7 Mei 2011

Datuk T Kecut Kerana Takut Dirotan, Sebab Itu Eskay Buat Penafian Pernah Tuduh Anwar

Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Oleh Wira Arjuna

"Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."


Demikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu adalah Anwar Ibrahim.

Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan.

Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong:

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,”
kata Eskay.

Sebaliknya dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di bahu wartawan.

Eskay berkata, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada para pemberita.

Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul.

Yang menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan bahasa Melayunya lemah?

Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri?

Atau, mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu?

Namun seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu disiasat.

Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah.

Paling nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut peraturan agama Islam.

Meskipun sebelum itu beliau diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan “kerendahan moral” Anwar, Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim - melakukannya juga.

Mungkinkah setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama di negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali seperti yang diwajibkan Allah dalam al-Quran.

Mungkinkah Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah?

Regu Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh menggantikan ketetapan Allah.


Pembuktian tuduhan zina mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib dirotan 80 kali.

Adakah Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut “dirotan” oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh perbuatan mereka itu?

Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina?

Siapa pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum.

Umum juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas.

Apa yang dinantikan khalayak umum di negara ini hari ini (tidak kira penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah?

Atau, adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini?

Bagi pemerhati politik, apakah kegagalan Umno melaksanakan perintah Allah ini tidak akan menjejaskan lamarannya kepada PAS untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini?

9 ulasan:

Dr Twetnama berkata...

hukum qazaf.. rotan 80 kali di khalayak ramai beb.. baru betui.. dgn di saksikan seluruh umat islam dan kesaksian penuduh tidak akan di terima sehingga dia mampos.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kesian gak,kalu dah tua makin nyanyuk....kata panggil wartawan tuk buat pengesahan siapakah dlam video yg dia orang buat pastu mereka sdiri yang tuduh pastu mereka sendiri yang menafikan....bertambah tak faham la.Ini cuma tuan mufti perlis jer yang boleh jawab.

Tanpa Nama berkata...

Saya lihat dlm video SK sorang yang bersumpah,,mana yg lain? Rahim TCik tak bersumpah sebab dia dah wakilkan pada SK. Pelik?? dulu masa rogol gadis bawah umur tak pulak wakilkan dekat org lain...inilah dia Rahim TCik, penjarah, penjilat no. wahid yang tersohor, yang masih hidup atas muka bumi. Saya katakan kalau hantu tu ada bernama..salah satu nama dia adalah Rahim TCik!!..ada percaya?

Tanpa Nama berkata...

dah patut pun gitu...
nuar dan eskay bertemu ruas !!

Tanpa Nama berkata...

Laksanakan qazaf bila PR menakluki Putrajaya pada 11.11.11

Tanpa Nama berkata...

tanda tanda qiamat semakin hampir..apabila turun nya dajjal al masih..fitnah dajjal akan berlaku disetiap inci mukabumi..tiada tempat yg tiada nya fitnah...adakah mereka ini dajjal yg melakukan fitnah??? fitnah mereka disebarkan disetiap muka bumi ini oleh pengikut mereka iaitu TV, internet dan suratkabar

Tanpa Nama berkata...

mereka yang membuat fitnah hanya kuncu2 dajjal.dajjal yang sebenar belum keluar nanti apabila ia keluar puak2 munafik inilah yang menjadi pengikutnya tiada siapa yang dapat melepaskan diri dari terkena fitnahnya kecuali orang yang cukupkuat imannya dan nabi isa sahaja yang dapat membnuhnya.

Tanpa Nama berkata...

Laknat Allah sudah bermula apabila mamat tu sasau buat penafian. Itu baru satu daripada azab yang diterimanya di atas muka bumi. Sepuluh lagi akan diterimanya selepas dikebumikan sehingga hari kiamat. Di Padang Mahsyar nanti ketiga-tiga mamat tu akan terima habuan yang lebih lumayan!!

Tanpa Nama berkata...

eskay ni muslim ke.dia ni asal bangsa thai ugama budha.ada sesiapa blh check.