14 Apr 2011

Mengapa Tiada Lakonan Mangsa Mungkin Dicampak Keluar Dari Bangunan?

Kuala Lumpur: Seorang pelakon lagak ngeri profesional melakukan empat kali terjunan dalam pelbagai posisi dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di sini, semalam, bagi mendapatkan gambaran tepat kemungkinan punca kematian Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara, Klang, Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56.

Pelakon itu memulakan aksinya dengan terjun dari tingkap bilik pantri di tingkat tiga iaitu tempat terakhir mangsa berada pada hari kejadian.

Persiapan bagi melakukan aksi terjunan semula itu bermula kira-kira jam 10 pagi membabitkan seorang pelakon lagak ngeri yang ukuran badan serta pakaiannya, sama seperti dipakai Allahyarham Ahmad Sarbani. Selain itu, beberapa kru penggambaran termasuk jurukamera turut ditempatkan bagi merakamkan aksi berkenaan.

Menurut sumber yang ditemui di lokasi, empat kamera digunakan termasuk satu menggunakan jentera 'Turn Table Ladder' (tangga cakera putar) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPMKL) selain beberapa monitor (skrin) bagi memudahkan pasukan penyiasat termasuk doktor dan forensik menyaksikan terjunan itu.

“Aksi lakonan semula itu bertujuan mendapatkan gambaran kejadian sebenar berdasarkan bukti serta kesan ditemui di lokasi pada hari kejadian.

“Pelakon lagak ngeri juga bersaiz tubuh sama dengan mangsa dan berpakaian sepertinya ketika kejadian berlaku. Kos menggunakan khidmat kru penggambaran serta pelakon lagak ngeri profesional itu melebihi RM15,000,” katanya.

Sumber itu berkata, pelakon berkenaan melakukan empat terjunan dengan pelbagai gaya pada paras ketinggian melebihi sembilan meter dan bagi tujuan keselamatan beg udara berukuran 20x30 meter persegi digunakan.

Difahamkan, terjunan yang dilakonkan itu bagi memudahkan polis mendapatkan gambaran sebenar pada hari kejadian sekali gus mengetahui bagaimana cara jatuhan dan kesan kecederaan yang dihadapi mangsa selepas terjatuh dari tingkat tiga. -hm

Ulasan GB

Polis sanggup menghabis lebih RM15,000 untuk meminta pelakon lagak ngeri melakukan terjunan dari bangunan SPRM untuk menjustifikasikan teori bahawa mangsa, Ahmad Sarbani terjun "membunuh diri".

Rakyat sebenarnya hairan apabila polis dengan cepat membuat kenyataan bahawa laporan awal bedah siasat menunjukkan ada konsistensi dengan mangsa terjatuh dari bangunan tersebut sekalipun laporan lengkap bedah-siasat itu belum siap dan tidak pula polis mahu mendedahkan apa yang dah disiasat sehingga mereka membuat kenyataan apa yang dikatakan "laporan awal" tersebut.

Ia mengulangi kes Teoh Beng Hock, di mana polis mengesahkan Teoh terjun dan kemudian meminta ahli patologi mengesahkannya.

Siasatan polis dahulu terhadap kes Teoh amat meragukan banyak pihak, sehinggakan kerajaan terpaksa menubuhkan Inkues. Kemudian tidak ada jawapan yang pasti, hanya diakatakn Teoh tidak membunuh diri (sekaligus menafikan siasatan polis) dan tidak dibunuh.

Persoalan kini, jika pelakon lagak ngeri digunakan untuk membenarkan teori mangsa terjun dari bangunan, mengapa lakonan yang serupa tidak digunakan untuk menunjukkan kemungkinan mangsa dicampak keluar oleh seseorang dari bangunan?

Bukankah itu juga ada kebarangkaliannya untuk berlaku?

