29 Mei 2011

Ketakutan Najib Semakin Nyata Putrajaya Bakal Terlepas Semasa Beliau Menjadi PM Negara

Najib mahu Himpunan Sejuta Belia pertahan Putrajaya dari Pakatan

PUTRAJAYA, 28 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia di sini hari ini mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju.

Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa.

Najib berkata beliau gembira kerana berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak, sejuta orang muda berhimpun di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya.

“Di Malaysia, satu juta pemuda berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya,” katanya.

“Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?” tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin hari ini.

Terdahulu timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu pemberita bahawa pengunjung perhimpunan hari ini sudah melepasi sejuta orang.

Dalam ucapan Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Najib yang juga presidennya berkata Putrajaya harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun.

Najib berkata kerajaan tidak akan berjaya dalam usaha transformasi tanpa sokongan daripada belia negara ini.

“Ada yang panggil saya Bapa Transformasi, saya tidak tahu, tetapi anda semua adalah pemangkin perubahan,” katanya.

“Jika belia bersama dengan kerajaan, negara kita akan aman dan kita boleh menjadikan negara kita makmur,” katanya lagi.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut Najib hari ini meninjau aktiviti dan program-program belia sempena Himpunan Belia Putrajaya 2011.

Lawatan Perdana Menteri di 12 kawasan program selama tiga jam, bermula 2.30 petang dengan diiringi Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu, telah memberi peluang kepadanya beramah mesra dengan para belia.

Para belia yang teruja bertemu dengan Najib turut tidak melepaskan peluang untuk bersalam serta bergambar dengannya.

Beliau memulakan tinjauan mesranya dengan menyaksikan pertandingan akhir Sasuke Malaysia sebelum melancarkan Program Latihan 1 Malaysia.

Najib turut menyaksikan tarian perang yang dipersembahkan oleh pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia serta demonstrasi menyelamat tebusan kapal oleh Regimen ke-11 Gerak Khas.

Perdana Menteri kemudiannya melancarkan Himpunan Sejuta Belia 2011. -TMI

Ulasan GB

Terserlah kini, ketakutan Najib bahawa Putrajaya akan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat menjadi semakin nyata apabila terpaksa berulangkali bertanya kepada belia yang berhimpun "Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?”

Sehinggakan 8,000 orang beliau yang hadir dikatakan 1 juta. Mungkin selama ini tersilau dengan bayang-bayang "pengundi hantu" yang sentiasa wujud untuk mempertahankan Putrajaya dari terlepas dari tangannya.

Kebenaran tetap kebenaran. Bahawa kemenangan UMNO BN di masa lalu adalah kemenangan yang penuh kepalsuan dan penipuan - bermula di Pekan - dan setiap sesuatu yang bertunjangkan dengan kerapuhan akan tumbang tersembam ke bumi.

UMNO BN akan berputih tulang beputih mata, rakyat tidak selamanya boleh diperbodohkan lagi. Tumbangnya UMNO BN bakal menjadi realiti - akibat kroni dan korupsi.


7 ulasan:

Awanama berkata...

Kalau nak berhimpun pakai duit sendiri. Jangan ambil dari kantung negara.
Lepas tu jangan paksa-paksa pula. Biar orang datang dengan rela.

Komdian tu jangan guna artis bertelanjaang melolong depan khalayak ramai. Nanti rosak akhlak muda-mudi.

Kalau umno boleh buat ini dan dapat kumpul 100 pemuda kira oklah...

Awanama berkata...

hati seseorang tidak boleh dimiliki hanya kepunyaan ALLAH SWT apa yng ALLLAH SWT katakan itu saja yang akan terjadi

Awanama berkata...

Insyaallah BN akan tumbang, Pakatan Rakyat hendaklah memerintah dengan adil, jangan zalim macam BN

Awanama berkata...

Program itu ialah satu inisiatif yang bijak dari DSN, mendekati golongan belia. Ini berbeza dengan PR yang tidak mempunyai program yang bernas untuk mendekati golongan belia. Peserta program DSN menyuarakan betapa perlunya BN melantik menteri daripada golongan belia, yang sudah tentunya lebih memahami aspirasi golongan belia. Untuk mencapainya, sudah tentulah terdapat calon-calon Parlimen dan DUN yang diketengahkan oleh BN terdiri dari golongan belia. Secara khususnya mereka yang berumur di antara 22 tahun hingga 30 tahun. Ini berbeza sekali dengan PR, terutama sekali PAS. Sikap syok sendiri di kalangan pemimpin-pemimpin PAS dan di 'ya' kan oleh ahli dan penyokong di atas dasar wala' akan menyaksikan PAS membariskan calon-calon yang tidak mampu memahami dan mendekati golongan belia. Saya tidak fikir PAS akan mempunyai calon-calon di peringkat Parlimen dan DUN yang berusia di antara 22 tahun hingga 30 tahun. Tidak seperti di zaman keagungan Islam di mana umat Islam mempunyai pemimpin di kalangan belia seperti Syurahbil bin Hasanah, Muhammad bin Al Qassim, Muhammad Al Fateh dan sebagainya. Apabila undi beralih arah, sekali lagi pemimpin-pemimpin PAS akan menjadikan BN dan seluruh jentera kerajaan sebagai 'scapegoat'.

tentang kita berkata...

hahaha..ade ke menteri boleh ckp mcm tu...nampak sgt x gentlemen..

tentang kita berkata...

hahaha..ade ke menteri boleh ckp mcm tu..nmpak sgt x gentle..
masalah rakyat berlambak bkn nak peduli..dok risau pasal jawatan dye plak...

Awanama berkata...

teruknya bn guna wang rakyat utk kepentingan politik peribadi... gila kuasa... PR tak ada duit bt aktiviti kurang promosi... Kerajaan zalim akan tumbang tak lama lagi.