10 Jun 2011

[Bergambar] Mamat, Si Monyet Yang Pakai Pampers

George Town - PENYAYANG.....Mamat cuba merasai "Teh Tarik"..., begitulah reaksi yang ditunjukkan oleh seekor monyet peliharaan Mazlan Abdullah, 52.

Monyet yang berusia empat bulan itu cuba menyedok "Teh Tarik" yang diminum oleh Mazlan di sebuah kedai makanan di Jalan Perak.

Menurut Mazlan, beliau mula memelihara monyet berkenaan sejak usianya seminggu.

Tambahnya lagi, monyet berkenaan mula dipelihara apabila ibu monyet itu mati dilanggar oleh sekumpulan mat rempit di Jalan Kebun Bunga.

"Saya belanja sebanyak RM4 setiap hari untuk membeli makanan dan pampers bagi Mamat", kata Mazlan.

Setiap kali beliau keluar minum, monyet kesayangan akan menemaninya. - foto BERNAMA




Ulasan GB

Sikap penyayang terhadap binatang yang ditunjukkan oleh Mazlan amat dipuji.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Ambo pun penyayang, alhamdulillah..tapi ambo berpeluang bela kucing2 aje. Ambo peratikan kbnyakan anak2 haiwan (manusia of course le) comel2 belaka.. anak2 b..i & anjing pun comel (betul ni, tak tipu).. tapi anak ulor & binatang2 bisa ambo geli betul..

Unknown berkata...

Mana nk beli pempers beruk ni