25 Mei 2011

Kumpulan Ajaran Syiah Diserbu

Gombak - Kumpulan Syiah yang difatwakan sesat dan menyimpang daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini tidak pernah serik apabila jemaah itu sekali lagi diserbu oleh pihak berkuasa di Dataran Padang Rakyat, Taman Sri Gombak di sini semalam.

Ketika serbuan pada pukul 1.15 petang oleh sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu, penganjur didapati telah menjemput kira-kira 150 tetamu untuk hadir pada majlis 'Wanita Dalam Penyelesaian Masalah Global dan Pencapaian Keamanan Sejagat' yang sengaja diadakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk menyebarkan fahaman tersebut.

Antara ajaran kumpulan itu ialah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.


Empat anggota Syiah ditahan JAIS



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya menangkap empat anggota ajaran Syiah di Gombak, termasuk ketuanya Mohd Kamil Zuhairi dalam sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad di Gombak sebentar tadi.

Jurucakap majlis itu Radin Ahmad Faizul berkata, selain Mohd Kamil, beliau sendiri ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak.

Dua lagi, menurutnya hanya dikenali sebagai Syed Syafiq dan Ashraf. Nama penuh mereka belum diperoleh setakat ini.

Sebelum itu, Radin berkata, lebih 20 anggota JAIS kelihatan hadir di majlis itu selepas berlangsung 20 minit bermula jam 12 tengah hari.

Ketika itu, tambahnya, JAIS cuma mengambil kad pengenalan beberapa tokoh penting penganjur, termasuk Mohd Kamil.

"Lagi pun majlis itu cuma majlis makan-makan sahaja," kata Radin sambil mendakwa mereka mendapat permit polis untuk menganjurkan acara itu.

JAIS: Langgar fatwa

Kira-kira 500 orang hadir dalam program sambutan ulangtahun Fatimah Az-Zahrah yang diadakan di perkarangan hauzah atau markaz mereka di Gombak.

Ketua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan JAIS Mohamad Rais Rasid ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan tangkapan empat orang itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana pihaknya merancang mengadakan sidang media khusus tentang perkara itu esok pagi.

"Mereka ditangkap kerana melanggar fatwa (dengan menyebarkan fahaman Syiah)," katanya ringkas.

Pada Disember tahun lalu, JAIS telah menahan seramai 128 pengikut Syiah -- aliran yang diharamkan negeri itu pada tahun 1989.

Bagaimanapun, dianggarkan terdapat kira-kira 40,000 mengikuti ajarannya di negara ini secara senyap-senyap.



5 ulasan:

Ismi Azraf berkata...

Bila JAIS nak tahan parti sekular?
Xkan dengan Syiah saja JAIS berani?
Jika Syiah sesat , lagi sesat parti sekular yang pemimpinnya yang pernah hina janggut Rasulullah dan hukum Allah.

Tanpa Nama berkata...

Jais lebih takut Syiah dari UMporNO.

salah jugek bile puak syiah cube bergaul dengan masyarakat pelbagai ugama di malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

Saya keliru ..Syiah ini Islam sesat ke? Jika sesat maka pengikut Syiah di Iran, Iraq dan seluruh dunia itu sesat juga ke?

Tanpa Nama berkata...

apakah dimaksutkan dengan ajaran sesat,
kenapa tidak ambil tindakan tehadap eskay dan 2 rakanya yang terang2 melanggar hukum islam dengan melakukan sumpah dengan memegang quran dalam kes zina yang dikaitkan dengan saudara anuar???
nak berpolitik pun janganlah sampai mempengarohi awam supya menjadi pengikut mereka yang sesat.

Tanpa Nama berkata...

rasanya syiah sesat...sebab terang2 dera sesama muslim ajaran suni