10 Apr 2011

UMNO Sedang Hadapi Masalah, Kata Azalina.

Shah Alam: Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said. illustrasi thenutgraph

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.

“Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di majlis dengan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran, pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya. -FMT

Ulasan GB

Tu dia. Pendedahan dari bekas Ketua Puteri UMNO sendiri.

Orang dah benci UMNO. Yang terpekik terlolong kata UMNO kuat hanya untuk melindungi kebobrokan parti. Benar UMNO BN memenangi beberapa pilihanraya kecil mutakhir ini, tetapi itu pilihanraya kecil... yang semuanya boleh dimanipulasi dan undi boleh dibeli.

GB pernah mengulas sebelum ini iaiatu sebaik saja peristiwa tsunami melanda Jepun. Petikan:


Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan “kemusnahan besar” di bahagian timur laut Jepun.

Laporan Reuters menyebut sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami.

Itu di Jepun.

UMNO BN sepastinya mengharapkan tsunami itu tidak datang menimpa Malaysia. Itu harapan mereka. Tetapi tiada siapa tahu perancangan dan pekerjaan Allah s.w.t.

Apakah Najib akan terus angkuh dan sombong untuk melakukan pengkhianatan terhadap federalisma dan akan terus menekan negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti mengebas wang royalti Kelantan disamping cuba membuli kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Kita katakan: Silakan. Ketawakanlah kami seperti mana kamu pernah tertawakan kami sewaktu kami menyatakan kami akan hapuskan majoriti dua pertiga UMNO BN di Dewan Rakyat. Dan akhirnya kami benar dan kami menang. Dua pertiga majoriti kamu benar-benar terhapus.

Tsunami akan datang lagi untuk mengajar kamu-kamu dari UMNO BN untuk ayuh bungkus dari Putrajaya bagi memberi laluan kepada pemerintah baru Malaysia - semestinya dari Pakatan Rakyat!
-GB


Tiba-tiba selepas sahaja tsunami Jepun, Malaysia dilanda tsunami video seks dan kematian seorang lagi rakyat Malaysia di bangunan SPRM.

Kedua-dua insiden itu menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap UMNO BN.

Dan keputusan PRN Sarawak nanti adalah endorsement terhadap penolakan rakyat terhadap UMNO yang GB maksudkan itu.


5 ulasan:

kerispuaka berkata...

sejak dari masa Mahathir Kutty UMNO menghadapi masalah dengan orang Melayu...Baru sekarang bekas Ketua Puteri UMNO nak bercakap macam tu...hahaha...

Art Pokon berkata...

Azlina sepatutnya cakap macamnie... seumur hidup saya belum pernah terdengar di dunia seorang ketua pembangkang di sabitkan dengan kes yang cukup aib...bukan 1.2..kes tapi kita boleh dapati di 1Malaysia. itulah teknik yang hanya ada pada UMNO...ajar rakyat jadi bodoh dan percaya semua ...apa yang mereka buat...TQ Azlina ...awak dah cerdik..

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya orang Melayu tu bijak terutamanya orang UMNO asal, bila depa nampak ada benda tak kena depa belah cari parti lain. Depa tak mau terlibat. Yang ni yang selamat dunia dan akhirat. Dunia dia dapat akhirat dia dapat. Yang sayangnya had baki dibelakang tok tak tau mana nak pi .

Tanpa Nama berkata...

Kena faham juga...orang Melayu yang mau Syariat Islam tertegak di Malaysia lagi benci UMNO. Jika mau dapat sokongan buat apa yang PAS suruh. Awai-awai lagi pimpinan PAS bubar parti dan ssokong UMNO... tapi UMNO selalu mungkir janji. Bila orang PAS dan joint dengan depa... ajak laksana Islam....mereka tendang dan usir keluar.... Now PAS joint dengan Non Muslim untuk kalahkan BN...silap-silap haribulan, UMNO dulu, kini dan selama-lamanya penentang syariat Islam tegar... Dah sedar tukar je.....sebelum terlambat.

Tanpa Nama berkata...

Azalina tidak akan cakap begitu jika masih memegang jawatan menteri. Mesti kata bagus punya atau paling tidak dia diam saja macam menteri-menteri sekarang.