29 Mei 2011

Mungkin Betul Polis Itu Bodoh?

Pekerja Butik Didakwa Kerana Guna Perkataan Kesat

Gambar: Nur Shafa Watiha Wahab didakwa atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis, diiringi anggota polis sewaktu tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU: Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM100.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1 petang semalam di hadapan LTSM.

Dia dituduh mengeluarkan perkataan "polis bodo" terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainudin Abd Ghani mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahn-kesalahan Kecil 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bertudung hitam mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Seksyen/Masjistret Rusilah Chik.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Dalam kejadian itu, tertuduh yang bekerja di sebuah butik di LTSM dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya.

Dia kemudian terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan dan dia diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan.

Tertuduh bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati apabila ditegur tentang kesalahannya itu dan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dengan menggelar bodoh terhadap anggota polis tersebut. -BERNAMA

Ulasan GB

Sepatutnya Polis bersikap terbuka dengan TEGURAN rakyat sekalipun ia pahit.

Cuba lihat di sebelah, sebuah rakaman kebodohan polis yang membahayakan keselamatan bukan sahaja dirinya tetapi nyawa orang lain.

Dan sudah wujud satu ketika Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengemukakan 125 cadangan, tetapi terdapat beberapa cadangan yang ditolak oleh polis dan pada ketika itu rakyat menempelak polis bukan sahaja sebagai bodoh tetapi tidak menghormati sebuah Suruhanjaya yang dibentuk oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

"Polis Bodo" satu ungkapan ikhlas sama seperti "Polis Zalim". Dan kerana keengganan mengakui "kebodohan" polis kini bertindak zalim pula.

Remaja belasan tahun, perempuan pula, tahu polis Malaysia bodoh!


12 ulasan:

Awanama berkata...

Bio org lain bodo ke, zalim ke, panas baran ke, tak pakai topi keledar ke, buang sampah merata2 ke... yg penting , kita & keluarga kita tak...

Putra IJ80 berkata...

Teringat dulu masa sekolah(1999) ada surat kabar kat meja cikgu ,satu org.pemimpin, kata,Apa Islam boleh buat jalan ker?

Smpai hari nie sya.x leh lupa.

Dan rasa nya x der apa apa tindakan pada pemimpin tur.

Begitu lh nilai perbandingan nya.

Awanama berkata...

Saya juga terfikir...mungkinkah ada dialog polis yang menyebabkan gadis tersebut melabelkan polis itu bodoh. Pada saya polis itu memang bodoh kerana bertindak bodoh.

"RAH"

Awanama berkata...

asalam.........kenapa budak perempuan tu kata bodo..?itu satu persoalan.kenapa kes sebegini kecil tak di selesaikan dengan lebih cepat..?memandangkan dendanya hanya RM100,tak boleh ker di selesai dengan cara berhemah?

Awanama berkata...

ini hanya gimik polis untuk menakutkan orgramai.

hukuman kesalahan itu hanya RM100, tetapi mahkamah ikatjamin sampai RM1,000.

Kerana semata-mata remaja perempuan itu tidak diwakili oleh peguam. Jika beliau diwakili peguam, saya yakin tiada kes prima facie kerana polis apa evidencenya dan berkemungkinan sikap polis berkenaan pada masa itu menyebabkan remaja berkenaan mensabitkan perkataan "polis bodoh".

Adapun kesalahan tidak memakai topi adalah kesalahan yang boleh dikompaun, bukan perlu untuk diheret sampai ke mahkamah.

blogenstarz berkata...

Kesian....
Dari kita lahir..... sampai le kita mati...
POLIS juga yang dicari.....
Siapa yang bodo !????
MELAYU DIO JUGOK KO !

Awanama berkata...

Salam,
Itu kes kita kata polis bodoh..kalau dikatakan pad satu hari...polis lak kata..'engkau ni bodoh laa' pada kita...mcmana..apa kita leh buat ?

Awanama berkata...

bukan semua polis bodoh kesian pada yang baik

Awanama berkata...

Rakyat kata polis bodoh kena saman..., bila polis pula kata rakyat bodoh... apa kes ?

Sebenarnya ramai polis yang bijak pandai... itu pasallah mereka hebat dalam mencuri kereta, makan rasuah, belasah tahanan, bunuh rakyat... dan....paling hebat bila mereka menukar status polis raja dimalaysia jadi polis baruah UMNO Baru.

Kalau hakim akan dikitar semula bila PR memerintah maka polis bangsat juga perlu dikitar juga agar mereka boleh jadi polis Diraja Malaysia yang profesional.

neezam berkata...

1. da bdak pmpn 2 x pkai topi, polis tahan utk pmrksaan.. x kira la ape alsan dia, dia ttap wat slh.. dan ckap "polis bodoh" mmg x ptut lgsung..
2. Org PEREMPUAN ni mmg suka cri mslh kat jln raya.. glongan ni jgk lh yg ska mngeluarkn kta2 kesat ktka d jln rya.. ini adlh fkta..
3. ape kene mngena gmbar polis menunda motosikal tu? kau tau ke dorg tgh buat apa tu? bodoh..
4. aku mngaku ad sstgh polis yg bodoh, tp x perlu la kau tulis kat blog.. smpan je dlm hti.. sbb nt kau akn prlukn dorg dlm bbrapa mslh yg bkal kau hdpi..

Awanama berkata...

terbukti melayu, ada yang bodoh kerana masih sokong UMNO dan BN

pdrm berkata...

jangan kutuk pdrm mereka adalah insan yang selalu mendengar dan menolong orang dalam kesusahan.....