan utk menikahkan .. klu x cukup buget, ikut mampu.

2) Dlm pada tu ibu bapa kena perbaiki diri dgn solat2 taubat, solat2 malam, hajat, tutup aurat, majlis2 ilmu dll disamping mesra, sering menasihati & amik tau hal anak2.

3) Iklan yg sering diulang2 kek tv ttg aurat wanita ikut Islam / sopan, dll perlu ada.

4) Masy pun tolong nasihat mana yg mampu & doakan.

Pe pe pun, peristiwa tu mudah2an menjadikan seseorg berubah kepda lebih baik disisi Allah, dgn syarat ada yg membimbingnya secara intensif.

Tanpa Nama berkata...

Betul juga anon 7.33. Adik saya alhamdulillah berubah cara berpakaian kpd lebih sopan, sbb katanya seorg mcik yg ceria menegurnya sambil memegang bahunya & berbisik lebih kurang begini, "anak,jgn pakai gitu, kasihan mak ayah awak turut dapat saham dosa.. anak sayang mereka tak? . Boleh pakai mcm tu hanya kat suami aje , dapat pahala lagi".

Saya mampu kata : "alhamdulillah, mcik tu sangat baik".
Dlm hati saya cakap juga:"berbuih dah kami nasihatkan, mcik tu cakap sekali dia bole berubah".

Tapi saya positif, mmg ada kalanya manusia bole berubah bila org lain dakwah. (Tapi keluarga x boleh lepas tangan). Allah kabulkan doa dgn cara yg kita tak sangka2.
So masy sana, dlm kita marah kat pengaruh2 yahudi utk rosakkan umat Islam, kita doakan & jlnkan dakwah ikut mampu.

sedara anon 7.33

puspawangi berkata...

Kenapa kalau berita2 macam ni, sellaukasi highlight kepada orang perempuan saja? semua cerita keluar..tetqapi yg lelaki tak ada pulak crita pasai sekolah rendah dia pun?

Tanpa Nama berkata...

gatai nk menikah free la tue...bodoh mcm kambing @ awang kechik dlm bersamu TV# ceqedik lagi dr 2 ekor nie

Tanpa Nama berkata...

in response to Kenapa kalau berita2 macam ni, sellaukasi highlight kepada orang perempuan saja? semua cerita keluar..tetqapi yg lelaki tak ada pulak crita pasai sekolah rendah dia pun?, by puspawangi.

Ni bukan nak ckap perempuan xbgus..dua2 kepale naik tanduk..kalu bunga xpandai jg,kumbang hingap je..kerna 2 kaum hawa dorg tlalu bnyk aurat..bl aurat dorg jg,make pandangan adam akan thalang..penah dngar cite dua adik bradik.sorang suka dedah aurat,sorg suka ttup aurat.1 malam dorg bdua jln,sampai 1 simpan tdapat 3org lelaki..kalu awk pandai,cuba la teka..yg mne 1 yg kena gangu dhulu..mest la dedah aurat kan..jd soal cmni siapa yg salah..islam 2 mgajar kaum hawa untk keselamatan diri...kalu xjd,maka timbul la pelbgai kes..harap awk fhm la ea..da tempat yg mane ddahulukan..