Mengapa polis mempersempitkan skop siasatan hanya kepada teori terjun membunuh diri? Kita berharap polis bertindak adil dan telus, disamping bertanggungjawab untuk menegakkan kebenaran, bukan untuk mencipta teori-teori berasaskan prasangka dan niat yang hanya diketahui oleh mereka. Sudah cukup maruah dan integriti tercemar dengan banyak kes seperti kegagalan menahan Datuk T YANG JELAS melakukan kesalahan.

Apakah polis menyangka mudah sangat rakyat dan Tuhan boleh ditipu dan diperbodohkan?

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maklumlah semuanya lakonan kerajaan Bn?

Ismi Azraf berkata...

Rasanya xperlu gunakan pelakon aksi untuk selidiki cara bunuh diri.Sebab laporan forensik belum keluarkan kenyataan penuh. Nampak sangat segaja untuk masyarakat fikir mangsa bunuh diri.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

"Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

Tanpa Nama berkata...

apa tujuan lakun semula apakah mereka tahu sebab-musabbab orang itu mati? sedangkan mereka sendiri pun tak tahu bagaimana kematiannya. Kan pelik tu!!!! Kalau itulah caranya...Ini bermaksud mereka tahu seba-musabbab Kastam itu mati jadi untuk mengkelabui mata orang ramai mereka cuba mereka-rekakan cerita untuk menyakinkan orang ramai sedangkan kalau mengikut apa yang diberitakan mereka tidak tahu menahu tentang kematian itu. ...jangan perbodohkan rakyat!!! mesti ada paksaan atau paksaan berlaku dalam soal siasat seperti apa yang diperkatakan oleh saksi Sivanesan dalam tahun 2009 dulu!!!!

kampunghijrahdalamdilema berkata...

sedangkan siasatan belum selesai kenapa perlu dilakukan lakonan yang tiada asas yang kukuh mangsa membunuh diri dalam masa yang sama sepatutnya kawasan itu ditutup selagi kes belum selesai... dan bahan bukti seperti cap jari si pembunuh mungkin hilang disebabkan kecuaian pihak berkuasa.

zairil berkata...

I wonder...apa ler kejadahnya arwah nak keluar dari tingkap tu? Nak hisap rokok? Kemudian tergelincir pulak....jatuh. Semua wayang!

Lepas ni carik pulak stunt man yang muka macam Anwar untuk buat aksi semula macamana video tulen difilemkan....

DOK PERABIH DUIT....DUIT DEPA TURUN DARI LANGIT KOT!

Tanpa Nama berkata...

shah jb
kita cabar polis dengan menggunakan pakaian sama dgn arwah tanpa safety n tolak dari atas sehingga polis atau pelagak ngeri berada di kedudukan sama dengan arwah di bawah. cuba lah 3000 orang pelgak ngeri atau polis sendiri baru dapat jawapan yang tepat

Tanpa Nama berkata...

Malaysia dikuasai oleh pemimpin yg gila. Kronik.

Tanpa Nama berkata...

Yang aku pelik nyer Dah tau kerajaan yg ada ini dah gila n bangang ,masih lagi BN memerintah Malaysia ???

1. Rakyat masih lagi bodoh atau mudah dibodohkan !!!!
2. Undi POS !
3. SPR berat sebelah ??

Tanpa Nama berkata...

Kalau setakat terjun atau jatuh dgn ketinggian satu atau dua tingkat, tidak mudah untuk mati. Tanyalah pakar forensik.

jangan jadi bangang!!! berkata...

HUH!! BLAJAR TINGGI2 PASTU TUNJUK KAN KEBANGANGAN YG JELAS KETARA...

KALAU NK TUNJUK BANGANG SANGAT.. KENAPA TAK UPAH GENG2 CSI MIAMI KE CSI LA KE.. CAM DLM CITE CSI TU.. BARU BETUL2 BANGANG DAN GILER BABI!!

TAK PASAL2 RAKYAT MENYUMPAH SERANAH KAT POLIS.. KAH KAH KAH