11 Jun 2011

Pembebasan Peguam Negara Dari Sebarang Tuduhan Salahlaku - Rakyat Bosan Dengan SPRM

Mat Zain: Panel SPRM tiada kuasa bebas AG

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membidas panel Semakan Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana membebaskan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail daripada sebarang salah laku ketika menunaikan ibadah haji dengan seorang lelaki yang mencurigakan bernama Shahidan Shafie.

Dalam surat terbukanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertarikh hari ini, Mat Zain berkata tindakan melepaskan Gani memang sudah dijangkakan dan rakyat kini mulai bosan melihat SPRM yang sanggup berbohong demi menyelamatkan peguam negara daripada didakwa.

Tindakan sedemikian, katanya akan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan dengan SPRM dan menyebabkan kerja-kerja baik yang dilakukan oleh agensi berkenaan dianggap hanya sebagai sandiwara sahaja.

“Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta ahli-ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul, memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati...

“Saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke-Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia, bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan,” katanya dalam surat itu yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, hari ini.

Mat Zain mengulas pengumumkan jawatankuasa itu yang membebaskan Gani berkaitan isu pemergiannya ke Mekah.

Beliau didapati bersekongkol dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proksi kepada Tan Sri Tajuddin Ramli yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS. Hubungan erat antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Tajuddin,” katanya. -mk

9 ulasan:

Amuraria berkata...

MANA ADA KES ! KUIKUIKUI ! KAPUT 1MALAYSIA!

Tanpa Nama berkata...

Datuk Mat Zain Ibrahim ni bila dah pencen, macam2 hal lak dia keluarkan..itu laa ini laa..dulu masa dok dalam PDRM...kena cucuk hidung gak...

Tanpa Nama berkata...

Gani Patail manusia yang paling berkuasa dinegara ini,tidak akan diapa-apakan sebab menyimpan begitu banyak rahsia pemimpin-pemimpin UMNO.Percayalah SPRM tidak akan dapat berbuat sesuatu kepada Gani Patail.

Tanpa Nama berkata...

dulu BPR sekarang SPRM kalau dah termakan budi dengan UMNOAPCOYAHUDI, tergadailah segalanya.

Tanpa Nama berkata...

sendiri tulis sendiri padam, senang saja kerja tu, kalau BN menang PRU 13 mau hidup melarat rakyat

Tanpa Nama berkata...

allah lagi berkuasa dari gani patail dan najib serta rosmah

maniam ipomali berkata...

Peringatan kepada semua pegawai tinggi kerajaan : Ketengahkan ketidakpuasan hati berdasarkan ketirisan atau kecurangan yang berlaku. Jangan bila dah pencen baru nak terhegeh-hegeh bercakap...... No Point ! Bravo Ani Arop !

Tanpa Nama berkata...

Daripada tak tahu langsung bagus juga Bagus juga Ibrahim mat zain dedahkan dapat juga kita dapat tahu cerita sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh main dedah-dedah jer...kalau setakat buang kerja ok la jgak. Kalau kena ngan C4...sapa nak jawab...? Tak pun, kena sharp shooter. Bukan susah nak buat...