18 Mei 2011

Ibrahim Ali Dakwa Ada Pemimpin PAS Sokong PERKASA

Ibrahim Ali: Pemimpin PAS juga sokong Perkasa

PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mendakwa ada pemimpim PAS menyokong pertubuhan itu memperjuangkan agama Islam dan hak orang Melayu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas itu tidak mahu menamakan pemimpin PAS berkenaan.

“Ada pemimpin PAS yang saya jumpa menyatakan sokongan mereka kepada perjuangan Perkasa menegakkan agama Islam dan hak orang Melayu,” katanya dalam satu majlis anjuran pertubuhan itu di ibu negara petang semalam.

Kira-kira 300 ahli dan penyokong Perkasa menghadiri program tersebut yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, menurut Ibrahim pemimpin PAS Kelantan, Datuk Husam Musa tidak menyokong Perkasa memperjuangkan Islam dan hak orang Melayu.

Ibrahim mendakwa, bekas naib presiden PAS itu risau kerana peranan parti itu telah diambil alih oleh Perkasa.

Malah beliau juga mengulas mengenai kenyataan Husam supaya beliau (Husam) tidak menyibuk dalam isu jihad.

“Saya mahu Husam selesaikan dulu isu ladang rakyat, bazar Tok Guru yang menjadi perbualan rakyat Kelantan,” tambahnya.

lsnin lalu dalam satu kenyataan media, Husam menasihatkan presiden Perkasa itu supaya tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah

lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan kuasa Umno-Barisan Nasional.

Katanya, isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah.

Ibrahim sebelum itu memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam di negara ini. -FMT


Husam: Ancam perang salib bukan jihad 'tulen'

Slogan jihad dan ancaman perang salib yang digemparkan oleh presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali bukanlah bentuk jihad "tulen" yang dituntut Islam, kata exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

PERKASA tidak sepatutnya menyalahgunakan slogan jihad seperti itu, lebih-lebih lagi berhubung isu yang samar dan berunsur fitnah.

"Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini," kata Husam ketika mengulas kenyataan Ibrahim yang mendakwa masyarakat Kristian "mencabar posisi, kedaultan orang Melayu Islam”

Kenyataan Ibrahim yang diucapkan dalam satu ceramah pada hujung minggu lalu adalah berhubung satu dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Dakwaan berkenaan dilaporkan pada 2 Mei lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Susulan laporan itu, akhbar berkenaan dikenakan surat teguran oleh Kementerian Dalam Negeri atas laporan yang disifatkan "menggemparkan fikiran rakyat."

Mengulas lanjut, Husam berkata PERKASA juga tidak dibangunkan di atas ajaran Islam yang syumul (menyeluruh), malah "tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih," kata Husam lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Husam juga berkata, keadaan itu ditunjukkan melalui tindakan PERKASA yang didakwa hanya menggunakan "isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak."

"PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara (terhadap) amalan seperti rasuah, kehilangan kedaulatan undang-undang, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno/BN selama ini.

"Sebagai contoh, di manakah PERKASA apabila Presiden MCA selaku rakan utama Umno dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam?," soalnya.

Husam juga berkata, PERKASA boleh menguatkan Islam melalui dasar dan amalan yang selari dengan Islam dan bukannya dengan kenyataan berapi-api semata-mata.

"Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno/BN adalah lebih utama diperbetulkan," katanya lagi.

Tambahnya, ahli parlimen Pasir Mas tersebut juga perlu mengembalikan semula kerusi berkenaan kepada PAS memandangkan Ibrahim bertanding bagi kerusi berkenaan pada 2008 atas tiket PAS.

"Orang yang hendak berjihad adalah wajib membayar hutang terlebih dahulu kerana roh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai hutang Datuk Ibrahim Ali," kata Husam lagi. -mk

7 ulasan:

x-ahli berkata...

eleh!! yg dok sokong perkasa tu semua nangoi-nangoi pekida ja!! tah apa-apa ntah!!

Tanpa Nama berkata...

Bila Berahim Ali kata penyokong PAS sokong PERKASA, itu tandanya :
1. BN tak mau ambil dia jadi calon PRU13 jadi dia ingin jadi calon PAS.
2. Itu tanda PRU13 dah dekat sangat.
3. UMNO tak mau ikut dia berjihad jadi dia provoke penyokong PAS ikut dia jihat.
Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

pemimpin pas mana yang bengong pi dok sokong perkasa ni!

usop berkata...

Tak habih2 nak bawa fitnah .. Cukuplah dengan Ibrahim Ali yang jadi longkang .. jangan pulak hampa nak jadi sampah bawa cakap mamat yang TGNA pun dia boleh tipu...bulat2 .

cucukerinci berkata...

Apa nak heran dgn raja katak ni ....apa yg dia cakap tak payah dengar .....dah jelas memang munafik ....

1 Malaysia berkata...

Mana ada pejuang Islam sejati nak memperjuangkan hak Melayu? Mana ada manusia yang memperjuangkan hak Melayu tu akan berlaku adil? Hanya yang memperjuangkan Islam saja yang akan berlaku adil kepada insan sejagat.
Mana ada manusia yang boleh pada satu masa memperjuangkan hak Melayu dan pertahankan Islam? Dua perkara yang bercanggah. Hak Melayu tidak ada dalam kamus Islam dan begitu juga sebaliknya. Yang ada hanya hak insan.
Perjuangkan Melayu amat dilarang oleh Islam dan boleh dianggap "HARAM". Cuba bayangkan apa yang akan berlaku apabila insan yang memperjuangkan Melayu bertemu dengan insan yang memperjuangkan Islam dalam tidak serumpun dengan depa di depan Allah swt nanti? Adakah Allah swt menyediakan satu kawasan khas bagi orang "Melayu" yang mengaku Islam ni? Tepuk dada tanya selera. Daging babi mana boleh disumbat dalam perut ayam dan digoreng bersama supaya ianya boleh dihalalkan. Fikir-fikirlah sahabat-sahabat dan saudara-saudara AKU.

Tanpa Nama berkata...

Brahem Ali cari satu pulau yang tak ada orang kemudian angkat diri jadi Raja kat situ......Tak kan nak tipu lagi.....orang dah beri peluang. sekali ni dok rumah diam2.