29 Mei 2011

Apakah Ini Kesan Kenaikan Harga Sehingga Roti Tepi Jalan Pun Sapu?

Lori Bawa Roti Terbalik

Gambar: Orangramai berpusu-pusu mengambil roti setelah sebuah treler roti terbalik di tepi jalan di Setiu, Terengganu.

SETIU – Bagaikan pesta roti! Itulah gambaran yang dapat dibuat apabila orang ramai dan penduduk kampung memenuhi tepi jalan utama berhampi­ran­ Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lerek untuk mengambil roti, setelah treler yang membawa muatan roti terbalik, awal pagi kelmarin.

Tinjauan Sinar Harian ke tempat kejadian mendapati, orang ramai ...tidak berganjak dan menunggu untuk mendapatkan roti walaupun dalam keadaan cuaca panas, malah ada sesetengahnya membawa plastik besar untuk mengisi roti.

Menurut pemandu treler, Mustapha Abdul Rahman, 54, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 pagi itu umpama mati hidup semula baginya apabila treler yang dipandu terbabas dan terbalik di bawah cerun setelah dia terlelap.

Ulasan GB

Dah tak mengira samada roti yang dimakan itu halal atau haram, yang penting ia percuma. Ada beberapa persoalan yang perlu direnungkan bersama:

1) Apakah sudah memang tabiat rakyat untuk merebut apa sahaja yang disifatkan "lauk depan mata" tanpa memperdulikan ia milik siapa. Kes ini serupa dengan kes lori beras terbalik sediki masa dulu.

2) Biasanya rakyata tidak ambil sesuatu yang mereka mampu membelinya. Tetapi di dalam keadaan rakyat terjepit dengan kenaikan harga barang maka apa yang boleh diperolehi secara "percuma" maka ia peluang keemasan untuk meringankan beban kewangan. Salah siapa?

7 ulasan:

Awanama berkata...

Umno membiar orang melayu kekal berada dalam kemiskinan. Melayu hidup meminta-minta dan serba kekurangan.

Umno juga menjauhkan orang melayu dari kefahaman Islam sebenar supaya orang melayu tidak sedar apa itu pahala dan apa itu dosa.

Semua ini diolah supaya melayu senang dicucuk hidungnya demi kelangsungan hidup UMNO.

Umno meletakkan kaum melayu dan Islam hina dimata bukan Islam walaupun negara ini dikuasai oleh melayu dan Islam.

Putra IJ80 berkata...

Quote"Umno membiar orang melayu kekal berada dalam kemiskinan...unquote.

Sgt stuju dgn pendapat ini.

Tapi masih rami.yg.x sedar ,langsung x ambil peduli.,.

Kata lh ,nasihat lh, ceramah lh ,hnya sekadar dgr telinga kanan klue telinga kiri.

Punca nya ,Solat ikut suka hati.,ke Masjid/surau jarang sekali.,mendengar kuliah Subuh langsung x pernah terlintas di hati.

Klu x caya cuba perhati,Masjid Surau yg.dtg.cuma mereka yg.dh hampir nak mati.

Yg.muda klu x depn TV,ada kat padang smpi Azan buat x peduli.

X bole slhkan siapa lagi.

Ini realiti kehidupan masa kini.

diod berkata...

Itu menunjukkan rakyat malaysia tak tahu hukum mencuri adalah haram.

salah siapa ? JAKIM gagal memajukan islam di malaysia, Pusat Islam gagal berfungsi. Jabatan Agama Islam Negeri juga gagal. Perkara asas mencuri hukumnya haram. Lihat kat Jepun masa bencana alam bulan lepas. Tak ada orang jepun mencuri.

Mencuri perisian komputer sama juga hukumnya dengan mencuri beras atau roti. PAS sepatutnya buat kempen menggunakan sistem operasi berasaskan Linux. Setakat ini tak ada dengar berita PAS berkerjasama dengan Sabily malaysia atau lain-lain kumpulan pengguna linux.

Kita pengguna Linux nak tengok dalam perhimpunan agong pas kali ini ada kempen menggunakan linux tak kiralah ubuntu, sabily, fedora apa ka asal linux. Setau saya Oshirix GNU/Linux itu dihasilkan oleh anak terengganu.

Tajdid Linux. GB pernah dengar ? Satu lagi distro linux Islam keluaran Indonesia selepas blankon sajadah.

Awanama berkata...

orang melayu telah dilatih dan ditarbiahkan oleh umno dengan kebendaan dan habuan dunia semata dosa pahla tak diambil kira janji masok.

akulajuki berkata...

Bila baca entri ni aku tak heran sikitpun sebab Setiu ni dia punya kuat umno macam kuatnya umno di johor satu waktu dahulu.

Awanama berkata...

masih kurang kalau nak banding wang rakyat yang di sapu pemimpin UMNO

Awanama berkata...

ini bukan masalah umno atau pas..ini masalah iman tuan2..bila dakwah tidak dijalankan..satu hari mungkin kita sdn akan lihat manusia minum air dari tengkorak manusia seperti zaman jahiliyyah dulu..