10 Jun 2011

Jadi Loya Dengar Najib Kata PAS Mahu Ciplak Negara Kebajikan UMNO BN!

Najib minta PAS jangan ‘ciplak’ model negara kebajikan BN

PUTRAJAYA, 10 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa PAS “menciplak” model kejayaan Barisan Nasional (BN) sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan.

Najib berkata konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS minggu lalu bukan sesuatu yang baru dan sentiasa menjadi matlamat pentadbiran semasa.

“Kerajaan sentiasa berjuang ke arah negara berkebajikan.

“Oleh itu, saya merasakan sesuatu janggal dan ganjil, mereka mahu mengadakan negara kebajikan,” kata Najib (gambar) sambil menambah, apa yang diketengahkan oleh PAS sebagai baru sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

“Tidak perlu bagi mereka mengambil model kerajaan semasa,” kata beliau pada Konvensyen Wasatiyah di sini hari ini.

Najib juga menekankan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi bersatu seperti dulu kerana sesetengah pihak mahu mempolitikkan agama demi kepentingan mereka.

Katanya, dalam negara pelbagai kaum, debat agama seharusnya diurus dengan cermat sebab perbincangan sedemikian boleh membawa kepada persekitaran benci-membenci di kalangan semua kaum.

Kata Najib, institusi-institusi seperti Felda, Felcra, Bank Islam dan Bank Rakyat menunjukkan bahawa negara mempertahankan konsep kebajikan awam.

Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar yang bertemakan “Membangun Negaar Berkebajikan” -TMI

Ulasan GB

Bagus sangat ker negara kebajikan UMNO BN sampai dihalang untuk menciplak? Dan PAS pun rasa geli dan loya untuk meniru negara kebajikan UMNO BN - lihat sahaja kes-kes terbaru di negara kita, kesemuanya dijumpai di dalam "negara kebajikan" tajaan UMNO BN seperti kes rasuah Khir Toyo, kes pembunuhan rakyat seperti Ahmad Sarbani dan Teoh Beng Hock di pejabat SPRM, kes polis bertindak berat sebelah, kes penipuan dan ketidak-telusan SPR menjalankan pilihanraya, kes video seks fitnah semata-mata untuk menjatuhkan musuh politik, kes hakim yang durjana dan ikut telunjuk Peguam Negara dan pelbagai lagi...

Sedangkan negara kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS adalah berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah bagi memenuhi tuntutan baldatun taybatun wa rabbun ghaffur.

Ia seperti apa yang disuarakan oleh Mursyidul Am PAS iaitu konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Jadi usahlah UMNO BN terutama Najib rasa perasan sangat yang PAS nak ciplak konsep negara kebajikan mereka. Jauh bezanya umpama langit dan bumi.


7 ulasan:

akqmal berkata...

Salam GB sy sokong apa yg Gb nyatakan, bukan loya lagi nak muntah tekak ni bila najib ckp pasal PAS nak tiru negara kebajikan umgok..inilah dia menampakan umngok yg semakin merapu dan gabrah..setakat ni mcm² usaha umngok utk memecahbelahkan pakatan rakyat namun masih gagal justeru rakyat semakin bijak menilai kebenaran dan lihatlah Allah membuka satu persatu keaiban dan kejahatan mereka di mata rakyat..isyaallah kita tumbangkan dia nanti TAKBIRRR!!!

Tanpa Nama berkata...

molek benar demo blasah pok jib punyer 'negara kebajikan' yabg tak pernah telus.

hebat hujah mu GB.

Tanpa Nama berkata...

Najib hanya buat kebajikan kepada kroni/ cukong umno sahaja sampai mereka kayaraya, rakyat ditindas siang dan malam dengan kenaikan harga barangan keperluan, Najib tipu rakyat termasuk ahli umno yang kurang cerdik.

Tanpa Nama berkata...

Negara berkebajikan UMNO, Naikkan tarif letrik, naikkan harga gula, naikkan harga minyak, Petronas untung juta juta, Potong subsidi rakyat bagi subsidi pada syarikat jerong.

Tanpa Nama berkata...

cara umno berkebajikan sama dengan yahudi dan kristian sumber tidak penting yang penting bantuan dihulur.

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni rakyat yang ditindas dengan macam-macam, kalau BN menang PRU13 lagi melarat

Tanpa Nama berkata...

negara kebajikan UMNO, tindas rakyat untuk kebajikan pemimpin, negara kebajikan pas tindas pemimpin kejam macam UMNO untuk kebajikan rakyat